Slideshow

GAGASAN MELAYU PERAK - Kearah Memertabatkan Bangsa, Agama dan Negara


Gagasan Melayu Perak (GMP) adalah sebuah persatuan bukan politik yang bertujuan untuk menyatukan orang Melayu Perak bagi mempertahan dan memperjuangkan kepentingan dan hak orang Melayu, Bahasa Melayu, Institusi Kesultanan Negeri Perak, Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Perak. Ianya lahir dari resolusi Perhimpunan Melayu Perkasa yang dianjurkan oleh Persatuan Darul Ridzuan Di Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Negeri Perak pada 9hb Ogos, 2008 di Universiti Teknologi PETRONAS Tronoh. Persatuan Melayu Perak yang diberi nama Gagasan Melayu Perak (GMP) telah diluluskan pendaftarannya pada 17hb Mac 2009. Mesyuarat Agung Penubuhan GMP telah diadakan pada 20hb Jun 2009 di Hotel Heritage, Ipoh dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Friday, July 30, 2010

KONTRAK SOSIAL DAN KEWARGANEGARAAN : KESAN KEPADA ORANG MELAYU DAN TINDAKAN MASA HADAPAN

Oleh : Norali Bin Nordin

Mukaddimah

Ini adalah Kertas Pandangan Gagasan Melayu Perak (GMP) mengenai isu-isu semasa yang melingkari umat Melayu khususnya di Perak.

Tujuan utama ia ditulis adalah untuk kegunaan pihak GMP di dalam merangka pelan bagi mana-mana pihak yang mempunyai agenda untuk kepentingan kaum Melayu.

Kertas ini juga ditulis khusus untuk diskusi Jawatankuasa Perundangan GMP.

Sejarah Sosial Kontrak

Seperti lazimnya dengan hal-hal yang berkaitan dengan falsafah (jurisprudence) politik dan perundangan, kebanyakkan teori dicitra cipta oleh orang Eropah.

Penulis tidak dapat melenyapkan rasa jengkel yang dialami semenjak mula-mula melangkah masuk ke Fakulti Undang-Undang UKM apabila terpaksa mempelajari akan kompleksnya pemikiran ahli-ahli falsafah Eropah yang tiada kena mengena dengan budaya dan cara hidup di Malaysia.

Ikatan sosial kontrak direkacipta oleh ahli-ahli pemikir di Eropah dan yang paling terkenal di antara mereka ialah Socrates seorang ahli falsafah Yunani yang kemudiannya dihukum mati oleh kerajaan Yunani.

Apabila diminta oleh rakan-rakan supaya melarikan diri dari bandar Athens tempat di mana beliau dijatuhkan hukuman mati ke sebuah bandar lain di dalam empayar Greek bagi mengelak daripada tertakluk kepada sistem perundangan bandar Athens, beliau dengan keras enggan berbuat demikian.

Ini adalah kerana beliau merasakan bahawa beliau terikat dengan sosial kontrak bandar Athens, memandangkan beliau sedar sejak dari kecil sehinggalah apabila beliau dewasa akan kebaikan sistem perundangan bandar Athens.

Sebelum wujudnya undang-undang, manusia hidup secara semulajadi di mana yang kuat akan menguasai yang lemah atau lebih dikenali sebagai undang-undang belantara (law of the jungle).

Namun, akibat daripada evolusi dunia, manusia mula mengamalkan sistem berkerajaan dan akhirnya sistem undang-undang telah digunapakai oleh setiap masyarakat di setiap negara di dunia, di mana dengannya teori sosial kontrak Socrates mula dipakai.

Manusia yang menganggotai masyarakat ini tidak pernah menandatangani mana-mana perjanjian dengan pihak kerajaan untuk mematuhi undang-undang yang digubal oleh kerajaan masing-masing.

Namun, setiap daripada kita seolah-olah diprogram untuk mematuhi undang-undang. Kita juga seolah-olah redha apabila dijatuhkan dengan hukuman berdasarkan undang-undang sesebuah negara itu. Inilah yang dinamakan sosial kontrak.

