Slideshow

GAGASAN MELAYU PERAK - Kearah Memertabatkan Bangsa, Agama dan Negara


Gagasan Melayu Perak (GMP) adalah sebuah persatuan bukan politik yang bertujuan untuk menyatukan orang Melayu Perak bagi mempertahan dan memperjuangkan kepentingan dan hak orang Melayu, Bahasa Melayu, Institusi Kesultanan Negeri Perak, Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Perak. Ianya lahir dari resolusi Perhimpunan Melayu Perkasa yang dianjurkan oleh Persatuan Darul Ridzuan Di Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Negeri Perak pada 9hb Ogos, 2008 di Universiti Teknologi PETRONAS Tronoh. Persatuan Melayu Perak yang diberi nama Gagasan Melayu Perak (GMP) telah diluluskan pendaftarannya pada 17hb Mac 2009. Mesyuarat Agung Penubuhan GMP telah diadakan pada 20hb Jun 2009 di Hotel Heritage, Ipoh dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Thursday, December 9, 2010

Kebenaran dalam ketuanan Melayu

Oleh NORALI NORDIN

Hujung minggu lepas secara rasminya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengisytiharkan perang untuk menghapuskan konsep "ketuanan Melayu". Umpama meludah ke langit terkena ke muka sendiri, begitulah perumpamaan paling tepat untuk mendefinisi tokoh-tokoh utama PKR yang melaungkan semboyan perang itu.

Manakan tidak, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan bekas Timbalan Presiden Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Timbalan Presiden PKR yang baru ditabal pula adalah setiausaha kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan bekas Timbalan Presiden UMNO.

Tidakkah ia suatu tindakan yang paradoks, manusia sama yang dahulunya melaungkan keprihatinan kepada konsep "ketuanan Melayu" malah pernah pada satu Mesyuarat Agung UMNO bersama-sama pemimpin UMNO yang lain bersumpah darah untuk memperjuangkan konsep "ketuanan Melayu". Kini orang yang sama membunyikan semboyan untuk menghapuskan konsep ciptaan mereka.

GMP mahu menyeru kepada rakan-rakan bangsa Cina dan India di Malaysia supaya duduk dan berfikir sejenak. Betul sekarang pemimpin-pemimpin ini nampak agresif memperjuangkan nasib bangsa anda. Namun, cuba anda semua fikir jika mereka sanggup menderhaka terhadap perjuangan bangsa sendiri, tidak mustahil mereka meninggalkan pula bangsa anda demi mengejar kuasa dan impian yang lain.

Khalayak terutama bangsa Cina dan India harus faham bahawa tidak boleh dinafikan Penasihat PKR mempunyai karisma tersendiri apabila berucap di atas pentas-pentas politik. Beliau begitu menguasai teknik dan taktik perhubungan awam.

Hakikatnya seorang pemimpin hebat bukan disukat dari segi persembahan beliau berucap di atas pentas politik. Ia bukan disukat dari segi kebolehan beliau mengucapkan janji-janji kosong. Ia juga bukan disukat dari segi gaya yang anggun. Itu bukan asas-asas pemimpin hebat, itu adalah asas seorang kasanova. Seorang pemimpin hebat terutama di dalam sebuah negara seperti Malaysia yang berbilang bangsa perlu wajib bercakap benar berdasarkan undang-undang yang diterimapakai negara ini.

Ini adalah kerana jika pemimpin Malaysia bersikap seolah-olah seperti sesumpah, maka hubungan di antara bangsa-bangsa di Malaysia akan menjadi tegang dan mengancam keselamatan kita semua.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemimpin wajib bercakap benar ? Bercakap benar dalam konteks kenegaraan Malaysia adalah menjunjung bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara dan wajib bagi pemimpin-pemimpin ini mempertahankan Perlembagaan Persekutuan selagi nyawa dikandung badan sehingga ke titisan darah terakhir.

Apakah kandungan Perlembagaan Persekutuan? Di antara asas penting Perlembagaan Persekutuan ialah di bawah Perkara 3, bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Di bawah Perkara 32 (1) bahawa Kepala Utama Persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong yang dilantik di antara Sultan-Sultan yang menganggotai Majlis Raja-Raja.

Di bawah Perkara 152, bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Malaysia. Dan, di bawah Perkara 153, bahawa orang-orang Melayu di beri hak keistimewaan berbanding bangsa Cina dan India. Di samping itu, di bawah Perkara 89, terdapat peruntukan mengenai tanah Rezab Melayu dan lain-lain peruntukan yang melindungi orang-orang Melayu.

Jika diperhatikan kesemua Perkara-perkara yang membentuk teras Perlembagaan seperti yang tersebut di atas adalah bertunjangkan bangsa Melayu. Ia tidak boleh dipinda walaupun dengan undi 2/3 Parlimen kerana menurut Perkara 159 (5) ia memerlukan kebenaran Majlis Raja-Raja Melayu.

Mengapakah terdapat peruntukan yang bertujuan untuk melindungi hak-hak Melayu? Perkara ini terjadi kerana semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu (sebelum ditukar nama kepada Malaysia), Suruhanjaya Reid iaitu pihak yang bertanggungjawab menulis Perlembagaan Persekutuan, mengakui bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah milik bangsa Melayu. Kerana itulah juga namanya disebut sebagai Semenanjung Tanah Melayu. Keseluruhan perkara-perkara yang diperincikan oleh Suruhanjaya Reid melalui Perlembagaan Persekutuan bagi melindungi orang-orang Melayu sebenarnya adalah sebagai timbal balas kepada kesanggupan Raja-Raja Melayu memberikan kewarganegaraan secara jus soli kepada sejuta orang bangsa Cina dan India yang diambil sebagai pekerja oleh pihak British.

Secara dasarnya, para pekerja ini apabila habis kontrak bekerja maka mereka wajib dibawa balik oleh British ke negara masing-masing. Namun oleh kerana pada waktu itu, perang dunia kedua baru tamat dan negara-negara asal mereka tidak mahu menerima para pekerja ini kembali akibat kegawatan ekonomi selepas perang, maka pihak British mencari jalan untuk meninggalkan mereka di Tanah Melayu.

Sepatutnya, pihak British membawa kesemua pekerja ini ke England dan memberi kerakyatan British. Namun, hakikatnya British tidak mampu berbuat demikian kerana negara mereka juga rosak teruk akibat perang. Niat British di dalam perkara ini adalah jelas apabila mereka mendraf Malayan Union sebaik sahaja perang dunia kedua tamat.

Melalui Malayan Union British memaksa penduduk Tanah Melayu menerima bulat-bulat para pekerja berbangsa Cina dan India sebagai warganegara tanpa apa-apa balasan. Orang-orang Melayu membantah sekeras-kerasnya.

Akhirnya, apabila rundingan kemerdekaan di adakan dan orang-orang Melayu melalui UMNO memberikan syarat-syarat yang tertentu maka barulah para pekerja ini dapat diterima sebagai warganegara Tanah Melayu. Proses ini boleh didapati melalui Perjanjian Kemerdekaan 1957, di mana Raja-Raja Melayu menyerahkan kuasa de legist mereka kepada pihak British yang menjajah melalui kuasa de facto. Seterusnya, British menyerahkan pula kuasa ini kepada rakyat Tanah Melayu untuk membentuk kerajaan dan pentadbiran Tanah Melayu. Kuasa-kuasa ini adalah termasuk kuasa memberi kerakyatan. Tanpa penyerahan kuasa oleh Raja-Raja Melayu, kewarganegaraan ini adalah mustahil diberi kepada para pekerja berbangsa Cina dan India.

Kami di GMP melakar kembali kenangan ini bukanlah kerana sengaja mahu mengapi atau mengeruhkan suasana harmoni di antara kaum Melayu, Cina dan India. Kami menulis perkara ini kerana ia adalah kebenaran. Kebenaran inilah yang dipegang oleh para pejuang ketiga-tiga bangsa semasa sama-sama membuat rundingan kemerdekaan. Ia adalah muktamad. Ini adalah kedudukannya selagi ada bulan dan bintang dan selagi ada manusia yang dikenali sebagai Melayu di bumi bertuah ini.

Rakan-rakan bangsa Cina dan India. Apabila nenek moyang anda bersama-sama orang-orang Melayu melakukan rundingan kemerdekaan, mereka juga sudah melakukan rundingan bagi pihak anda. Iaitu antara lain jika mereka bersetuju untuk menjadi warganegara Tanah Melayu, maka orang-orang Melayu wajib menerima kewarganegaraan mereka seolah-olah mereka dilahirkan di Tanah Melayu atau di dalam bahasa latin di sebut jus soli.

Secara asasnya, apabila kewarganegaraan secara jus soli diberi maka secara automatik anda mempunyai hak untuk mengundi dan hak untuk mempunyai harta termasuk tanah kecuali tanah-tanah yang diwasiatkan oleh Raja-Raja Melayu direzabkan untuk orang-orang Melayu sahaja.

Nenek moyang anda juga telah mensyaratkan bahawa untuk mereka menerima menjadi warganegara Tanah Melayu, bahasa ibunda masing-masing hendaklah dikekalkan. Begitu juga dengan agama asal anda berserta dengan beberapa syarat lagi untuk melindungi hak-hak anda di sebuah negara asing jauh dari tempat kelahiran nenek moyang anda.

Kesemua perkara-perkara yang disyaratkan oleh nenek moyang anda sebelum mereka menerima kewarganegaraan Tanah Melayu adalah juga diperihalkan di dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 3, 8, 11, 13 dan 152 dan ia juga adalah bersifat muktamad. Inilah juga adalah kebenaran. Orang-orang Melayu tidak pernah sedikit pun cuba meminda kedudukan dan hak-hak anda seperti mana yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Konsep ketuanan Melayu adalah suatu moto yang diperkenalkan oleh UMNO untuk memberi semangat kepada orang-orang Melayu memajukan bangsa mereka. Ia juga adalah sebagai kata-kata hikmat untuk orang-orang Melayu sedar dan melindungi hak-hak mereka yang telah terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia tiada kena mengena dengan tuan dan hamba.

Ia adalah suatu moto yang tidak memberi apa-apa kesan dari segi perundangan sehingga anda semua dihambaabdikan di Tanah Melayu. Ini adalah kerana hak-hak anda telah dikunci kemas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Inilah kebenarannya.

Oleh yang demikian, apabila PKR mahu berjuang untuk menghapuskan ketuanan Melayu maka mereka berbohong kepada anda semua kerana ia tidak wujud melainkan hanya sebagai moto.

Kecualilah jika sekiranya PKR berazam mahu menghapuskan hak-hak orang melayu seperti mana yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Secara jujur, adakah anda berasa ia adil kepada orang-orang Melayu jika sekiranya hak-hak mereka dihapuskan sedangkan hak-hak anda masih tersemat kemas. Adakah anda semua berasa yakin sebagai orang Melayu tokoh-tokoh PKR yang melaungkan semboyan itu akan melakukannya.

Secara jujurnya lagi, melalui penerangan yang tertulis tadi adakah anda semua merasa yakin ia boleh dihapuskan dengan sebegitu senang tanpa apa-apa bantahan dari orang melayu. GMP merasa yakin jika ia mahu dilakukan maka pertumpahan darah akan berlaku dan kita semua akan hilang kedamaian yang selama ini kita kecapi. Semua kemajuan yang telah dicapai sekarang akan hilang dan sekali lagi kita semua akan mengambil masa yang lama untuk saling mempercayai sesama kaum seperti yang berlaku pada 13hb Mei, 1969.

Ini semua hanyalah suatu retorik ahli politik terdesak. Ia bukan sesuatu yang benar dan apabila ia datang dari seorang pemimpin utama maka kita semua semua wajar mempersoal kewarasan pemimpin itu seterusnya menolak ideologi melampau itu.

Hakikatnya, kaum-kaum di Malaysia telah sekian lama hidup harmoni berteraskan hak-hak mereka yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jangan biarkan keharmonian ini tergugat hanya kerana ada orang-orang tertentu mahu merebut kuasa.

PENULIS ialah Penolong Setiausaha Gagasan Melayu Perak (GMP)

Raja Melayu perlu bersatu nyata pendirian

IPOH 8 Dis. – Raja-raja Melayu perlu bersatu menyatakan pendirian menentang sebarang usaha pihak-pihak tertentu yang mahu menghapuskan sejarah bangsa hanya kerana kepentingan dan pemikiran sempit mereka.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, ia penting memandangkan usaha pihak tidak bertanggungjawab tersebut kini telah sampai ke peringkat membimbangkan.

“Raja-raja Melayu melalui Majlis Raja-Raja perlu membuat pendirian tegas dan menguatkuasakan perkara ini berdasarkan peruntukan dalam bidang kuasa majlis agama Islam negeri masing-masing.

“Ia sebagai langkah menggelakkan orang Melayu terus terpesong dan sanggup mempertikaikan hak istimewa sendiri,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Mohd. Hilmi, peringatan Sultan Perak tersebut yang turut dibangkitkan Sultan Selangor dan Sultan Pahang sebelum ini, perlu dilihat sebagai suatu maklum balas yang serius.

“Sesungguhnya titah Tuanku itu berlandaskan pengetahuan dan kenyataan Tuanku selaku bekas hakim, memang arif tentang perundangan dan Perlembagaan Persekutuan.

“GMP merasakan titah raja-raja Melayu akhir-akhir ini seperti Sultan Perak, Sultan Selangor dan Sultan Pahang adalah petanda terhadap rasa tidak senang dengan perkembangan yang berlaku,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Hilmi menyeru orang Melayu mengambil keberkatan sempena sambutan Maal Hijrah agar bersedia berhijrah daripada landasan yang buruk kepada landasan yang diredai Allah.

Tuesday, November 30, 2010

GMP mahu Wan Azizah, Azmin diusir

IPOH 30 Nov. - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali wajar diusir keluar daripada negara ini jika tidak dapat menerima konsep ketuanan Melayu.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tindakan kedua-dua pemimpin PKR itu jelas menunjukkan mereka buta sejarah dan tidak memahami makna sebenar konsep yang dimaksudkan.

"Jika mengisytiharkan 'perang' kepada ketuanan Melayu, secara tidak langsung, mereka tidak menerima Perlembagaan Negara yang mengiktiraf kedudukan sebenar orang Melayu dan raja-raja Melayu di negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Hilmi mengulas tindakan Dr. Wan Azizah dan Azmin yang mengumumkan 'perang' terhadap ketuanan Melayu ketika kongres parti itu berlangsung baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Mohd. Hilmi berharap, masyarakat Melayu di negara ini menginsafi nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu orang Melayu sedar tentang peranan dan tanggungjawab mereka.

Semalam, baginda melahirkan rasa dukacitanya dengan sikap segelintir orang Melayu yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu dan peranan institusi raja dalam sistem pemerintahan negara.

"Sehingga ada suara lantang daripada orang Melayu sendiri meminta perkataan 'Melayu' yang ada pada ungkapan 'Raja-Raja Melayu' dihapuskan," titah baginda.

Mengulas lanjut, kata Mohd. Hilmi, orang Melayu perlu sedar negara ini adalah satu-satunya tanah air untuk generasi mereka.

"Orang Melayu harus insaf dan mendengar nasihat tuanku kerana tanah Melayu adalah tanah tumpah darah dan tempat kita dikuburkan.

"Orang Melayu tiada tanah lain melainkan tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia," katanya.

Sementara itu di Shah Alam, Gerakan Belia 4B negeri membuat laporan polis terhadap Presiden PKR tersebut yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kepada ketidakstabilan kaum di negara ini.

Setiausaha Kehormatnya, Mohd. Zaini Mohd. Taha berkata, kenyataan Dr. Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres PKR di Petaling Jaya dekat sini 27 November lalu telah mencetuskan rasa tidak puas hati serta kemarahan di kalangan orang Melayu termasuklah ahli gerakan belia itu sendiri.

Dakwanya, kenyataan Presiden PKR itu jelas satu cubaan menafikan hak serta kedudukan kaum Melayu termasuk raja-raja Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Gerakan Belia 4B Selangor melihat kenyataan Dr. Wan Azizah itu bersifat politik untuk menarik sokongan terhadap PKR. Bagi kita, ia satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.

"Sehubungan itu kita buat laporan agar pihak polis menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Wan Azizah mengenai perkara tersebut dan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis sambil ditemani kira-kira 10 orang ahli jawatankuasa Gerakan Belia 4B negeri di sini.

Mohd. Zaini serta penyokongnya turut membawa sepanduk dengan ungkapan mengkritik serta memberi amaran kepada Presiden PKR itu seperti 'Wan Azizah, Jangan Main Api', 'Jangan Hina Kaum Kami' dan 'Gerakan Belia 4B Daulat Ketuanan Melayu'.

Tambah Mohd. Zaini, pihaknya menyokong agar Wan Azizah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran kenyataan tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan laporan polis itu merupakan fasa pertama pihaknya bagi membantah dasar PKR yang mahu menghapuskan ketuanan Melayu.

Katanya, pihaknya merancang mengadakan perhimpunan di pejabat Majlis Belia Selangor (MBS) di Kompleks Belia dan Sukan, Seksyen 7, di sini kira-kira pukul 9 pagi esok dan membakar gambar Dr. Wan Azizah sebagai tanda protes terhadap dasar PKR yang disifatkannya tidak bertanggungjawab.

Monday, November 15, 2010

Gagasan Melayu Perak sifatkan DAP 'penakut'

IPOH 14 Nov. - Gagasan Melayu Perak (GMP) menyifatkan DAP 'penakut' kerana menentang cadangan untuk menjadikan 13 Mei sebagai tarikh memperingati salah satu daripada peristiwa bersejarah di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, DAP tidak perlu memberi pelbagai alasan untuk menggagalkan hasrat tersebut jika mereka berani berhadapan dengan kebenaran.

''Saya tidak melihat mengapa DAP dan beberapa pemimpin parti politik lain menentang pelajaran Sejarah diwajibkan atau memperingati hari sedemikian (13 Mei) selain mereka takut jika fakta sejarah ini diketahui oleh rakyat," katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini menuduh cadangan kolumnis Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menerusi ruangan Cuit supaya tarikh berdarah itu disambut sebagai 'Hari Muhibah' setiap tahun kononnya bertujuan menghasut dan berbaur perkauman.

Khamis lalu, Kit Siang semasa sidang Dewan Rakyat dipetik sebagai berkata: ''Bukankah ini satu hasutan dan sangat berbahaya? Adakah ia satu tajuk berita yang perlu dikaji oleh Jawatankuasa Sensitiviti? Bolehkah ada satu sikap yang serius untuk mengutuk laporan seperti ini."

Semalam, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dalam blognya berkata, tindakan DAP itu mudah difahami kerana parti tersebut tahu siapa yang sebenarnya memulakan provokasi melampau terhadap orang Melayu sehingga mencetuskan pergaduhan berdarah 13 Mei.

Dalam perkembangan berkaitan, Zulkifli mencadangkan supaya 13 Mei dijadikan 'Hari Mahabbah' (Hari Kasih Sayang) bagi mendidik generasi sekarang dan seterusnya agar sentiasa mengingati tarikh tersebut demi mengelakkan kejadian sama berulang.

Katanya, Singapura meraikan 21 Julai sebagai 'Hari Harmoni Kaum' dalam usaha republik itu memperingati peristiwa berdarah rusuhan kaum dan agama pada 21 Julai 1964 ketika orang Melayu sedang menyambut Maulidur Rasul.

Hal yang sama turut dilakukan Jepun yang meraikan 6 dan 9 Ogos sebagai 'Hari Keamanan' bagi memperingati peristiwa pembunuhan pada 1945 apabila Amerika Syarikat meletupkan dua bom atom di bandar Hiroshima dan Nagasaki.

Mengulas lanjut, kata Mohd. Hilmi, pemimpin DAP cuba menyembunyikan sejarah sebenar kerana mungkin mereka takut dibayangi kesilapan lalu.

''Jika sejarah hitam 13 Mei ini terbongkar bahawa siapa yang bertanggungjawab, mungkin ada pihak-pihak tertentu tidak senang," katanya.

Mohd. Hilmi berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara tersebut dengan sebaik mungkin kerana beliau yakin, majoriti rakyat akan menyokong segala usaha yang membawa kebaikan kepada negara.

''Kita tak boleh sembunyikan sejarah hitam. Apabila diketahui, diinsafi sudah tentu kita tidak mahu mengulangi sebaliknya akan menjadikan ia pengajaran dan akan terus mengambil ingatan.

''Ini sudah tentu dapat memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian negara," katanya.

Thursday, October 7, 2010

Majlis Raja-Raja perlu nyatakan pendirian

IPOH 7 Okt. – Majlis Raja-Raja yang dijangka mengadakan persidangan dalam tempoh terdekat, perlu menyatakan pendirian berhubung kedudukan dan keistimewaan orang Melayu.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, Majlis Raja-Raja wajar mengambil pendekatan tersebut dalam usaha memastikan tiada pihak mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya.

Kata beliau, apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ketika ini adalah hasil perjanjian Raja-Raja Melayu dengan penjajah British sebelum tercetus persetujuan menerima kehadiran kaum lain di negara ini.

“Kita sentiasa menantikan pendirian Majlis Raja-Raja tentang isu kedudukan dan hak orang Melayu ini kerana raja-raja adalah pihak yang bertanggungjawab memberi laluan kepada kemerdekaan Tanah Melayu.

“Kerana kesanggupan baginda semua menyerahkan sedikit kuasa yang ada, barulah usaha Tunku Abdul Rahman untuk mendapatkan kemerdekaan negara daripada British menjadi kenyataan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Hilmi berkata, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar adalah tepat dan berasas ketika baginda membidas sikap segelintir pihak yang ghairah memperjuangkan kaum sendiri dan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Malah, katanya, teguran dan kebimbangan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah serta Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah berhubung masa depan orang Melayu sebelum ini harus dinyatakan selaras dengan pendirian Majlis Raja-Raja.

Jelas beliau, sebagai payung orang Melayu, Majlis Raja-Raja memainkan peranan besar dalam menggerakkan usaha penyatuan masyarakat Melayu berlainan ideologi politik di negara ini.

Monday, October 4, 2010

Azmin bukan aset perjuangan rakyat

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail amat kecewa dan tersinggung dengan kenyataan Azmin itu dan yakin perasaan itu dikongsi bersama oleh beratus lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berteraskan Melayu di negara ini.

Tegas beliau, NGO Melayu di negara ini langsung tidak mengharap dan memerlukan sokongan PKR atau parti politik lain untuk menggerakkan agenda masing-masing.

“Punca utama NGO muncul seperti cendawan selepas hujan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu adalah kerana mereka hilang keyakinan terhadap peranan parti-parti politik membela nasib Islam dan Melayu.

“Jika kita harap kepada UMNO atau PKR, sudah tentu kami (NGO) tidak akan wujud dengan banyaknya. Mengapa semasa era bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad NGO Melayu tidak begitu banyak? Jawapannya adalah kerana beliau dan kerajaan menjaga kepentingan agama dan bangsa,” katanya.

Katanya, PKR tidak boleh memandang rendah kekuatan NGO kerana pada pilihan raya umum akan datang tidak mustahil ahli-ahlinya akan menjadi salah satu penentu kepada kekalahan dan kemenangan mana-mana calon.

Mohd. Hilmi juga menyangkal tohmahan Azmin bahawa Dr. Mahathir turut memperjuangkan perkauman sempit kerana berselindung di sebalik Perkasa.

“Dr. Mahathir tidak salah dan rasis, malah sejak dahulu lagi beliau konsisten mempertahankan kepentingan Melayu dan kaum lain di negara ini.

“Jasa beliau kepada negara ini serta semua kaum terlalu besar dan langsung tidak terjangkau oleh Azmin, bezanya seperti langit dan bumi,” katanya.

Monday, September 27, 2010

Hanya pemimpin bersungguh pertahan hak Melayu perlu dicalonkan - Hilmi

IPOH 27 Sept. - Gagasan Melayu Perak (GMP) mahu calon-calon yang dipilih oleh UMNO pada pilihan raya umum akan datang terdiri daripada mereka yang benar-benar dapat mempertahankan hak orang Melayu.

Presiden GMP, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, perkara tersebut perlu diberi perhatian serius kerana kesilapan membuat percaturan hanya akan menyebabkan UMNO gagal mendapat sokongan masyarakat Melayu.

"UMNO perlu sedar bahawa tindakan mereka menjauhi orang Melayu menerusi kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin yang dilihat 'liberal' hanya akan menghilangkan undi mereka.

"GMP mahu pucuk pimpinan parti terutama di peringkat negeri mengutamakan calon yang dapat mempertahankan hak orang Melayu, bukan sebaliknya jika mereka mahu memenangi semula hati orang Melayu yang sehingga kini terus dilukai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menyentuh tohmahan kononnya Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu kembali menjadi Perdana Menteri, Mohd. Hilmi berkata, kenyataan yang dibuat oleh negarawan itu telah menjawab dakwaan liar tersebut.

Malah katanya, apa yang diperjuangkan oleh negarawan itu sewajarnya dilihat sebagai semangat cintakan bangsa dan bukan atas kepentingan diri sendiri, sebagaimana dilakukan oleh pihak yang membangkitkan perkara tersebut.

"Dr. Mahathir bukan seorang yang gila kuasa untuk menjadi Perdana Menteri semula. Beliau tahu keadaan ketika ini memerlukan beliau bersuara.

"Sebagai pemimpin yang telah mentadbir negara selama 22 tahun, berpengalaman luas tentang 'sepak terajang' politik, beliau berasa bertanggungjawab menyatakan apa yang tersurat dan tersirat," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Hilmi kesal dengan sikap segelintir pemimpin Melayu yang sengaja memberi harapan palsu kepada parti-parti politik Cina demi kelangsungan dan agenda politik peribadi mereka.

"Selagi ada harapan palsu kononnya mereka juga boleh berkuasa, selagi itu parti-parti politik Cina akan berusaha tidak henti-henti untuk mencapainya sedangkan Melayu masih lagi merupakan kaum majoriti di negara ini," katanya.

Friday, September 24, 2010

Tidak mustahil sejarah penentangan Malayan Union berulang

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Seorang pemerhati politik tidak menolak kemungkinan akan berlaku penentangan fizikal besar-besaran orang Melayu terhadap kerajaan, sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negara dan mencabuli keluhuran Perlembagaan.

Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr. Zainal Kling berkata, kenyataan itu tidak berasaskan kepada andaian tetapi bersandarkan kepada situasi semasa yang menyaksikan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu bangkit mempertahankan hak mereka.

Menurut beliau, perkembangan itu berlaku dengan begitu drastik pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-12, melebihi 'suasana panas' semasa Melayu bangkit menentang Malayan Union pada 1946.

"Sekiranya selain BN yang memerintah negara, kerajaan baru diyakini akan mengetepikan segala peruntukan Perlembagaan yang menjaga kepentingan Melayu dan bumiputera, sekali gus memenuhi tuntutan kaum lain.

"Apabila ia berlaku, nasi bukan lagi menjadi bubur tetapi sebaliknya dengan periuk-periuknya sekali musnah. Menangis keluar air mata darah sekalipun tidak berguna apabila Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengikut telunjuk DAP.

"Sejarah telah membuktikan bahawa DAP merupakan pewaris Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas ingatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas.

Sementara itu, seorang lagi pemerhati politik tempatan, Che Hamdan Che Mohd. Razali bersetuju dengan ingatan Dr. Mahathir itu tetapi tidak meletakkan sepenuhnya punca permasalahan itu terhadap parti pembangkang.

Beliau yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara ( UiTM ), Kampus Dungun, Terengganu berkata, UMNO yang masih menjadi parti tunggak dalam BN perlu menilai kembali ideologi yang dibawa dalam perjuangan mereka.

Ini kerana, tegas beliau, sering kali dilihat banyak usaha murni yang dilakukan oleh pemimpin atasan khususnya Perdana Menteri, tidak dihayati sepenuhnya oleh pemimpin bawahan hingga menyebabkan permasalahan ahlinya di peringkat akar umbi tidak terbela.

"Apa yang perlu difikirkan sekarang, kenapa ia boleh dan mungkin berlaku? Saya melihat daripada perjuangan parti politik pembangkang yang sering mencanangkan oleh mereka sebagai politik baru.

"Pembawaan mereka yang dikatakan memperjuangkan isu-isu berbentuk nilai universal seperti hak asasi manusia, kesamarataan dan keadilan sosial, mudah mempengaruhi pengikut-pengikut mereka dan golongan muda yang dikatakan sealiran dengan arus globalisasi dan demokrasi," katanya.

Che Hamdan berkata, sebenarnya orang Melayu mempunyai kelebihan dalam perjuangan politik sekiranya mereka memperjuangkan nilai perjuangan politik Islam yang lebih universal dan fleksibel, ia lebih baik jika dibandingkan dengan perjuangan pembangkang khususnya PKR dan DAP.

"UMNO perlu menunjukkan kepada umum bahawa agama Islam bukan eksklusif untuk Melayu sahaja tetapi ia melangkaui kaum dan budaya.

"Kuasa dan kedudukan orang Melayu di Malaysia akan kekal dan lebih berdaulat sekiranya Islam dimartabatkan bagi membela kaum dan kumpulan masyarakat yang lemah dan terpinggir," tegas beliau.

(sumber : Utusan Malaysia 25.09.2010)

Wednesday, September 22, 2010

Pelbagai implikasi tangguh kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tertangguh beberapa kali sebelum ini berikutan permohonan demi permohonan yang dikemukakan oleh tertuduh dilihat boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Tanpa mempertikaikan keputusan mahkamah, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, penangguhan kes liwat itu akan meningkatkan kos kewangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Di pihak pendakwa, iaitu kerajaan sudah pasti kos guamannya akan bertambah setiap kali kes ini ditangguhkan.