Sebagai contoh, kita tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian dengan pihak kerajaan untuk mematuhi Akta Lalu Lintas 1959 dan Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959. Namun, setiap daripada kita tahu bahawa apabila lampu trafik menyala merah semua kenderaan harus berhenti dan meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat bertukar hijau. Setiap daripada kita juga tahu adalah salah untuk tidak berhenti apabila lampu merah dan tanpa ragu-ragu kita semua tahu bahawa ia adalah satu kesalahan dan boleh dihukum.

Sosial Kontrak Sebelum Kemerdekaan Malaysia

Sebelum pembentukan Malaysia yang termasuk di dalamnya Sabah, Sarawak, Singapura (kemudiannya keluar pada tahun 1965) dan Brunei (menarik diri sebelum pembentukan), Semenanjung Tanah Melayu, iaitu paksi pembentukan Malaysia tidak mempunyai satu undang-undang yang bersekutu.

Setiap negeri Tanah Melayu mempunyai undang-undang tersendiri mengikut negeri masing-masing dan secara total mengamal sistem feudalisma.

Oleh itu, rakyat Melayu (termasuk orang asli) dan pelawat (Cina, India dan pemegang kewarganegaraan British) yang menetap di negeri-negeri di Tanah Melayu secara sukarela menyerahkan diri mereka untuk tertakluk kepada undang-undang dan peraturan-peraturan yang digubal oleh Raja-Raja Melayu. Ini adalah ikatan sosial kontrak di antara Raja dan rakyatnya.

Oleh yang demikian, apabila Raja-Raja Melayu mengikat perjanjian dengan kerajaan British, tiada rakyat Melayu yang boleh membantah. Pelawat asing yang datang dari China dan India langsung tiada hak kerana mereka menurut undang-undang tidak mempunyai negara. Begitu juga dengan pemegang kewarganegaraan British yang bermastautin di sini pada ketika itu.

Jikapun ada yang membantah, bantahan mereka tidak akan membawa erti kerana secara dasarnya mereka tidak mempunyai apa-apa hak untuk berbuat sedemikian.

Sesungguhnya, secara undang-undang Raja-Raja Melayu mempunyai hak mutlak ke atas setiap inci tanah di dalam kerajaan baginda. Maka tercatatlah sejarah bagaimana Singapura, Melaka dan Pulau Pinang diserahkan kepada kerajaan British untuk ditadbir dengan bayaran sewaan kepada Raja-Raja Melayu.

Menyedari akan hakikat ini, maka apabila para intelek Melayu mula membuat gerakan kemerdekaan, mereka mengambil keputusan bahawa kemerdekaan yang diperjuangkan itu hendaklah dapat membendung kuasa dan hak Raja-Raja Tanah Melayu.

Sebagai bangsa Melayu yang terkenal dengan taat setia mereka kepada Raja-Raja, maka para intelek semampu boleh tidak mahu mengenepikan kuasa Raja-Raja dengan menubuh kerajaan republik. Malah, kuasa Raja-Raja Melayu sangat penting untuk meneruskan kelangsungan bangsa Melayu itu.

Oleh itu, inteligensia Melayu memilih untuk mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan Raja berperlembagaan yang berteraskan kepada sistem di England.

Sosial Kontrak Sebelum Perang Dunia Kedua

Sebelum Perang Dunia Kedua tercetus, kebanjiran kaum Cina dan India ke Semenanjung Tanah Melayu menimbulkan fenomena baru di kalangan orang Melayu dan Raja-Raja yang menguasai mereka.

Secara dasarnya, orang Melayu tidak tahu cara bagaimana mahu menangani fenomena tersebut. Orang Melayu yang berharta melihat fenomena itu sebagai peluang membuat harta dengan mudah kerana kaum Cina dan India datang dengan pengetahuan asas.

Raja-Raja pula tidak merasakan bahawa terdapat jurang ekonomi di antara kaum Cina, India dan Melayu.

Penjajah British mengambil kesempatan ini dengan memecahkan ketiga-tiga kaum ini kepada jurusan yang tertentu. Misalannya, kaum Melayu berkerja sebagai petani, kaum Cina sebagai pelombong dan kaum India menjadi penoreh getah. Ini adalah juga merupakan ikatan sosial kontrak. Kesemua ini dilakukan bagi mendapat perolehan ekonomi untuk empayar British di samping kemudahan untuk mengawal ketiga-tiga kaum ini.

Di satu ketika, pecahan penduduk kaum Cina dan India adalah lebih tinggi daripada penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu itu sendiri.

Sosial Kontrak Selepas Perang Dunia Kedua

Selepas Perang Dunia Kedua, akibat kekalahan dan kerugian perang yang dialami, empayar British tidak lagi mahu menanggung kos pentadbiran di negara-negara yang mereka jajahi.

Pada waktu tersebut empayar British lebih menumpukan perhatian mereka kepada pembinaan semula England akibat daripada kerosakan Perang Dunia Kedua.

Satu persatu negara yang mereka jajahi telah diberi kemerdekaan. Di kebanyakkan negara yang dijajahi, pemasyhuran kemerdekaan ke atas mereka adalah mudah kerana negara-negara tersebut hanya diduduki oleh peribumi. Maka, dengan mudah kewarganegaraan peribumi tersebut diberikan.

Namun begitu, perkara yang sama tidak begitu mudah di Semenanjung Tanah Melayu. Empayar British terjerat dengan polisi membawa pendatang asing dengan jumlah yang signifikan ke Semenanjung Tanah Melayu.

Sebagai empayar yang menjajah melalui peruntukan undang-undang, mereka sangat faham bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah milik bangsa Melayu.

Ini dibuktikan dengan perjanjian demi perjanjian yang telah ditandatangani oleh pihak British dengan Raja-Raja Melayu seperti Perjanjian Penyewaan Pulau Pinang dengan Sultan Kedah, Perjanjian Singapura dengan Sultan Johor, Perjanjian Pangkor dengan Sultan Perak dan sebagainya.

Jika empayar British mengiktiraf kaum-kaum Cina dan India sebagai penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu sudah tentu British akan memasuki perjanjian-perjanjian tersebut dengan ketua-ketua kaum tersebut.

Oleh itu, isu pemberian kemerdekaan kepada Semenanjung Tanah Melayu menjadi rumit kerana British menjangkakan akan ada tentangan daripada kaum Melayu apabila isu pemberian kewarganegaraan kepada kaum-kaum Cina dan India dibangkitkan.

Perlu diingat bahawa empayar British jatuh muflis selepas Perang Dunia Kedua. Mereka perlu memastikan bahawa kaum-kaum Cina dan India diterima oleh orang Melayu sebagai warganegara. Jika tidak, mereka harus bertanggungjawab ke atas krisis kemanusiaan yang bakal dihadapi oleh berjuta kaum Cina dan India yang telah mereka bawa masuk ke Semenanjung Tanah Melayu.

Dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru dinobatkan sebagai pembawa keamanan dunia, di mana empayar British adalah pelobi pertubuhan tersebut, maka empayar British menjangkakan bahawa PBB akan memaksa mereka menerima kaum-kaum Cina dan India sebagai warganegara British.

Tatkala England pula telah separuh musnah akibat peperangan, oleh itu empayar British tidak mempunyai kapasiti untuk menerima masuk orang Cina dan India dari Semenanjung Tanah Melayu sekurang-kurangnya sehingga tempoh tertentu. Pilihan yang ada adalah untuk memastikan kaum Melayu menerima kaum-kaum Cina dan India sebagai warganegara Tanah Melayu.

Kaedah yang digunakan supaya kaum Melayu menerima kaum-kaum Cina dan India sebagai warganegara adalah sangat halus. Ia adalah pendekatan REVERSE PSYCHOLOGY yang sangat klasik.