"Wang yang akan digunakan untuk membayar kos tersebut pula ialah wang rakyat dan ini seharusnya diberikan perhatian oleh pihak berkenaan sebelum menangguhkan kes liwat tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai perbicaraan kes liwat Anwar yang ditangguhkan Mahkamah Tinggi ke 14 Oktober ini bagi pihak pembelaan menyoal balas saksi pendakwa kedua, doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Razali Ibrahim.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah juga menetapkan 25 hingga 29 Oktober, 22 hingga 26 November dan 6 hingga 10 Disember bagi meneruskan perbicaraan seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak dalam sebutan kes semalam.

Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setia kasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, Mohd. Hilmi berkata, sebagai mangsa, Mohd. Saiful juga akan berasa tertekan dan tidak mendapat keadilan apabila kes liwat itu terlalu kerap ditangguhkan.

"Melambatkan dan menangguhkan kes itu seolah-olah menafikan keadilan terhadap Mohd. Saiful.

"Kehidupan seharian Mohd. Saiful juga akan terganggu kerana orang akan bercakap mengenai kesnya itu. Beliau juga tidak akan tenteram dan berasa tertekan untuk bekerja," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, institusi kehakiman perlu bertindak secara profesional dan cekap kerana penangguhan kes itu hanya akan memalukan negara di mata dunia.

Sehubungan itu, katanya, kes liwat Anwar itu perlu diselesaikan secepat mungkin dengan berlandaskan kepada fakta supaya keadilan dapat diwujudkan.

Selain itu, katanya, rakyat juga akan membuat pelbagai spekulasi dan andaian ekoran kegagalan institusi kehakiman negara untuk menyelesaikan kes liwat tersebut.

Tuesday, August 31, 2010

Keperluan mempertahankan Perkara 152 dan Perkara 153

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail menuntut Anwar membuktikan perutusannya mengenai kepentingan mempertahankan Perkara 152 dan 153 itu melalui tindakan dan bukan hanya retorik semata-mata.

Tegasnya, bukti melalui tindakan itu penting kerana Anwar terkenal dengan sikap 'sesumpah' yang tidak tetap pendirian, kerana apabila berada dengan komuniti Cina dan India, janji yang ditawarkan adalah berlainan dengan perjuangan untuk mempertahankan hak keistimewaan Melayu.

"Saya memang tidak yakin dengan janji Anwar tetapi kita berharaplah kalau dia boleh berubah. Sepanjang mengenali Anwar, Penasihat PKR ini hanya mengeluarkan kenyataan atau janji demi mendapatkan sokongan sahaja dan bukannya ikhlas," jelasnya.

Sunday, August 29, 2010

Agenda untuk mencemarkan Islam

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Tindakan Ahli Parlimen DAP kawasan Serdang, Teo Nie Ching masuk ke ruang solat sebuah surau di Kajang minggu lalu dan beberapa kejadian melibatkan umat Islam, seolah-olah menunjukkan terdapat satu gelombang untuk mencemarkan kemuliaan dan kesucian agama Islam.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, perkara seperti itu semakin membimbangkan dan umat Islam diingat agar berwaspada terhadap anasir yang mahu merosakkan negara melalui cara biadab.

"Baru sahaja kita kecoh dengan kes nama Ketua Menteri Pulau Pinang disebut dalam khutbah Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, kemudian timbul pula kes simbah cat dan melempar botol arak di sebuah surau di Negeri Sembilan dan sekarang di Selangor pula.

"Kalau dilihat beberapa kes ini, seperti ada satu gelombang yang hendak merosakkan agama Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan Nie Ching yang memasuki ruang solat Surau Al-Huda di Kajang Sentral pada satu majlis penyampaian bantuan kepada ahli-ahli Pas Ahad lalu.

Bukan sahaja memasuki ruang solat utama, Nie Ching juga dikatakan menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Selaku presiden gagasan yang menjaga kepentingan Islam dan Melayu, Mohd. Hilmi juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang membenarkan dan membolehkan Nie Ching berada di ruang solat utama surau tersebut.

Malah beliau meminta supaya jabatan agama Islam negeri mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap mereka yang menganjurkan program tersebut serta Ahli Parlimen terbabit.

"Jangan membabitkan maruah Islam dengan kepentingan peribadi atau politik kerana kalau orang Islam teruskan perbuatan seperti ini, akan ada balasan daripada Allah kelak.

"Kita tidak mahu orang Islam yang tidak bersalah dan ikut jalan sebenar akan turut menerima padah akibat perbuatan segelintir umat Islam yang lain," katanya.

Sementara itu Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar menganggap tindakan nazir dan jawatankuasa surau terbabit sebagai 'orang yang lemah dan rendah pemikiran'.

"Mengapa mahu jadi budak-budak yang boleh digula-gulakan? Hanya kerana sedikit derma, kita membenarkan mereka memasuki Rumah Allah itu.

"Sudah hilangkan panduan ajaran agama gara-gara politik ? Kalau setakat nak beri bantuan, boleh beri di luar surau atau beri kepada jawatankuasa surau untuk dibahagi-bahagikan.

"Saya minta perkara seperti ini tidak berlaku lagi dan berharap umat Islam sedar diri," katanya.

Tuesday, August 24, 2010

Perkasa, Ibrahim Ali, PRU 13: Satu mitos

SAHABAT blogger saya, Rocky‘s Bru menulis dalam entri terbarunya mengenai kemungkinan kemunculan kuasa ketiga dalam PRU ke-13, yang bakal berlaku sekitar setahun setengah ke dua tahun lagi.

Kuasa itu ialah Parti Peribumi Perkasa Negara atau istilah yang sering kita dengar sekarang iaitu Perkasa. Persoalannya, benarkah Perkasa akan menjadi sebuah parti politik?

Apakah benar-benar ia akan menjadi satu kuasa - selepas kuasa BN, kuasa pakatan pembangkang dan Perkasa? Siapakah yang akan memimpinnya kelak? Ibrahim Alikah?

Namun, seperti kata Rocky kita tidak boleh menolak kemungkinan itu. Dengan keahlian seramai 200,000 sekarang -- ia besar, gedebe (bahasa orang Kelantan bererti ganas) dan bagi sesetengah pihak, ia jahat.

Orang Cina amat membenci Perkasa ini. Pemuda UMNO, melalui ketuanya pun dikatakan membencinya. Hakikatnya, orang Melayu, terutamanya yang tidak meminati UMNO, Pas dan PKR, sekarang sedikit demi sedikit menyertai dan menyokong pertubuhan itu.

Bermula sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas nama memperjuangkan hak-hak bangsa Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu, sedikit demi sedikit nafsunya boleh menjadi lebih besar. Ia, akhirnya mungkin mahu terbabit secara langsung dalam aktiviti siasah.

Benarkah orang Melayu berminat dengan Perkasa. Dalam Cuit yang terdahulu saya ada menulis ‘NGO semakin garang, parti Melayu semakin...’ yang memperlihatkan orang Melayu mahukan suara yang lebih lantang dalam menyuarakan hak mereka. Mungkin kerana itulah dalam setahun jagung penubuhannya, Perkasa telah berjaya mengumpulkan seramai itu keahliannya.

Dalam tulisan itu (Cuit 11 Ogos) saya menulis sebab-sebab orang muda mulai berubah angin kepada NGO: ‘‘NGO - Pertubuhan Bukan Kerajaan atau ada yang menyebut No Gaji Organisation mula mengambil alih peranan sayap muda yang lesu.

Pertumbuhan mereka kini merata. Rata-ratanya atas nama orang Melayu, mereka mula mengambil alih peranan parti politik tertentu.

‘‘NGO kini sedang diperhatikan oleh banyak pihak. Orang-orang Melayu pun mula tertarik dengan mereka. Yang tidak suka PKR masuk NGO, yang tidak suka Pas dan DAP pun masuk NGO dan yang keluar dari UMNO dan pemudanya yang berhemah pun khabarnya menyertai NGO.

‘‘Mereka ini bukan tidak suka parti pemerintah, tapi tidak sukakan parti pembangkang. Mereka ini mahukan suara yang lebih lantang, dan gerak- geri yang lebih kelihatan.”

Menurut Rocky pula, kebanyakan ahli-ahli Perkasa terdiri daripada ahli UMNO dan banyak juga terdiri daripada Melayu cerdik-cerdik, berasal dari bandar, yang tidak berhasrat menyertai UMNO (dan sudah tentu tidak percayakah Anwar Ibrahim dan PKR/Pas yang diterajuinya). Tambah lagi, penglibatan Dr. Mahathir Mohamad dengan Perkasa telah menarik penyertaan yang banyak, terutamanya dari kaum muda Melayu.

Seperti juga pendapat Rocky, Perkasa sepatutnya hanya wujud sebagai satu kumpulan pendesak tetapi dalam suasana politik Malaysia yang memuncak sekarang, Perkasa boleh menjadi satu kuasa yang tidak boleh diketepikan peranannya dalam pilihan raya umum kelak.

Persoalannya dengan siapa Perkasa akan bertaut? Dengan UMNOkah, atau dengan Paskah? Inilah persoalannya yang akan wujud sekiranya benar ia akan menjadi parti politik.

Perlu diingat kuasa 200,000 (dan semakin meningkat) tidak boleh dipandang enteng sama sekali oleh gergasi UMNO, Pas, malah pakatan pembangkang lain.

Bijak sungguh Ibrahim Ali. Kini beliau sudah mempunyai bargaining power (kuasa tawar menawar) di dalam tangan beliau. Tidak sia-sia Tok Him menjerit sana, menjerit sini. Kini Perkasa bakal menjadi kuasa ketiga terpenting dalam persaingan politik negara ini.

Apakah Tok Him juga bercita-cita menjadi Perdana Menteri? Hahaha, janganlah gelojoh macam Pak Sheikh kita tu, nanti tersungkur cepat.

Apakah Ibrahim Ali diletakkan situ hanya sementara sahaja? Seorang tokoh lain yang lebih kredibel, berketrampilan akan dibawa masuk? Mungkinkah Tun Dr. Mahathir akan kembali? Ku Li? Atau, Musa Hitam? Mungkinkah perancangan awalnya begitu. Allahualam.

Namun, tidak mustahil itu semua boleh berlaku. Semua orang tahu Ibrahim juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Ku Li, putera raja Kelantan yang dalam hati kecilnya masih menyimpan impian untuk menjadi Perdana Menteri satu masa nanti.

Mungkin juga itu perancangan awalnya, satu `grand design’ yang dibentuk bagi menyelamatkan parti Melayu sekiranya sesuatu berlaku kepada UMNO kelak? Ini semua ialah satu andaian yang dalam suasana masa kini - tidak boleh ditolak ke tepi sama sekali.

Saintis politik dan penganalisis politik pun membuat kajian dan ramalan seumpama ini. Orang Melayu harus mempunyai plan B bagi menyelamatkan bangsa itu daripada terus hanyut sekiranya sesuatu terjadi kepada UMNO kelak.

Menurut Rocky, walaupun rancangan itu akan memecahkan lagi kuasa Melayu tetapi sekurang-kurangnya mereka akan sedar mengenai keperluan untuk bersatu kembali demi survival bangsa itu.

Kini kuasa penentu di tangan penerajunya. Seorang bekas exco Pemuda UMNO - seorang doktor perubatan -- yang meninggalkan sayap itu pernah memberitahu saya dengan bangganya: ‘‘Saya kini bergerak aktif dalam Perkasa.”

Benar kata Rocky, apa yang kita katakan ini hanyalah satu mimpi. Tetapi kata beliau lagi: ‘‘Saya memikirkannya hari ini, jika Perkasa menjadi parti politik dan tidak semena-mena bergabung dengan PKR, DAP dan Pas dalam Pakatan Rakyat, maka kemungkinan - berakhirnya BN - akan menjadi, begitu real.

‘‘Najib Razak UMNO/BN harus mempunyai rancangan strategi semula yang serius untuk difikirkan, sebelum Perkasa membuat keputusan BESAR itu.”

Sekali lagi Tok Him, kini kuasa di tangan anda. Anda (mungkin) bakal survive buat kesekian kalinya. Hebat-hebat...

Oleh Zaini Hassan
(utusan Malaysia 25.10.2010)

Monday, August 16, 2010

Jangan main api – GMP

IPOH 16 Ogos – Gagasan Melayu Perak (GMP) hari ini memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain api dengan membuat tuntutan bukan-bukan.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tindak-tanduk parti itu kebelakangan ini kerap melencong daripada dasar yang dipersetujui dalam perlembagaan.

‘‘Ada usaha dari semasa ke semasa untuk menyakitkan hati orang Melayu.

‘‘Selama hampir 53 tahun merdeka, kita telah bersabar dan tidak pernah meminta lebih daripada itu walaupun orang Melayu adalah 60 peratus majoriti. Jangan sengaja menggugat kesabaran kita,” katanya di sini.

Mohd. Hilmi berkata, kaum-kaum lain di negara ini perlu disedarkan bahawa kesabaran orang Melayu mempunyai hadnya.

‘‘Kita tidak mahu apabila selama ini kita sering bertolak-ansur, akhirnya kita kena tolak beransur-ansur,” tegas beliau.

Sunday, August 15, 2010

Harussani dedah kewujudan 'perlembagaan baru'

IPOH 15 Ogos - Mengejutkan! Sudah ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.

Perkara tersebut didedahkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di sini, hari ini.

Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

''Saya dimaklumkan sekarang sudah ada perlembagaan baru yang dibuat oleh pihak tertentu.

''Kebetulan saya ada memberi satu ceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang dan memberikan saya tiga buah buku Perlembagaan yang dikehendaki pihak tertentu," katanya pada wacana tersebut di sini, hari ini.

Bagaimanapun Harussani ketika ditemui selepas wacana tersebut enggan mengulas lanjut tentang dakwaannya itu.

Selain Harussani, program itu turut disertai Penasihat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Presiden Pertubuhan Pemikir Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar dan Naib Pengerusi Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Hafiz Nordin.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail pula bertindak sebagai perantara program berkenaan.

Kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli GMP, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak dan aktivis Melayu termasuk Tan Sri Jins Shamsuddin hadir pada program anjuran GMP dan GPMS itu.

Pada wacana itu juga, Harussani berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu menyebabkan bangsa itu hilang kewibawaan sehingga kaum lain semakin berani membuat pelbagai tuntutan dan mahu hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan.

''Kenapa kita berpecah-belah hanya kerana salah tafsir iaitu melampau dalam berpegang pada syariat Islam.

''Saya menyuruh kita semua bersatu, saya tidak suruh hapuskan parti tetapi saya minta orang Melayu pertahankan Islam dan hak-hak mereka," katanya yang banyak menerima cemuhan daripada penyokong pembangkang kerana mengajak orang Melayu dan Islam bersatu.

Sementara itu, Hafiz yang merupakan bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang bimbang dengan nasib yang menimpa orang Melayu di Pulau Pinang sekarang.

Jelas beliau, begitu banyak gerai perniagaan orang Melayu yang didirikan di atas tanah kerajaan dirobohkan tetapi tindakan sama tidak diambil ke atas peniaga bukan Melayu yang berniaga di atas jalan raya.

''Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak membenarkan rumah bernilai RM150,000 ke bawah dibina di tengah bandar. Pulau Pinang kini ke arah menjadi Singapura.

''Jambatan kedua Pulau Pinang yang menjadi kebanggaan kita akan memudahkan pengusiran orang Melayu secara beramai-ramai dari Pulau Pinang," katanya.

Reezal Merican yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO pula meminta orang Melayu menentang habis-habisan 'Abdullah Ibn Saba' yang memecahbelahkan umat Islam di Malaysia sekarang.

''Dalam setiap tamadun manusia mesti ada pengkhianatan yang menghancurkan perpaduan. Kalau zaman Khalifah Usman dan Ali dulu ada Abdullah Ibn Saba yang melaga-lagakan umat Islam, zaman sekarang pun ada 'Abdullah Ibn Saba' yang menyebabkan perpecahan orang Melayu dan Islam di Malaysia," katanya.

Kamarudin pula menyifatkan orang Melayu sebagai lemah jika tidak mampu membalas balik apabila agama dan bangsa mereka dihina.

''Saya hairan kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam dan hak-hak orang Melayu," katanya dalam nada kesal.

Jadikan titah Sultan Perak satu peringatan

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sewajarnya menjadi peringatan kepada generasi baru khususnya orang Melayu dalam berhadapan dengan suasana politik berkepentingan kebelakangan ini.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, kuasa raja-raja dan hak-hak istimewa orang Melayu akan hilang jika kesedaran tersebut tidak terus ditiupkan.

"Dalam keadaan suasana politik negara hari ini, sekiranya peringatan itu tidak diambil berat akan melenyapkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Semalam, Sultan Perak menzahirkan kebimbangan baginda dengan sikap sebahagian generasi baru yang semakin jauh fahamannya dengan salasilah dan asal-usul sejarah tanah air walaupun negara berada di ambang sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 pada 31 Ogos ini.

Ini kerana, titah baginda, kebelakangan ini terdengar suara-suara tuntutan yang sangat bercanggah dan bertentangan dengan semangat penyatuan warga di negara ini sebagai sebuah negara bangsa merdeka lagi berdaulat.

Mohd. Hilmi berkata, generasi muda harus mengkaji dan menginsafi semangat perpaduan yang terkandung di dalam Perlembagaan negara bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan di negara ini berkekalan.

Malah, katanya, selepas Ramadan ini, GMP menyasarkan bekerjasama dengan golongan mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) khasnya anak-anak Perak sendiri dalam usaha menyedarkan mereka mengenai isu itu

Sunday, August 8, 2010

Pendirian Hadi Awang legakan orang Melayu

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah melegakan banyak pihak khususnya orang Melayu di negara ini.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, selama ini rakyat tertunggu-tunggu pendirian sebenar Pas kerana parti itu dilihat lebih mementingkan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP daripada menjaga kebajikan serta hak keistimewaan orang Melayu.

''Saya secara peribadi mengucapkan syukur kerana akhirnya Abdul Hadi mempertahankan hak dan keistimewaan yang ada pada orang Melayu.

''Sememangnya kenyataan Presiden Pas ini amat melegakan semua pihak,'' katanya di sini semalam.

Akhbar ini hari ini melaporkan kenyataan Abdul Hadi yang berpendapat hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan termasuk dasar pemberian diskaun dalam pemilikan hartanah.

Pada 26 Julai lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara daripada DAP, Tony Pua mencadangkan agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Cadangannya itu mendapat sokongan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun beberapa pertubuhan Melayu menentang cadangan itu, malah Pergerakan Pemuda UMNO Selayang dan Gombak membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap Tony.

Dalam perkembangan sama Helmi berkata, usaha mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu adalah amat wajar memandangkan masih ramai di kalangan mereka yang miskin.

Tambahnya, dasar 30 peratus pencapaian orang Melayu dan bumiputera dalam pelbagai bidang di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga sehingga kini masih gagal dicapai.

Monday, August 2, 2010

Bersatu padu memperjuangkan hak-hak orang Melayu

Hak keistimewaan Melayu dalam semua bidang masih terus dipersoalkan, kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara masih diperkecilkan, Kedudukan Institusi Kesultanan dan Raja-Raja Melayu masih lagi dipersenda. Kejujuran dan kesudian orang Melayu menerima kaum-kaum lain sebagai rakyat dan sama-sama merasai nikmat kemakmoran dan keamanan Negara ini langsung tidak dihargai.

Kini kaum-kaum bukan Melayu dengan angkuhnya mengkritik Dasar Ekonomi Baru, kononnya dasar ekonomi baru bertentangan dengan peraturan ekonomi pasaran. Mereka juga mengatakan dasar tersebut bersifat perkauman atau rasis, yakni dasar itu dikatakan pro-Melayu/Bumiputera dan anti kaum lain, atau dikatakan bahawa DEB adalah dasar diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Akibatnya, kata mereka, pelaburan asing tidak tertarik atau takut-takut untuk melabur di Malaysia, dan ekonomi Malaysia merosot, tidak maju dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru itu. Tetapi kaum-kaum bukan Melayu yang lebih beruntung hasil dari Dasar Ekonomi Baru lansung tidak menghormati matlamat DEB dan terus menerus menidakkan hak dan peluang orang Melayu dalam Tanah Air sendiri.

Mereka terus dengan angkuhnya mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputra yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, seolah-olah sengaja mencabar Perlembagaan dan kedudukan orang Melayu. Oleh yang demikian Gagasan Melayu Perak mengajak semua orang Melayu tanpa mengira kedudukan dan fahaman politik untuk bersatu padu memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Sunday, August 1, 2010

Usaha bina masjid baru Kota Lama Kiri perlu RM2 juta lagi

KUALA KANGSAR - Usaha untuk membina sebuah masjid baru di Kota Lama Kiri di sini hampir menjadi kenyataan berikutan kejayaan mengumpul dana sebanyak RM1 juta daripada orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Kota Lama Kiri dan juga Presiden Gagasan Melayu Perak Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, walaupun jumlah tersebut berjaya dikumpulkan, pihaknya masih kekurangan RM2 juta untuk memastikan sebuah masjid baru dapat benar-benar didirikan.

''Kos keseluruhan pembinaan masjid ini adalah RM3 juta tetapi kita telah berjaya mengumpul sebanyak RM1 juta dan memerlukan M2 juta lagi," katanya ketika ditemui pada majlis pecah tanah masjid baru tersebut di sini semalam.

Menurut Mohd. Hilmi, langkah membina masjid baru menggantikan masjid sedia ada dirancang sejak tiga tahun lalu.

Masjid baru, katanya, akan dibina di atas tapak seluas 0.9 hektar tidak jauh daripada kedudukan masjid sedia ada yang agak kecil dan terletak berhampiran dengan jalan utama.

Mohd berkata. Hilmi, kerja-kerja pembinaan masjid tersebut telah pun dimulakan dan dijangka siap dalam tempoh l8 bulan.

''Kita beli tanah ini daripada penduduk tempatan dengan harga RM249,000 dan kerja meratakan tapak pembinaan bermula pada 19 Julai lalu.

''Seorang kontraktor, Datuk Mohamad Zaini Amran telah sanggup untuk memulakan kerja-kerja pembinaan ini walaupun wang yang diperlukan belum lagi mencukupi," katanya.

Beliau mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin turut membantu dan menyumbang agar menghubungi Setiausaha Masjid Kota Lama Kiri, Ahmad Shukri Dahaban di talian 012-4670542.

DOKTRIN PEMBAHAGIAN KUASA SUATU RUJUKAN SEMULA

Oleh : Norali Bin Nordin

Sejarah Doktrin Pembahagian Kuasa

Doktrin Pembahagian Kuasa berasal dari Republik Roman. Mereka membahagikan kerajaan mereka kepada tiga cabang yang dinamakan sebagai senate, assemblies dan magistratus.

Memandangkan kegemilangan Republik Roman bernafas di zaman yang kuno maka cabang kuasa yang diwujudkan adalah memenuhi kehendak bagi menangani cabaran dari kerajaan lain yang wujud di zaman tersebut.

Doktrin ini diberi pengertian baru oleh seorang sarjana perancis bernama Baron de montesquiue yang mengungguli sistem kuasa triparti di dalam sebuah Kerajaan.

Beliau secara umumnya mendasarkan sistem tersebut kepada sistem perlembagaan British di mana beliau melihat terdapat pembahagian kuasa di antara institusi raja, parlimen dan mahkamah keadilan.

Namun, pengkritik Montesquieu berhujah bahawa sistem British terdapat kekurangan kerana terdapat percampuran kuasa yang nyata di antara penggubalan dan eksekutif.

Montesquiei berhujah kembali bahawa keralatan ini harus ditangani dengan suatu teori yang dinamakan responsible government . Apapun, montesquieui amat menerapkan bahawa kebebasan kehakiman bukanlah satu anggapan semata-mata tetapi ianya seharusnya wujud dengan sebebasnya untuk memastikan sistem bergerak tanpa berlaku ketidakadilan.




Kedudukan di Malaysia

Apabila Malaya di beri kemerdekaan oleh Empayar British mahu atau tidak Malaya ditawarkan dan menerimapakai sistem British ini.

Walter Bahegot merumuskan bahawa secara dasarnya sistem kuasa triparti ini bergerak seperti berikut, suatu pilihanraya diadakan untuk memilih perwakilan di cabang penggubalan.

Dari sini ahli penggubal ini memilih di antara ahli-ahli mereka untuk mewakili mereka di cabang eksekutif.

Cabang eksekutif pula bertanggungjawab memilih cabang kehakiman dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong. Namun, harus diingatkan bahawa Malaysia mengamalkan sistem persekutuan di mana kuasa dipecahkan diantara negeri dan pusat.

Nyata sistem British ini mempunyai kelemahan yang nyata kerana kuasa tidak dibahagikan di dalam pentadbiran kerajaan malah ia sebenarnya dipusatkan dikalangan ahli-ahli politik yang bertanding merebut tempat di cabang penggubalan.

Sebagai seorang yang berkerjaya sebagai ahli politik maka mereka seboleh-bolehnya mahu merebut tempat di cabang penggubalan tersebut kerana sebaik sahaja dilantik menjadi ahli mereka mendapat elaun bulanan dan ianya juga datang dengan kuasa yang besar.

Kuasa dan penyalahgunaan kuasa tidak mempunyai garis sempadan yang nyata maka akhirnya apabila dilantik berulangkali untuk mewakili sesuatu kawasan seseorang ahli politik akhirnya akan terjerumus untuk melakukan pula penyalahgunaan kuasa yang diberi kepada mereka oleh rakyat.

Selepas Pilihanraya ke 12 misalnya, rakyat Malaysia telah menyaksikan perebutan kuasa yang maha hebat. Hingga adakalanya politik bukan lagi sejenis ideologi malah ianya menjadi seolah-olah seperti agama anutan seseorang.

Keseluruhan rakyat Malaysia hari ini dibahagikan kepada dua anutan agama iaitu agama Barisan Nasional dan agama Pakatan Rakyat. Tok guru, penghulu, tok sami, samseng ah long dsbgnya hari ini dipandang sama sahaja hanya anutan parti yang membezakan akidah seseorang.

Oleh itu, hari ini penulis dengan sedihnya ingin mengumumkan bahawa di Malaysia semua agama telah mati yang tinggal hanyalah ideologi politik. Masakan tidak, hari ini, seorang islam akan dituduh munafik secara terang-terangan hanya kerana mempunyai ideologi politik yang berbeza.

Sesetengah ahli-ahli politik ini dengan jolokan tok guru yang maha tinggi ilmu agamanya lupa bahawa Allah berfirman “Demi masa, umat manusia itu berada di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, orang-orang yang berpesan kepada jalan yang hak dan berpesan-pesan kepada jalan kesabaran”.

Apakah yang hak di Malaysia? Yang hak di Malaysia adalah orang melayu telah menghuni tanah ini semenjak beribu-ribu tahun dahulu. Mereka menubuhkan kerajaan dan ketamadunan. Ianya diiktiraf diseluruh dunia. Ianya bukan lagi menjadi hak politik tetapi ianya adalah hak tradisi. Tetapi atas dasar ideologi politik dan perebutan kuasa untuk memerintah ahli-ahli politik ini melupakan hak ini.

Mereka mahu menyamaratakan hak melayu dengan kaum-kaum lain yang hanya muncul di Malaysia dengan jumlah yang signifikan cuma 60 tahun kebelakangan ini.

Masakan kaum yang baru setahun jagung hidup di bumi ini mampu mempunyai hak yang sama dengan kaum asal pribumi yang telah beribu-ribu tahun melata di sini.

Bukankah itu namanya menafikan hak kebenaran. Hak yang dipesan oleh Allah yang Esa ini bukan sahaja disebut di dalam Kitabullah malah ianya digariskan sendiri oleh kaum-kaum yang terlibat, didokumentasikan di dalam Perlembagaan Persekutuan seterusnya ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan menjadikan ianya kontrak yang mempunyai kuatkuasa undang-undang malah dijadikan undang-undang tertinggi tanah ini.

Namun, hak yang nyata ini mahu dinafikan asalkan mereka dapat berkuasa. Bermacam-macam alasan dan perbuatan yang tidak munasabah malah kadang-kadang menyimpang jauh dari akidah Islam ditimbulkan hanya untuk menjaga hati kaum lain demi satu undi mereka. Objektif yang paling penting bagi ahli-ahli politik ini adalah asalkan parti aku menang dan aku dapat pegang kuasa.

Sebagai orang melayu yang beragama islam kita harus mendepani cabaran baru ini dengan keinsafan yang mendalam.

Pembahagian Kuasa Suatu Rujukan Semula

Baron De Montesquieui adalah seorang sarjana yang hebat dengan idea-idea tentang pentadbiran kerajaan yang bernas. Ternyata idea doktrin beliau diterimapakai negara-negara di seluruh dunia

Namun, patutkah Malaysia menerimapakai idea ini? Hampir setengah abad tanah ini menerimapakai sistem tersebut hari ini kita dimomokkan oleh parti-parti politik bahawa cabang kehakiman kita gagal bersikap adil dan bebas.

Ini menunjukkan bahawa sistem ini mempunyai kelemahan ketara yang harus kita perhalusi semula.

Bagi penulis punca kelemahan ini adalah mudah. Baron De Montesquiei dengan segala ketajaman fikiran beliau tetap kekurangan beberapa perkara.

Pertama, beliau tidak dilahirkan di Malaysia. Kedua, beliau tidak mengamalkan adat, budaya dan resam orang-orang di Malaysia. Ketiga, beliau tidak menganuti Islam. Keempat, beliau hidup beratus-ratus tahun dahulu. Kelima beliau tidak berbahasa Melayu. Keenam, beliau tidak makan belacan. Ketujuh, beliau tidak berkhatan semasa berumur tujuh tahun dan beribu-ribu kelainan lain.

Secara amnya, kehidupan yang beliau alami sangat berbeza malah tidak sama langsung dengan kita yang berada beribu-ribu batu jauhnya dari beliau.