Empayar British sedar bahawa kaum Melayu sudah mempunyai kesedaran politik. Melalui para intelek yang sedikit jumlahnya kaum Melayu sudah mula menubuhkan persatuan-peratuan untuk memperjuangkan nasib mereka. Kesatuan Melayu Muda adalah antara yang terawal diikuti oleh PEKEMBAR dan sebagainya.

Oleh itu, empayar British mula memainkan semangat perjuangan kaum Melayu. Sekembalinya mereka selepas kejatuhan Jepun di Semenanjung Tanah Melayu, British terus mengacah orang Melayu dengan mengumumkan Malayan Union, di mana soal kewarganegaraan kepada kaum Cina dan India dibangkitkan.

Ternyata pengumuman itu telah membakar semangat perjuangan orang Melayu. Orang Melayu berjaya merapatkan barisan untuk menolak Malayan Union.

Dalam waktu yang sama, empayar British berlakon seolah-olah mahu tinggal lebih lama di Tanah Melayu. Seolah-olah kemerdekaan tidak akan menjadi kenyataan di Tanah Melayu.

Perlu diingat pada zaman itu, para intelek Melayu kebanyakannya baru kembali ke Tanah Melayu setelah belajar di seberang laut. Mereka menyaksikan sendiri bagaimana negara-negara jajahan empayar British mendapat kemerdekaan.

Oleh itu, semangat mereka berkobar-kobar untuk mendapatkan kemerdekaan di tanah air sendiri. Seperti yang pernah penulis sebut di kertas kerja yang lepas, orang melayu sangat suka mengikut trend.

Empayar British sememangnya mahu gerakan kemerdekaan dilakukan oleh kaum Melayu agar British boleh menekan syarat-syarat Perjanjian Kemerdekaan yang menyebelahi mereka.

Untuk menyemarakkan lagi semangat pejuang kemerdekaan, British membiarkan pengganas komunis melakukan huru-hara dengan sewenang-wenangnya. Jika difikirkan, Parti Komunis Malaya [yang dikenali sebagai Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sewaktu zaman Jepun] telah memasuki hutan Malaya sewaktu Jepun menyerang lagi.

Empayar British adalah pihak yang bertanggungjawab melatih dan memberikan senjata kepada ahli-ahli Parti Komunis Malaya di dalam hutan-hutan di Tanah Melayu sebagai penentangan kepada askar-askar Jepun.

Masakan dengan latihan yang diberikan sendiri oleh British dan senjata yang mereka bekalkan, namun British tidak berupaya menentang pengganas komunis?

Akhirnya, apabila semangat kaum Melayu sudah terlalu tinggi untuk mengecapi kemerdekaan tanpa mengangkat senjata, maka empayar British mula sudi duduk bersama-sama ketua-ketua kaum Melayu bagi menggariskan Perjanjian Kemerdekaan.

Akhirnya, melalui kebijaksanaan mereka, empayar British berjaya membuat kaum Melayu menerima pendatang asing Cina dan India sebagai warganegara Malaysia dengan jumlah yang sangat banyak iaitu satu juta kaum Cina dan India yang langsung tidak mengamalkan adat resam Melayu dan tidak tahu berbahasa Melayu sebagai balasan kepada kemerdekaan Tanah Melayu.

Bagi memastikan kaum Melayu menerima pendatang asing ini sebagai warganegara Tanah Melayu, British menggariskan hak-hak keistimewaan kepada kaum Melayu.

Sementara itu, bagi memastikan pula pendatang asing Cina dan India menerima kewarganegaraan ini, British menggariskan pula hak-hak orang Cina dan India sebagai warganegara Tanah Melayu. Maka, tergarislah ikatan sosial kontrak Malaysia moden dalam bentuk Perlembagaan Persekutuan. Satu-satunya ikatan sosial kontrak di dalam dunia yang ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Begitulah kebijaksanaan empayar British menyelamatkan kemusnahan empayar mereka. Siapakah yang paling rugi? Sudah tentulah kaum Melayu. Kaum Melayu merasakan mereka mengambil langkah bijak untuk memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing dengan objektif mendapatkan kemerdekaan. Namun, hari ini nasib bangsa Melayu bagai melukut di tanah sendiri.