Maka oleh sebab itu, penulis merasakan bahawa amat wajar para ahli sarjana Malaysia duduk dan berfikir semula akan kewajaran kita menggunapakai doktrin pembahagian kuasa triparti ciptaan orang asing di tanah ini.

Sebelum pakatan rakyat turun ke jalanan memerasugut kerajaan supaya ditubuh Suruhanjaya Di Raja bagi membincangkan hal ini dan sebelum Barisan Nasional yang memerintah namun sebaliknya menurut perintah pakatan rakyat demi satu undi kaum cina dan india dipilihanraya Tanah Melayu, maka penulis hari ini menyeru Biro Perundangan GMP untuk sama-sama memberi pendapat akan kewajaran doktrin ini di Malaysia.

Malaysia di Zaman Pra Doktrin

Sebelum menerimapakai doktrin ini Malaysia menggunapakai sistem feudel di mana Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing adalah pusat kuasa yang mutlak.

Baginda menggubal undang-undang, menguatkuasakanya, menjadi hakim jika terdapat keraguan dsbgnya.

Benarkah begitu? Menurut sarjana barat begitulah. Mungkin di negara mereka begitu, yang penulis tahu menerusi filem braveheart di England memang begitu, namun tidak di Tanah Melayu.

Raja-Raja Melayu mempunyai pemikiran yang sehebat Baron De Montesquiue. Institusi Raja Melayu membahagi-bahagikan kuasa ini kepada Bendahara, Bentara, Temenggung, Shahbandar dan sebagainya sebelum Montesquieui dilahirkan lagi.

Di manakah silapnya sistem feudel Melayu sehingga hari ini kuasa yang ada pada Raja-Raja Melayu menjadi samar-samar sehingga terpaksa dihuraikan oleh para hakim sebelum boleh menguatkuasakanya.

Letaknya kelemahan sistem ini adalah kerana kegagalan orang-orang melayu untuk mempertahankannya. Kegagalan manusia melayu untuk berhujah mengatakan bahawa sistem ini adalah setanding doktrin ciptaan montesquiue seterusnya membuat pindaan supaya ia mejadi nashkah yang boleh digunapakai di zaman moden ini.

Jika benar sistem ini lemah kenapa Kesultanan Melayu Melaka menjadi sangat gemilang sehingga menjadi terkenal di seluruh dunia sehingga orang barat tertarik untuk menakluk dan belajar dari sistem tersebut. Para sarjana barat memuji pentadbiran kerajaan Melayu Melaka. Keefisienan sistem ini menjadikan Kerajaan Melayu Melaka menjadi amat kaya sehingga menimbulkan perasaan cemburu orang barat lalu mereka mencari jalan menakluk Melaka.

Sesuatu yang harus disemat oleh orang Melayu ialah Kesultanan Melayu Melaka sangat berbeza dengan Kerajaan dan Ketamadunan Melayu yang sebelumnnya seperti Empayar Langkasuka, Srivijaya dan Kedah Lama. Perbezaanya ialah Kerajaan Melayu Melaka menganut agama Islam agama anutan orang Melayu kini dan menjadi ciri khas orang Melayu moden. Sedangkan Empayar Kesultanan Melayu yang sebelumnya tidak menganuti Islam.

Oleh itu, sistem feudel yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka sangat berbeza dengan sistem feudel Empayar melayu sebelumnya. Dengan ciri-ciri yang sangat khusus sehinggakan terdapat satu undang-undang yang letaknya setaraf dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia hari ini. Undang-undang tersebut dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka.

Pemakaian Doktrin Pembahagian Kuasa Hari Ini dan Perbandingan Dengan Negara-Negara Lain

Sungguhpun doktrin ini digunapakai di seluruh dunia namun terdapat negara-negara yang mengadaptasi sedemikian rupa supaya ianya menepati citarasa negara tersebut.

Negara Costa Rica dan Taiwan contohnya telah menambahbaik doktrin ini menjadikan cabangan kuasa dibahagikan kepada lima elemen iaitu eksekutif, gubalan, kehakiman, suruhanjaya pilihanraya dan audit negara.

Soalnya mengapakah Malaysia masih mahu terikat dengan sistem tiga cabang pembahagian kuasa?

Mengapakah kita tidak menambah Majlis Raja-Raja sebagai salah satu cabang kuasa yang diiktiraf sebagai cabang pembahagian kuasa yang utama di Malaysia.

Pada waktu ini Majlis Raja-Raja hanya memutuskan sesuatu yang berkaitan dengan Islam dan adat resam orang Melayu. Seolah-olah Raja-Raja Melayu tidak boleh menyentuh kaum lain menjadikan mereka mempunyai imunisasi daripada Raja-Raja Melayu dan mempunyai hak yang lebih tinggi dari Raja-Raja Melayu. Bukankah kaum Cina dan India adalah juga rakyat Malaysia yang merupakan subjek kepada Raja-Raja Melayu?

Kaum Cina dan India telah berikrar untuk menjadi warganegara Malaysia tiada sebab untuk mereka dikecualikan daripada menerima Raja-Raja Melayu dari menaungi dan memayungi mereka seperti mana orang Melayu.

Rumusan

Oleh : Norali Bin Nordin

Berdasarkan alasan-alasan yang tersebut di atas, penulis merasakan bahawa sudah sampai masanya Malaysia merubah sistem lama yang mempunyai banyak kelemahan dengan menambah Majlis Raja-Raja supaya ianya juga menjadi tempat rujukan rakyat Malaysia di dalam soal pengurusan kehidupan harian mereka.

Soalnya, apakah tugas cabang yang baru ini. Jikalau tugasnya hanya member nasihat maka ianya tidak mendatangkan apa-apa perbezaan kerana sekarang ini pun begitulah sistemnya.

Penulis merasakan Perlembagaan Persekutuan harus diubah supaya menambah kuasa Raja-Raja Melayu daripada hanya memberi nasihat kepada sesuatu yang lebih mempunyai kuatkuasa undang-undang. Semoga dengan pindaan ini Tanah Melayu dapat kembali kepada zaman kegemilangan seperti Kesultanan Melayu Melaka.

Friday, July 30, 2010

KONTRAK SOSIAL DAN KEWARGANEGARAAN : KESAN KEPADA ORANG MELAYU DAN TINDAKAN MASA HADAPAN

Oleh : Norali Bin Nordin

Mukaddimah

Ini adalah Kertas Pandangan Gagasan Melayu Perak (GMP) mengenai isu-isu semasa yang melingkari umat Melayu khususnya di Perak.

Tujuan utama ia ditulis adalah untuk kegunaan pihak GMP di dalam merangka pelan bagi mana-mana pihak yang mempunyai agenda untuk kepentingan kaum Melayu.

Kertas ini juga ditulis khusus untuk diskusi Jawatankuasa Perundangan GMP.

Sejarah Sosial Kontrak

Seperti lazimnya dengan hal-hal yang berkaitan dengan falsafah (jurisprudence) politik dan perundangan, kebanyakkan teori dicitra cipta oleh orang Eropah.

Penulis tidak dapat melenyapkan rasa jengkel yang dialami semenjak mula-mula melangkah masuk ke Fakulti Undang-Undang UKM apabila terpaksa mempelajari akan kompleksnya pemikiran ahli-ahli falsafah Eropah yang tiada kena mengena dengan budaya dan cara hidup di Malaysia.

Ikatan sosial kontrak direkacipta oleh ahli-ahli pemikir di Eropah dan yang paling terkenal di antara mereka ialah Socrates seorang ahli falsafah Yunani yang kemudiannya dihukum mati oleh kerajaan Yunani.

Apabila diminta oleh rakan-rakan supaya melarikan diri dari bandar Athens tempat di mana beliau dijatuhkan hukuman mati ke sebuah bandar lain di dalam empayar Greek bagi mengelak daripada tertakluk kepada sistem perundangan bandar Athens, beliau dengan keras enggan berbuat demikian.

Ini adalah kerana beliau merasakan bahawa beliau terikat dengan sosial kontrak bandar Athens, memandangkan beliau sedar sejak dari kecil sehinggalah apabila beliau dewasa akan kebaikan sistem perundangan bandar Athens.

Sebelum wujudnya undang-undang, manusia hidup secara semulajadi di mana yang kuat akan menguasai yang lemah atau lebih dikenali sebagai undang-undang belantara (law of the jungle).

Namun, akibat daripada evolusi dunia, manusia mula mengamalkan sistem berkerajaan dan akhirnya sistem undang-undang telah digunapakai oleh setiap masyarakat di setiap negara di dunia, di mana dengannya teori sosial kontrak Socrates mula dipakai.

Manusia yang menganggotai masyarakat ini tidak pernah menandatangani mana-mana perjanjian dengan pihak kerajaan untuk mematuhi undang-undang yang digubal oleh kerajaan masing-masing.

Namun, setiap daripada kita seolah-olah diprogram untuk mematuhi undang-undang. Kita juga seolah-olah redha apabila dijatuhkan dengan hukuman berdasarkan undang-undang sesebuah negara itu. Inilah yang dinamakan sosial kontrak.

Sebagai contoh, kita tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian dengan pihak kerajaan untuk mematuhi Akta Lalu Lintas 1959 dan Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959. Namun, setiap daripada kita tahu bahawa apabila lampu trafik menyala merah semua kenderaan harus berhenti dan meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat bertukar hijau. Setiap daripada kita juga tahu adalah salah untuk tidak berhenti apabila lampu merah dan tanpa ragu-ragu kita semua tahu bahawa ia adalah satu kesalahan dan boleh dihukum.

Sosial Kontrak Sebelum Kemerdekaan Malaysia

Sebelum pembentukan Malaysia yang termasuk di dalamnya Sabah, Sarawak, Singapura (kemudiannya keluar pada tahun 1965) dan Brunei (menarik diri sebelum pembentukan), Semenanjung Tanah Melayu, iaitu paksi pembentukan Malaysia tidak mempunyai satu undang-undang yang bersekutu.

Setiap negeri Tanah Melayu mempunyai undang-undang tersendiri mengikut negeri masing-masing dan secara total mengamal sistem feudalisma.

Oleh itu, rakyat Melayu (termasuk orang asli) dan pelawat (Cina, India dan pemegang kewarganegaraan British) yang menetap di negeri-negeri di Tanah Melayu secara sukarela menyerahkan diri mereka untuk tertakluk kepada undang-undang dan peraturan-peraturan yang digubal oleh Raja-Raja Melayu. Ini adalah ikatan sosial kontrak di antara Raja dan rakyatnya.

Oleh yang demikian, apabila Raja-Raja Melayu mengikat perjanjian dengan kerajaan British, tiada rakyat Melayu yang boleh membantah. Pelawat asing yang datang dari China dan India langsung tiada hak kerana mereka menurut undang-undang tidak mempunyai negara. Begitu juga dengan pemegang kewarganegaraan British yang bermastautin di sini pada ketika itu.

Jikapun ada yang membantah, bantahan mereka tidak akan membawa erti kerana secara dasarnya mereka tidak mempunyai apa-apa hak untuk berbuat sedemikian.

Sesungguhnya, secara undang-undang Raja-Raja Melayu mempunyai hak mutlak ke atas setiap inci tanah di dalam kerajaan baginda. Maka tercatatlah sejarah bagaimana Singapura, Melaka dan Pulau Pinang diserahkan kepada kerajaan British untuk ditadbir dengan bayaran sewaan kepada Raja-Raja Melayu.

Menyedari akan hakikat ini, maka apabila para intelek Melayu mula membuat gerakan kemerdekaan, mereka mengambil keputusan bahawa kemerdekaan yang diperjuangkan itu hendaklah dapat membendung kuasa dan hak Raja-Raja Tanah Melayu.

Sebagai bangsa Melayu yang terkenal dengan taat setia mereka kepada Raja-Raja, maka para intelek semampu boleh tidak mahu mengenepikan kuasa Raja-Raja dengan menubuh kerajaan republik. Malah, kuasa Raja-Raja Melayu sangat penting untuk meneruskan kelangsungan bangsa Melayu itu.

Oleh itu, inteligensia Melayu memilih untuk mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan Raja berperlembagaan yang berteraskan kepada sistem di England.

Sosial Kontrak Sebelum Perang Dunia Kedua

Sebelum Perang Dunia Kedua tercetus, kebanjiran kaum Cina dan India ke Semenanjung Tanah Melayu menimbulkan fenomena baru di kalangan orang Melayu dan Raja-Raja yang menguasai mereka.

Secara dasarnya, orang Melayu tidak tahu cara bagaimana mahu menangani fenomena tersebut. Orang Melayu yang berharta melihat fenomena itu sebagai peluang membuat harta dengan mudah kerana kaum Cina dan India datang dengan pengetahuan asas.

Raja-Raja pula tidak merasakan bahawa terdapat jurang ekonomi di antara kaum Cina, India dan Melayu.

Penjajah British mengambil kesempatan ini dengan memecahkan ketiga-tiga kaum ini kepada jurusan yang tertentu. Misalannya, kaum Melayu berkerja sebagai petani, kaum Cina sebagai pelombong dan kaum India menjadi penoreh getah. Ini adalah juga merupakan ikatan sosial kontrak. Kesemua ini dilakukan bagi mendapat perolehan ekonomi untuk empayar British di samping kemudahan untuk mengawal ketiga-tiga kaum ini.

Di satu ketika, pecahan penduduk kaum Cina dan India adalah lebih tinggi daripada penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu itu sendiri.

Sosial Kontrak Selepas Perang Dunia Kedua

Selepas Perang Dunia Kedua, akibat kekalahan dan kerugian perang yang dialami, empayar British tidak lagi mahu menanggung kos pentadbiran di negara-negara yang mereka jajahi.

Pada waktu tersebut empayar British lebih menumpukan perhatian mereka kepada pembinaan semula England akibat daripada kerosakan Perang Dunia Kedua.

Satu persatu negara yang mereka jajahi telah diberi kemerdekaan. Di kebanyakkan negara yang dijajahi, pemasyhuran kemerdekaan ke atas mereka adalah mudah kerana negara-negara tersebut hanya diduduki oleh peribumi. Maka, dengan mudah kewarganegaraan peribumi tersebut diberikan.

Namun begitu, perkara yang sama tidak begitu mudah di Semenanjung Tanah Melayu. Empayar British terjerat dengan polisi membawa pendatang asing dengan jumlah yang signifikan ke Semenanjung Tanah Melayu.

Sebagai empayar yang menjajah melalui peruntukan undang-undang, mereka sangat faham bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah milik bangsa Melayu.

Ini dibuktikan dengan perjanjian demi perjanjian yang telah ditandatangani oleh pihak British dengan Raja-Raja Melayu seperti Perjanjian Penyewaan Pulau Pinang dengan Sultan Kedah, Perjanjian Singapura dengan Sultan Johor, Perjanjian Pangkor dengan Sultan Perak dan sebagainya.

Jika empayar British mengiktiraf kaum-kaum Cina dan India sebagai penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu sudah tentu British akan memasuki perjanjian-perjanjian tersebut dengan ketua-ketua kaum tersebut.

Oleh itu, isu pemberian kemerdekaan kepada Semenanjung Tanah Melayu menjadi rumit kerana British menjangkakan akan ada tentangan daripada kaum Melayu apabila isu pemberian kewarganegaraan kepada kaum-kaum Cina dan India dibangkitkan.

Perlu diingat bahawa empayar British jatuh muflis selepas Perang Dunia Kedua. Mereka perlu memastikan bahawa kaum-kaum Cina dan India diterima oleh orang Melayu sebagai warganegara. Jika tidak, mereka harus bertanggungjawab ke atas krisis kemanusiaan yang bakal dihadapi oleh berjuta kaum Cina dan India yang telah mereka bawa masuk ke Semenanjung Tanah Melayu.

Dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru dinobatkan sebagai pembawa keamanan dunia, di mana empayar British adalah pelobi pertubuhan tersebut, maka empayar British menjangkakan bahawa PBB akan memaksa mereka menerima kaum-kaum Cina dan India sebagai warganegara British.

Tatkala England pula telah separuh musnah akibat peperangan, oleh itu empayar British tidak mempunyai kapasiti untuk menerima masuk orang Cina dan India dari Semenanjung Tanah Melayu sekurang-kurangnya sehingga tempoh tertentu. Pilihan yang ada adalah untuk memastikan kaum Melayu menerima kaum-kaum Cina dan India sebagai warganegara Tanah Melayu.

Kaedah yang digunakan supaya kaum Melayu menerima kaum-kaum Cina dan India sebagai warganegara adalah sangat halus. Ia adalah pendekatan REVERSE PSYCHOLOGY yang sangat klasik.

Empayar British sedar bahawa kaum Melayu sudah mempunyai kesedaran politik. Melalui para intelek yang sedikit jumlahnya kaum Melayu sudah mula menubuhkan persatuan-peratuan untuk memperjuangkan nasib mereka. Kesatuan Melayu Muda adalah antara yang terawal diikuti oleh PEKEMBAR dan sebagainya.

Oleh itu, empayar British mula memainkan semangat perjuangan kaum Melayu. Sekembalinya mereka selepas kejatuhan Jepun di Semenanjung Tanah Melayu, British terus mengacah orang Melayu dengan mengumumkan Malayan Union, di mana soal kewarganegaraan kepada kaum Cina dan India dibangkitkan.

Ternyata pengumuman itu telah membakar semangat perjuangan orang Melayu. Orang Melayu berjaya merapatkan barisan untuk menolak Malayan Union.

Dalam waktu yang sama, empayar British berlakon seolah-olah mahu tinggal lebih lama di Tanah Melayu. Seolah-olah kemerdekaan tidak akan menjadi kenyataan di Tanah Melayu.

Perlu diingat pada zaman itu, para intelek Melayu kebanyakannya baru kembali ke Tanah Melayu setelah belajar di seberang laut. Mereka menyaksikan sendiri bagaimana negara-negara jajahan empayar British mendapat kemerdekaan.

Oleh itu, semangat mereka berkobar-kobar untuk mendapatkan kemerdekaan di tanah air sendiri. Seperti yang pernah penulis sebut di kertas kerja yang lepas, orang melayu sangat suka mengikut trend.

Empayar British sememangnya mahu gerakan kemerdekaan dilakukan oleh kaum Melayu agar British boleh menekan syarat-syarat Perjanjian Kemerdekaan yang menyebelahi mereka.

Untuk menyemarakkan lagi semangat pejuang kemerdekaan, British membiarkan pengganas komunis melakukan huru-hara dengan sewenang-wenangnya. Jika difikirkan, Parti Komunis Malaya [yang dikenali sebagai Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sewaktu zaman Jepun] telah memasuki hutan Malaya sewaktu Jepun menyerang lagi.

Empayar British adalah pihak yang bertanggungjawab melatih dan memberikan senjata kepada ahli-ahli Parti Komunis Malaya di dalam hutan-hutan di Tanah Melayu sebagai penentangan kepada askar-askar Jepun.

Masakan dengan latihan yang diberikan sendiri oleh British dan senjata yang mereka bekalkan, namun British tidak berupaya menentang pengganas komunis?

Akhirnya, apabila semangat kaum Melayu sudah terlalu tinggi untuk mengecapi kemerdekaan tanpa mengangkat senjata, maka empayar British mula sudi duduk bersama-sama ketua-ketua kaum Melayu bagi menggariskan Perjanjian Kemerdekaan.

Akhirnya, melalui kebijaksanaan mereka, empayar British berjaya membuat kaum Melayu menerima pendatang asing Cina dan India sebagai warganegara Malaysia dengan jumlah yang sangat banyak iaitu satu juta kaum Cina dan India yang langsung tidak mengamalkan adat resam Melayu dan tidak tahu berbahasa Melayu sebagai balasan kepada kemerdekaan Tanah Melayu.

Bagi memastikan kaum Melayu menerima pendatang asing ini sebagai warganegara Tanah Melayu, British menggariskan hak-hak keistimewaan kepada kaum Melayu.

Sementara itu, bagi memastikan pula pendatang asing Cina dan India menerima kewarganegaraan ini, British menggariskan pula hak-hak orang Cina dan India sebagai warganegara Tanah Melayu. Maka, tergarislah ikatan sosial kontrak Malaysia moden dalam bentuk Perlembagaan Persekutuan. Satu-satunya ikatan sosial kontrak di dalam dunia yang ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Begitulah kebijaksanaan empayar British menyelamatkan kemusnahan empayar mereka. Siapakah yang paling rugi? Sudah tentulah kaum Melayu. Kaum Melayu merasakan mereka mengambil langkah bijak untuk memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing dengan objektif mendapatkan kemerdekaan. Namun, hari ini nasib bangsa Melayu bagai melukut di tanah sendiri.

Namun begitu, kaum Melayu tidak harus dipersalahkan sepenuhnya dalam hal ini. Di samping itu, fakta sejarah ini harus diperinci semula. Sebagai bangsa Melayu kita harus bertanya adakah nasib kita akan sebegini daif jika sekiranya kita dapat mengubah sejarah dan menguasai sepenuhnya ekonomi negara?

Kewarganegaraan Dan Sosial Kontrak Malaya

Konsep kewarganegaraan diperkenalkan pada zaman Yunani kuno oleh masyarakat-masyarakt kecil yang mendiami polis (bandar) di Yunani.

Namun, pada waktu tersebut konsep kewarganegaraan adalah lebih kepada apa yang boleh disumbangkan oleh rakyat kepada komuniti. Ini bermaksud, untuk menjadi warganegara sesuatu komuniti rakyat harus memberikan sumbangan kepada masyarakat di mana ia menjadi warganegara. Jika sumbangan seseorang itu tidak mencukupi, maka dengan sendirinya ia terlucut daripada menjadi warganegara.

Berbeza dengan konsep kewarganegaraan moden, di mana kerajaan harus memastikan rakyatnya mendapat hak-hak yang digariskan sebagai warganegara.

Terdapat berbagai jenis kewarganegaraan, dalam konteks Malaya. Kaum Melayu mendapat kewarganegaraan kerana mereka adalah penduduk asal dan dilahirkan di Tanah Melayu. Jenis kewarganegaraan sebegini dinamakan jus soli.

Bagi pendatang asing Cina dan India yang bukannya penduduk asal Tanah Melayu, mereka harus menandatangani borang yang disediakan di mana terdapat sumpah ikrar taat setia secara formal sebelum diterima sebagai warganegara Tanah Melayu.

Seterusnya, keturunan pendatang asing tersebut mengikut konsep kewarganegaraan moden akan diterima sebagai warganegara secara otomatik. Keturunan mereka tidak lagi perlu mengangkat sumpah ikrar taat setia. Walaupun mereka masih belum tahu berbahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan tidak mengamalkan adat resam kaum peribumi, mereka tetap diterima sebagai warganegara Tanah Melayu (nama modennya Malaysia). Jenis kewarganegaraan ini dinamakan sebagai jus sanguinis.

Walaupun manisfesto Parti Perikatan menyatakan pemberian kerakyatan secara jus soli kepada sejuta pendatang asing namun dari perspektif undang-undang ianya boleh dipertikaikan berdasarkan kepada tempat lahir, bahasa, pendidikan dan ras wajah yang jauh berbeza dari kaum pribumi.

Apapun jenis kewarganegaraan yang diperolehi, sosial kontrak adalah ikatan am di antara warganegara Tanah Melayu (termasuk kaum-kaum Cina dan India) untuk menyerahkan diri kepada undang-undang dan Institusi Tanah Melayu.


Toleransi Orang Melayu

Orang Melayu terkenal dengan sikap toleransi yang amat tinggi terhadap bangsa asing tetapi tidak kepada bangsa sendiri. Sikap ini adalah kelemahan ketara bangsa Melayu itu sendiri.

Sebagai contoh, orang Melayu sanggup membeli barang-barang runcit di satu-satunya kedai bangsa Cina di dalam kampung mereka. Walaupun ada kedai yang dibuka oleh orang yang sebangsa, seagama dan sebahasa, namun kedai barang runcit bangsa Cina tetap boleh hidup di dalam kampung orang Melayu.

Jika difikir dengan lebih mendalam lagi, mengapa kedai runcit orang Cina ini boleh bertahan berpuluh-puluh tahun di pasaran majoriti kaum Melayu sedangkan kedai runcit orang Melayu tenggelam timbul ?

Ini terjadi kerana kaum Melayu menyokong perniagaan kaum Cina tersebut. Kaum Melayu bertoleransi dengan bangsa asing dengan membeli di kedai mereka, tetapi meletak penilaian yang tinggi tanpa mahu sedikit pun bertoleransi kepada kedai kaum Melayu sendiri. Kesilapan kecil yang berlaku di kedai orang Melayu akan menyebabkan kedai tersebut di boikot.

Berbagai alasan ditimbulkan untuk tidak membeli di kedai orang Melayu. Kononnya, barang di kedai orang Melayu lebih mahal. Pemilik kedai ada pakai mandrum dan sebagainya. Sesungguhnya, psikologi kaum Melayu itu sendiri yang mengata dan memburukkan rakan sebangsa. Sikap ini sangat berlawanan dengan agama Islam yang mereka anuti.

Untuk rujukan, bangsa Yahudi mengamalkan sikap yang terbalik iaitu bertoleransi dengan bangsa sendiri tetapi mengamalkan double standard terhadap bangsa asing. Terbukti bangsa Yahudi adalah bangsa yang paling berpengaruh di dunia walaupun jumlah mereka adalah sangat kecil.

Empayar British sedar akan kelemahan sikap kaum Melayu ini. Mereka amat pasti kaum Melayu akan bersetuju menerima bangsa asing yang tiada pertalian darah dan tidak menganuti agama yang sama untuk sama-sama tinggal di bumi mereka.

Perlu difahami bahawa dalam konsep kenegaraan moden, menjadi warganegara bermakna seseorang itu akan mendapat hak yang digariskan oleh kerajaan masing-masing. Hak ini termasuk hak mengundi, hak memiliki harta, hak mendapatkan perubatan, hak mengamal agama dan lain-lain.

Hal ini adalah sangat berbeza dengan konsep kewarganegaraan asal yang diamalkan oleh orang Yunani purba. Jika konsep Yunani purba yang dipelopori oleh Aristotle menjadi amalan, maka secara am ramai daripada sejuta bangsa Cina dan India yang diberi kewarganegaraan tidak layak menerimanya kerana mereka tidak menyumbang kepada komuniti asal tempat itu. Mereka tidak fasih berbahasa asal. Bangsa Cina dan India hanya menumpu kepada bangsa mereka sendiri tanpa mahu mengasimilisasikan bangsa mereka dengan bangsa asal bumi tersebut. Maka, mereka dengan sendirinya terlucut daripada menjadi warganegara.


Tindakan Masa Hadapan

Selepas keputusan Pilihanraya Ke-12 diumumkan, satu suasana baru yang huru-hara telah timbul.

Secara tiba-tiba kaum Cina dan India merasakan mereka boleh menguasai politik Malaysia yang didominasi kaum Melayu.

Rakyat di depani dengan pertubuhan yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia serta mula menyoal pemakaian sosial kontrak.

Kebanyakan mereka menyatakan bahawa sosial kontrak tidak wujud di Malaysia dan tidak wujud isu hak istimewa kaum Melayu serta perkara-perkara yang dilembagakan oleh ahli-ahli politik dahulu sebenarnya sekadar wayang dan propaganda parti pemerintah. Soalnya haruskah kaum Melayu berterusan bersikap toleransi terhadap bangsa asing?

Benarkah sosial kontrak tidak wujud? Seperti yang dibahaskan oleh penulis dengan panjang lebar di atas, seluruh dunia mengetahui bahawa sosial kontrak bukanlah suatu dokumen yang wujud. Ia hanyalah suatu konsep yang menunjukkan ikatan sosial di antara warganegara dengan negaranya untuk mematuhi undang-undang dan institusi yang mendaulatkan negara tersebut.

NAMUN, Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mendokumentasi sosial kontrak, di mana ia ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Bagaimanakah masyarakat Melayu harus menerima keadaan ini? Haruskah kaum Melayu duduk dan lihat nasib bangsa mereka ditentukan oleh bangsa lain?

Penulis percaya ketika Bapa Kemerdekaan Malaysia mengumumkan untuk memberi sejuta kewarganegaraan kepada bangsa asing sudah tentu ada pihak yang membantah. Penulis juga percaya bantahan tersebut tidak mendapat tempat kerana senario yang terdesak untuk merdeka yang ditimbulkan oleh empayar British.

Apabila bangsa pendatang yang diberi kewarganegaraan mempersoalkan akan kewujudan sosial kontrak, orang Melayu sama sekali tidak harus merasa marah. Orang Melayu harus melihat pertikaian ini sebagai suatu peluang untuk mengubah sejarah dan mengambil kembali hak kita yang dirompak oleh pendatang-pendatang ini.

Suatu tindakan mahkamah harus dilakukan oleh kaum Melayu. Tindakan ini adalah untuk menuntut agar mahkamah mengisytiharkan bahawa sosial kontrak tidak wujud di Malaysia seperti yang dimahukan oleh kaum-kaum Cina dan India. Mengapa?

Yang pertama, semasa Perjanjian Merdeka kaum Melayu yang dianggap peribumi oleh empayar British diselingkuh untuk menerima kaum-kaum lain sebagai warganegara. Namun, apabila pihak-pihak yang berkontrak sudah tidak mahu lagi terikat dengan kontrak, maka undang-undang membenarkan jalan keluar iaitu mengisytiharkan kontrak tersebut tidak lagi berkuatkuasa.

Untuk berbuat demikian, suatu pengisytiharan oleh Mahkamah diperlukan untuk menjadikannya sebagai ikatan undang-undang.

Apabila mahkamah mengisytiharkan bahawa sosial kontrak itu tidak wujud, maka dengan sendirinya hak-hak yang terdapat di dalam sosial kontrak tersebut juga akan terbatal. Ini bererti pengisytiharan berhubung dengan sosial kontrak itu secara otomatik akan membatalkan hak kewarganegaraan, hak mengundi, hak memiliki harta dan hak-hak lain.

Yang Kedua, kaum Cina dan India juga sebenarnya telah melanggar kontrak sosial itu. Memang benar manifesto pertama Parti Perikatan yang terdiri daripada Parti Umno, MCA dan MIC telah menyatakan dengan jelas pemberian hak kerakyatan atas dasar jus soli. Namun,di atas, penulis telah menerangkan dan membuktikan bahawa kewarganegaraan yang diberikan kepada sejuta kaum Cina dan India adalah melalui ikrar sumpah taat setia untuk mematuhi undang-undang dan institusi negara sementara keturunan mereka pula memperolehi kewarganegaraan melalui jus sanguinis bukan secara jus soli. Memandangkan kewarganegaraan melalui proses ini adalah secara otomatik dan berkuatkuasa kepada keturunan mereka, maka ikrar taat setia itu juga akan turun secara otomatik kepada anak, cucu, cicit dan keturunannya.

Apabila mereka mempertikaikan sosial kontrak yang didokumentasi sebagai Perlembagaan Persekutuan, maka mereka juga telah melanggar sumpah untuk mematuhi undang-undang negara ini. Apatah lagi yang dilanggar itu adalah undang-undang tertinggi negara ini, iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga melanggar sumpah untuk mematuhi institusi negara. Harus difahami bahawa kesemua institusi negara, seperti Raja Berperlembagaan, Mahkamah, Perdana Menteri, Kabinet dan lain-lain kesemuanya diwujudkan melalui Perlembagaan Persekutuan. Maka, mempertikaikan sosial kontrak bermaksud mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri dan secara langsung mereka mempertikaikan institusi negara yang membawa maksud pembatalan kewarganegaraan.

Sungguhpun perlanggaran sosial kontrak bukan dilakukan oleh sejuta kumpulan pertama yang menerima kewarganegaraan melalui ikrar taat setia mereka, namun oleh kerana ikrar itu telah menurun ke cucu-cicit mereka, maka perlanggaran yang dilakukan oleh keturunan mereka itu seolah-olah dilakukan sendiri oleh kumpulan pertama tadi. Ini juga bermaksud bahawa keturunan kumpulan yang pertama sudah tidak lagi boleh menjadi warganegara secara otomatik kerana kewarganegaraan asal yang diberi kepada nenek moyang mereka melalui sumpah taat setia telah terbatal akibat perlanggaran cucu-cicit mereka sekarang.

Yang Ketiga, penulis berasa sangsi samada pengisytiharan sejuta kewarganegaraan itu adalah sah di sisi undang-undang sebelum merdeka. Ini adalah kerana seperti yang disebut di atas, empayar British menjajahi Tanah Melayu melalui undang-undang. Walaupun Raja-Raja Melayu banyak membuat Perjanjian dengan empayar British, namun tidak ada suatu pun perjanjian yang menyerahkan kedaulatan wilayah Raja-Raja Melayu kepada empayar British. Ini bermakna Residen British memerintah Tanah Melayu secara de facto (in actual). Oleh itu, kuasa memerintah de legist (in law) adalah senantiasa menjadi hak Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing.

Bukti utama penulis mengatakan demikian adalah kerana pada tarikh 5hb Ogos 1957, empayar British terpaksa memanggil kesemua Raja-Raja Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu untuk menandatangani suatu perjanjian bagi menyerahkan kuasa de legist itu kepada Empayar British. Empayar British pula menyerahkan kuasa de legist itu kepada rakyat Tanah Melayu pada 31hb Ogos, 1957 yang kita kenali sebagai kemerdekaan.

Ya, kita bukan merdeka pada 31hb Ogos 1957. Itu hanyalah propaganda empayar British bagi menunjukkan kepada dunia bahawa mereka telah memerintah Tanah Melayu. Kemerdekaan sebenar adalah pada 5hb Ogos 1957, di mana kita dimerdekakan oleh Raja-Raja Melayu daripada sistem feudalisma kepada system demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Tahukah kita bahawa pada setiap masa sebelum merdeka empayar British tidak boleh memutuskan, menghukum atau memerintah sesuatu tanpa tandatangan Raja-Raja Melayu?

Oleh yang demikian, status quo adalah bahawa Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa mutlak terhadap subjek mereka di negeri masing-masing. Ini termasuklah kuasa memberi kewarganegaraan. Oleh yang demikian, perjanjian bertarikh 5hb Ogos 1957 itu hendaklah diteliti untuk mengetahui samada setiap Raja-Raja Melayu yang mewakili negeri masing-masing ada memberi hak menyerahkan kewarganegaraan kepada Perdana Menteri Malaya untuk diberi kepada sejuta kaum Cina dan India.

Yang Keempat, apabila suatu isu dibawa ke mahkamah, maka mahkamah hendaklah memutus dan mengisytiharkan isu tersebut.

Signifikasinya kepada kaum Melayu ialah, jika isu sosial kontrak ini diisytiharkan sebagai tidak wujud oleh mahkamah, maka kaum Melayu akan mendapat kembali segala peluang yang dirompak daripada mereka semasa Tanah Melayu dibahagi-bahagikan kepada pendatang-pendatang asing.

Namun, jika isu bahawa sosial kontrak itu tidak wujud ditolak, kaum Melayu masih tetap mendapat kebaikannya kerana penolakan memberi erti bahawa ia wujud. Oleh yang demikian, segala hak keistimewaan kaum Melayu yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan kekal dan tidak lagi boleh dipertikaikan oleh sesiapa termasuk oleh bangsa Melayu itu sendiri. Mempertikai keputusan mahkamah adalah perbuatan menghina mahkamah yang boleh dihukum penjara.

RUMUSAN

Kaum Melayu dan kaum pendatang Cina dan India tidak bersalah di dalam isu sosial kontrak ini. Sebenarnya, ketiga-tiga bangsa yang besar ini telah diperdaya untuk berbuat demikian oleh empayar British demi memastikan British tidak dibanjiri pendatang-pendatang asing dari Tanah Melayu.

Sebenarnya, kaum Cina dan India sendiri tidak mahu menjadi warganegara Malaysia.

Contohnya, aspirasi GMP ini dikongsi oleh Hindraf yang mewakili kaum India. Ini terbukti dengan tuntutan Hindraf kepada Ratu England “… bahawa kaum India telah dipanggil oleh British untuk bekerja di ladang-ladang getah milik British. Namun apabila British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu kaum India telah ditinggalkan oleh British di Tanah Melayu. Perkara ini telah menyebabkan kaum India ditindas dan tidak diberi peluang yang sewajarnya. Oleh yang demikian Hindraf menuntut supaya Ratu England membayar wang gantirugi kepada setiap kaum India yang ditinggalkan di Tanah Melayu”.

Jelas sekali, tuntutan Hindraf menggambarkan bahawa mereka tidak bersedia untuk menjadi warganegara Malaya. Kaum India melalui Hindraf mahu empayar British bertanggungjawab di atas perbuatan mereka meninggalkan kaum India di sebuah negara asing yang tiada kena mengena dengan budaya mereka. Mungkin, memberi kewarganegaraan British adalah lebih dipersetujui oleh kaum India kerana British jauh lebih maju daripada Tanah Melayu.

Di samping itu, kaum Melayu juga harus mengambil pendekatan Hindraf. Kaum Melayu sepatutnya menuntut Ratu England supaya membayar gantirugi kepada mereka kerana akibat perbuatan empayar British meninggalkan kaum-kaum Cina dan India di Malaya, yang akhirnya mengakibatkan kaum Melayu kehilangan peluang yang besar di dalam hal-hal ekonomi, universiti, tempat bekerja, keluasan tempat kediaman yang mengecil akibat penambahan penduduk yang ramai dan sebagainya.

Melalui rumusan-rumusan yang dilakukan di atas, maka penulis sesungguhnya menyeru ahli-ahli Jawatankuasa Perundangan berdiskusi dan mengambil suatu ketetapan untuk dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa GMP tentang perkara ini.

Wednesday, July 28, 2010

Petanda awal DAP mahu mansuh hak Melayu

KUALA LUMPUR 27 Julai - Cadangan terbaru seorang Ahli Parlimen DAP memansuhkan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor disifatkan sebagai satu petanda awal bahawa parti itu sedia menghapuskan semua hak istimewa Melayu sekiranya diberi kuasa memerintah.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, melalui konsep 'Malaysian Malaysia', DAP sudah tentu akan berusaha untuk mencapai misi tersebut termasuk melakukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, sekiranya igauan buruk itu benar-benar berlaku, nasib kehidupan orang Melayu bukan sahaja bertambah perit malah kepentingan Islam juga boleh terjejas.

''Adakah ini yang kita mahukan? Adakah kita mahu melihat nasib kaum kita seumpama mengemis di tanah air sendiri? Adakah kita mahu melihat Islam sebagai agama kita yang suci ini terjejas?

''Insaflah, sedarlah, lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin Melayu dan pengikut-pengikut mereka yang terlalu seronok bersekongkol dengan DAP. Cuba lihat Singapura apa sudah jadi dengan orang Melayu di sana?,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Hilmi berkata, secara peribadi beliau meminta kumpulan pemimpin Melayu yang sanggup bekerjasama serta bersekongkol dengan DAP supaya segera bermuhasabah.

''Jangan nanti kita menyesal setelah melihat negara ini tergadai kepada kaum lain,'' katanya.

Ketika menjawab satu soalan, Mohd. Hilmi turut mengakui cadangan Tony Pua itu akan melebarkan lagi jurang dalam bentuk pegangan ekuiti antara bumiputera khususnya orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

''Umum mengetahui kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain dalam konteks pegangan ekuiti adalah terlalu jauh. Orang Melayu masih lagi ketinggalan. Ini adalah fakta dan bukannya kenyataan kosong.

''Berapa sangat orang Melayu boleh memberi hartanah komersial dan rumah mewah? Saya percaya ia boleh dikira dengan jari. Selama ini pun sejak berpuluh-puluh tahun sistem diskaun pembelian hartanah oleh bumiputera diamalkan tidak pula timbul masalah,'' katanya.

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

Monday, July 26, 2010

MENYEMARAKAN SEMANGAT KEBANGKITAN BANGSA MELAYU

Keputusan pilihanraya ke 12 telah digambarkan dan disambut oleh se-setengah pihak, terutama sekali kaum bukan Melayu, sebagai satu ‘liberation’ atau pembebasan. Iaitu, pembebasan diri mereka dari belenggu pemerintah Melayu yang didakwa selama 50 tahun, menindas, menekan, serta menidakkan hak kaum bukan Melayu, dalam berbagai segi dan bentuk. Bagi mereka ini, keputusan pilihanraya ke 12 kononnya jelas menunjukkan bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia menolak pemerintahan UMNO-Barisan yang berteraskan bangsa Melayu dan yang hanya mementingkan hak Melayu, dan kaum bukan Melayu dipinggir dan menjadi rakyat kelas dua atau tiga.

2. Mengambil kesempatan dari kebangkitan kaum India/Hindu yang memperjuangkan ‘kuasa rakyat (makkal sakthi), dan disokong serta didorong oleh pemimpin-pemimpin Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat dan Pas, kaum bukan Melayu dengan berani dan lantang menimbulkan serta mempersoalkan antara lain, agama Islam, hak-hak Melayu dan juga institusi Raja-Raja Melayu.

3. Keberanian dan kelantangan mereka ini bukan tertumpu hanya kepada hak-hak Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mereka ini juga sudah berani menuntut bahawa perkara seperti krisis 13 Mei 1969 disiasat semula kononnya bertujuan mencapai satu ‘proper closure’. Tetapi matlamat dan motif mereka sebenarnya adalah bertujuan menuding jari dan mempersalahkan orang Melayu.

4. Ada pula pihak tertentu yang menuntut dikaji semula ‘Kontrak Sosial’ bertujuan menulis semula kontrak tersebut dengan matlamat bahawa Perlembagaan dipinda.

5. Ada pula pihak yang lain yang mahu mengagungkan ‘sumbangan’ bekas ketua pergerakan komunis, iaitu Chin Peng, dengan tujuan menonjolkan perjuangan pihak komunis dalam usaha kita mencapai kemerdekaan.

6. Selain dari itu, tindakan-tindakan yang diambil secara serta-merta oleh kerajaan-kerajaan Negeri, seperti Pulau Pinang, Perak dan Selangor, yang digambarkan seolah-olah ingin memperbetulkan ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan sebelum itu, tetapi apabila diteliti jelas menunjukkan bahawa tindakan yang diambil mementingkan sesuatu kaum sahaja.

7. Pakatan Rakyat, iaitu gabungan parti-parti pembangkang, dengan tujuan meraih sokongan rakyat bukan Melayu khususnya, melaungkan perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ dan ‘kesaksamaan’, sehingga ada pemimpin Melayu sendiri yang berani dan sanggup memberi jaminan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa, Dasar Ekonomi Baru akan dihapuskan dan diganti dengan satu dasar baru, yang digelar ‘ New Economic Agenda’. Tetapi apakah sebenarnya dasar baru ini tidak diperincikan.

8. Selain dari itu kedengaran suara-suara sumbang yang mempertikaikan ‘Ketuanan Melayu’. Saya ingin menegaskan di sini bahawa saya menggunakan perkataan ‘Ketuanan Melayu’ bukan dalam ertikata ‘Malay Supremacy’ tetapi dari sudut sejarah mengenai bentuk pemerintahan Negara ini sebelum merdeka yang diterajui oleh orang Melayu melalui institusi dan Raja-Raja Melayu.

9. Sudah kelihatan bahawa ada golongan rakyat Malaysia yang kini tidak lagi melihat Perlembagaan Persekutuan sebagai asas Negara ini dan mereka ini menggunakan prinsip dan konsep ‘freedom, equality dan human rights’ sejagat dalam hujahan mereka samada di Mahkamah atau di arena politik bertujuan mencorak semula ‘political landscape’ Negara kononnya mempertahankan hak semua dan dalam proses sebenarnya mengurangkan atau menghakiskan hak Melayu serta menurunkan kedudukan Islam seperti yang ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan menuntut hak kesamarataan keagamaan.

10. Berpandukan tajuk ceramah perhimpunan hari ini iaitu, ‘Cabaran Perlembagaan Dalam Arus Politik’ saya akan menyentuh tentang latar belakang kewujudan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sekarang ini dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.

Federation of Malaya Constitutional Commission, 1956-1957 Report.

11. Pada bulan Januari dan Februari 1956, ‘Federation of Malaya Constitutional Conference’ telah diadakan di London dan kata sepakat telah dicapai bahawa ‘ full self-government and independence’ diberi kepada Malaya. Dengan tujuan mengemukakan syor-syor bagi penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaya satu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel dilantik, yang diberi nama ‘Federation of Malaya Constitutional Commission (yang juga dikenali sebagi Suruhanjaya Reid)

12. Anggota Suruhanjaya ini terdiri dari the Rt. Hon. Lord Reid, LLD, FRSE, Lord of Appeal in Ordinary, Sir Ivor Jennings, KBE, QC, Litt D, LLD, Master of Trinity Hall Cambridge yang dilantik oleh Kerajaan United Kingdom, the Rt. Hon Sir William McKell, GCMG, yang dilantik oleh Kerajaan Australia, Mr. B Malik, bekas Ketua Hakim Allahabad High Court yang dilantik oleh Kerajaan India, dan Mr. Justice Abdul Hamid Hakim West Pakistan High Court yang dilantik oleh Kerajaan Pakistan. Perlantikan mereka ini disetujui oleh DYMM Ratu United Kingdom dan DYMM Raja-Raja Melayu.

12. Terma rujukan Suruhanjaya ini adalah:

“To examine the present constitutional arrangements throughout the Federation of Malaya, taking into account the positions and dignities of Her Majesty the Queen and of Their Highnesses the Rulers: and

To make recommendations for a federal form of constitution for the whole country as a single, self-governing unit within the Commonwealth based on Parliamentary democracy with a bicameral legislature, which would include provision for:

(i) the establishment of a strong central government with the States and Settlements enjoying a measure of autonomy (the question of the residual legislative power to be examined by, and to be the subject of recommendations by the Commission) and with machinery of consultation between the central Government and the States and Settlements on certain financial matters to be specified in the Constitution;

(ii) the safeguarding of the position and prestige of Their Highness as constitutional Rulers of their respective States;

(iii) a constitutional Yang di-Pertuan Besar (Head of State) for the Federation to be chosen from Their Highnesses the Rulers;

(iv) a common nationality for the whole Federation;

(v) the safeguarding of the special position of the Malays and the legitimate interests of the other communities.

13. Berteraskan kepada ‘terms of reference’ yang dinyatakan diatas, dalam laporan yang disediakan oleh Suruhanjaya berkenaan, perkara-perkara utama dan fundamental seperti berikut juga dibincangkan, dan perkara-perkara ini telah ditetapkan sebagai ‘Fundamental Rights’ didalam Chapter IX – Constitutional Guarantees’, iaitu hak-hak asasi yang dijaminkan oleh Perlembagaan

(i) Kedudukan istimewa orang Melayu (Special position of the Malays)”,

(ii) Tanah rezab Melayu,

(ii) Kuota bagi kemasukan dalam perkhidmatan awam,

(iv) Kuota mengenai pengeluaran lesen atau permit bagi perniagaan tertentu.

(v) Keutamaan bagi orang Melayu untuk biasiswa, bursaries dan bantuan dalam bentuk yang lain bagi tujuan pendidikan;

(vi) Agama Persekutuan; dan

(vii) Bahasa Kebangsaan.

14. Kesemua perkara-perkara ini terdapat dalam Bab IX yang dirujukan diatas.

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU (THE SPECIAL POSITION OF THE MALAYS

15. Mengenai ‘Special Position of the Malays’, berikut adalah pendangan Suruhanjaya:

“164. When we came to determine what is ‘the special position of the Malays we found that as a result of the original treaties with the Malay States, reaffirmed from time to time, the special position of the Malays has always been recognised. This recognition was continued by the provisions of cl. 19(1)(d) of the Federation Agreement, 1948, which made the High Commissioner responsible for safeguarding the special position of the Malays and the legitimate interests of other communities. We found that there are now four (4) matters with regard to which the special position of the Malays is recognised and safeguarded:

(1) In most of the States there are extensive Malay reservations of land, and the system of reserving land for Malays has been in action for many years. In every State the Ruler-in-Council has the power to permit a non-Malay to acquire a piece of land in a Malay reservation but the power is not used very freely. There have been some extensions of reservations in recent years but we do not know to what extent the proportion of reserved land has been increasing. (Artikel 89 Perlembagaan Persekutuan)

PERKHIDMATAN AWAM, PERNIAGAAN DAN PENDIDIKAN

15. Perkara ini terdapat didalam perenggan 153 hingga 168 laporan tersebut dan secara ringkas memperkaui tentang kedudukan kaum Melayu berbanding kaum lain, terutama kaum Cina.

Perenggan 163 (2) – Perkhidmatan Awam

“(2) There is now in operation quotas for admission to the public services. These quotas do not apply to all services, e.g. there is no quota for the police and indeed there is difficulty in getting a sufficient proportion of non-Malays to join the Police.”

Perenggan 163(3) - Perniagaan

“(3) There are now also in operation quotas in respect of the issuing of permits or license for the operation of certain businesses. These are chiefly concerned with road haulage and passenger vehicles. Some of these quotas are of recent introduction. The main reasons for them appear to be that in the past the Malays have lacked capital and have tended to remain on the land and not to take a large part in business, and that this is one method of encouraging the Malays to take a larger part in business enterprises.”

Perenggan 163(4) - Pendidikan

“(4) In many classes of scholarships, bursaries and other forms of aid for educational purposes preference is given to Malays. The reason for this appears to be that in the past higher education of the Malays has tended to fall behind that of the Chinese partly because the Chinese have been better able to pay for it and partly because it is more difficult to arrange for higher education for Malays in the country than for Chinese in the towns. (Perkara (2), (3), dan (4) termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan).”

AGAMA PERSEKUTUAN (STATE RELIGION)

16. Mengenai Agama Persekutuan, pandangan Suruhanjaya adalah seperti berikut:

“169. We have considered the question whether there should be any statement in the Constitution to the effect that Islam should be the State religion. There was universal agreement that if any such provision were inserted it must be made clear that it would not in any way effect the civil rights of non-Muslims. In the memorandum submitted by the Alliance it was stated the religion of Malaysia shall be Islam. The observance of this principle shall not impose any disability on non-Muslim nationals professing and practising their own religions and shall not imply that the State is not a secular State….” (Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan).

BAHASA (LANGUAGE)

17. Berikut adalah pandangan Suruhanjaya:

“170. We received a large number of representations on this subject. After giving full consideration to them we have decided to recommend that Malay should be the National Language and that for a period of at least ten (10) years English should continue to be used as an official language….” (artikel 152 Perlembagaan Persekutuan).

18. Menurut Suruhanjaya tersebut dalam usaha mereka merangkakan Perlembagaan Persekutuan, mereka telah menjemput dan menerima 131 memorandum dari berbagai individu dan pertubuhan dan telah mengadakan 118 perjumpaan atau mesyuarat.

KETUANAN MELAYU

19. Dalam mukadimah kepada laporan tersebut, sebagai “Historical Introduction”, Suruhanjaya telah menyentuh latar belakang kerajaan dan politik Tanah Melayu, dan in adalah penting bagi tujuan memahami ‘Ketuanan Melayu’ yang sering diperbahaskan dan dipertikaikan.

20. Dalam laporan mereka, Suruhanjaya menyatakan:

“19. Before the Japanese occupation, the States and Settlements of the Federation of Malaya, together with Singapore, formed three distinct political groups: these were (1) the Crown Colony called the Straits Settlements, which included the Settlements of Singapore, Malacca and Penang, (2) the Federated Malay States, comprising the States of Negri Sembilan, Pahang, Perak and Selangor which had entered into a Federation by treaty in 1895, and (3) the remaining five States of Johore, Kedah, Kelantan, Perlis and Trengganu known as the Unfederated Malay States. In the Straits Settlements there was the normal form of Crown Colony government with a Governor, an Executive Council and a Legislative Council. The Executive Council was wholly composed of official members, and the Legislative Council wholly nominated but containing equal numbers of official and unofficial members. The centre of Government was at Singapore.

20. In those Malay States which became the Federated Malay States British authority rested upon Agreements concluded with the Rulers at various dated from 1874 onwards…..”

21. Dari apa yang diperkatakan, jelas bahawa Negeri-negeri Tanah Melayu diakui dan diiktiraf sebagai berada di bawah pemerintahan Melayu dan dengan pemerintahan Melayu inilah pihak penjajah menandatangani atau memasuki perjanjian dan mengakui dan mengiktiraf hak orang Melayu. Oleh demikian apabila kita bercakap tentang ‘Ketuanan Melayu’ ianya bermaksud ‘Malay Sovereignity’. Dan ini menjadi asas penubuhan Negara yang dikenali atau dipanggil ‘Federation of Malaya’.

22. Kerajaan pemerintahan Melayu dan Hak istimewa Melayu di akui dan diiktiraf lama sebelum merdeka. Bukan itu sahaja, sepertimana yang telah saya petik di atas, iaitu perenggan 164 laporan Suruhanjaya tersebut, Suruhanjaya Tinggi British dipertanggungjawabkan menjaga hak-hak istimewa Melayu.

23. Bagi mereka yang memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’ dan meritokrasi saya ingin bertanya apakah bentuk kerajaan dan corak pemerintahan yang mereka inginkan? Apakah formula mereka untuk melaksanakan sistem meritokrasi dan pada masa yang sama mengimbangkan kedudukan semua kaum, antara lain, dalam bidang pendidikan dan ekonomi?

24. Sepertimana yang kita sedia maklum agihan penguasaan atau pegangan ekonomi antara kaum Cina dan bukan Cina dianggarkan antara 20% hingga 40% bagi kaum Melayu dan antara 60% hingga 80% bagi kaum Cina. Kita ingin tahu apakah formula yang akan digunapakai bagi mengimbangkan ketidakseimbangan ini sekiranya dasar meritokrasi dilaksanakan? Adakah kaum cina sanggup dan sedia berkongsi dan membahagikan pegangan ekonomi mereka samarata dengan orang Melayu dan kaum-kaum yang lain? Sekiranya sanggup apakah dasar yang akan dilaksanakan?

25. Tentang pendidikan, apakah pendekatan yang akan diambil untuk mewujudkan satu dasar pendidikan Nasional memandangkan kaum
Cina dan India terus menuntut lebih banyak sekolah aliran Cina dan India? Sanggup dan sediakah kaum-kaum bukan Melayu menerima satu dasar pendidikan Nasional yang berteraskan Bahasa Melayu yang juga Bahasa Kebangsaan?

26. Soalan-soalan seperti ini langsung tidak diketengahkan dan sekiranya ini berterusan, bukan sahaja impian mewujudkan satu Bangsa Malaysia tidak akan tercapai, bagaimanakah kita harap mewujudkan satu Negara ‘Malaysia’ yang satu dengan identiti tersendiri. Walaupun Malaysia telah merdeka selama 50 tahun masih ada kaum bukan Melayu yang langsung tidak boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia!

27. Apa yang kita lihat adalah usaha yang menjurus semata-mata bertujuan mengurangkan dan menghakiskan hak Melayu tanpa mengambil kira bahawa hak-hak ini termaktub dan dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan yang dirangka setelah mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan termasuk hak kerayatan bagi kaum bukan Melayu, satu hak yang tidak ternilai. Mereka menuntut “kesamarataan” tanpa memikirkan keadilan. Kesamarataan tidak bererti keadilan.

28. Ada golongan orang Melayu yang mempercayai bahawa mereka tidak lagi perlu bergantung kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini dan sudah tiba masanya bahawa hak-hak ini dimansuhkan atau dikaji semula kerana mereka sudah mampu bersaing dengan kaum lain. Kebanyakan mereka ini lupa bahawa pencapaian mereka setakat ini adalah kerana bantuan yang mereka terima dan nikmati ekoran dari peruntukan-peruntukan dan jaminan yang diberi dan termaktub dalam Perlembagaan. Malangnya salah tanggapan mereka ini telah membuka ruang yang lebih luas kepada kaum bukan Melayu mempertikaikan dan mencabar hak orang Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan.

29. Dalam keghairahan mereka mempercayai bahawa mereka sudah mampu bersaing atas landasan meritokrasi, mereka lupa bahawa ramai lagi orang Melayu yang memerlukan bantuan untuk mencapai kemajuan. Dasar-dasar yang diwujudkan untuk membantu rakyat yang kurang berpeluang atau “the disadvantaged” yang digelar “affirmative action policy” bukan bertujuan memberi “handout” tetapi bertujuan memberi peluang untuk kemajuan diri, dan dasar “affirmative action policy” ini masih diperlukan untuk mencapai keseimbangan di antara rakyat Malaysia terutama sekali dalam di bidang ekonomi.

30. Perkara-perkara yang saya sebutkan adalah perkara yang fundamental atau asasi dan menjadi tunggak Perlembagaan dan Negara Malaysia dan bukan terma atau syarat kontrak sosial yang boleh ditukar, diubahsuai, dipinda, dibatalkan atau dimansuhkan sewenang-wenangnya menurut tuntutan dan kehendak politik atau sesuatu kaum.

31. Terdapat usaha-usaha melalui pentas politik, undang-undang, mahkamah dan melalui ‘public opinion’ yang bertujuan mencabar, mempertikaikan, menghakiskan dan menulis semula (rewrite) Perlembagaan Persekutuan atas berbagai alasan seperti hak asasi individu, hak beragama, hak pendidikan, hak bersuara, hak kesamarataan (equality) dan hak-hak yang lain, tanpa mengambil kira hakikat sebenar keadaan sosio-ekonomi, pendidikan, politik dan kedudukan kaum Negara ini.

32. Walaupun kita akui bahawa terdapat kelemahan dalam perlaksanaan segala dasar penting, ianya tidak bererti bahawa hak-hak asasi dan institusi penting yang dijaminkan kewujudan dan kedudukannya dalam Perlembagaan tidak lagi relevan atau berguna.

33. Hak-hak dan institusi-institusi ini seperti Institusi Raja-Raja Melayu, Institusi Kehakiman, Institusi Parliamen, institusi berkaitan dengan Agama Islam dan sebagainya masih relevan, perlu dan memainkan serta melaksanakan peranan yang utama dan penting dalam sistem dan pentadbiran Negera Malaysia kerana mereka ini melambangkan asas, kedaulatan dan identiti Negara Malaysia. Sekiranya hak-hak dan institusi-institusi ini hilang atau lupus, maka hilanglah asas, kedaulatan dan identiti Negara kita.

34. Tidak terdapat mana-mana Negara di dunia yang mempunyai atau mengamal sistem pendidikan seperti di Malaysia di mana terdapat sistem pendidikan dan sekolah etnik yang beroperasi seiring dengan sekolah kebangsaan.

35. Peluang-peluang yang terdapat di Negara kita bagi mereka yang rajin berusaha tidak terhad. Sesiapa juga boleh mengumpul harta dan hidup selesa.

36. Kebebasan bersuara semakin sehari bertambah kukuh, berbanding dengan Negara jiran seberang selat Tebrau, sehingga rakyat Malaysia tidak merasa takut membuat tuntutan berasaskan perkauman.

37. Tuntutan-tuntutan mereka ini bertambah kuat dan meluas kerana mereka percaya bahawa kuasa politik Melayu sudah pudar dan lemah dan pemimpin politik Melayu terpaksa dan perlu akur kepada tuntutan mereka demi kepentingan masa depan dan ‘survival’ kuasa politik Melayu.

38. Nasib masa depan kuasa politik Melayu dan kaum Melayu sendiri harus dan mesti ditentukan oleh orang Melayu dan bukan terserah kepada budibicara dan belas ihsan orang lain, oleh itu Bangsa Melayu sendiri perlu bangun dan bertindak Menyemarakan Semangat Kebangkitan Bangsa Melayu sebelum terlewat.

Sekian, terima kasih.

Tulisan En Zainul Zakaria