Namun begitu, kaum Melayu tidak harus dipersalahkan sepenuhnya dalam hal ini. Di samping itu, fakta sejarah ini harus diperinci semula. Sebagai bangsa Melayu kita harus bertanya adakah nasib kita akan sebegini daif jika sekiranya kita dapat mengubah sejarah dan menguasai sepenuhnya ekonomi negara?

Kewarganegaraan Dan Sosial Kontrak Malaya

Konsep kewarganegaraan diperkenalkan pada zaman Yunani kuno oleh masyarakat-masyarakt kecil yang mendiami polis (bandar) di Yunani.

Namun, pada waktu tersebut konsep kewarganegaraan adalah lebih kepada apa yang boleh disumbangkan oleh rakyat kepada komuniti. Ini bermaksud, untuk menjadi warganegara sesuatu komuniti rakyat harus memberikan sumbangan kepada masyarakat di mana ia menjadi warganegara. Jika sumbangan seseorang itu tidak mencukupi, maka dengan sendirinya ia terlucut daripada menjadi warganegara.

Berbeza dengan konsep kewarganegaraan moden, di mana kerajaan harus memastikan rakyatnya mendapat hak-hak yang digariskan sebagai warganegara.

Terdapat berbagai jenis kewarganegaraan, dalam konteks Malaya. Kaum Melayu mendapat kewarganegaraan kerana mereka adalah penduduk asal dan dilahirkan di Tanah Melayu. Jenis kewarganegaraan sebegini dinamakan jus soli.

Bagi pendatang asing Cina dan India yang bukannya penduduk asal Tanah Melayu, mereka harus menandatangani borang yang disediakan di mana terdapat sumpah ikrar taat setia secara formal sebelum diterima sebagai warganegara Tanah Melayu.

Seterusnya, keturunan pendatang asing tersebut mengikut konsep kewarganegaraan moden akan diterima sebagai warganegara secara otomatik. Keturunan mereka tidak lagi perlu mengangkat sumpah ikrar taat setia. Walaupun mereka masih belum tahu berbahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan tidak mengamalkan adat resam kaum peribumi, mereka tetap diterima sebagai warganegara Tanah Melayu (nama modennya Malaysia). Jenis kewarganegaraan ini dinamakan sebagai jus sanguinis.

Walaupun manisfesto Parti Perikatan menyatakan pemberian kerakyatan secara jus soli kepada sejuta pendatang asing namun dari perspektif undang-undang ianya boleh dipertikaikan berdasarkan kepada tempat lahir, bahasa, pendidikan dan ras wajah yang jauh berbeza dari kaum pribumi.

Apapun jenis kewarganegaraan yang diperolehi, sosial kontrak adalah ikatan am di antara warganegara Tanah Melayu (termasuk kaum-kaum Cina dan India) untuk menyerahkan diri kepada undang-undang dan Institusi Tanah Melayu.


Toleransi Orang Melayu

Orang Melayu terkenal dengan sikap toleransi yang amat tinggi terhadap bangsa asing tetapi tidak kepada bangsa sendiri. Sikap ini adalah kelemahan ketara bangsa Melayu itu sendiri.

Sebagai contoh, orang Melayu sanggup membeli barang-barang runcit di satu-satunya kedai bangsa Cina di dalam kampung mereka. Walaupun ada kedai yang dibuka oleh orang yang sebangsa, seagama dan sebahasa, namun kedai barang runcit bangsa Cina tetap boleh hidup di dalam kampung orang Melayu.

Jika difikir dengan lebih mendalam lagi, mengapa kedai runcit orang Cina ini boleh bertahan berpuluh-puluh tahun di pasaran majoriti kaum Melayu sedangkan kedai runcit orang Melayu tenggelam timbul ?

Ini terjadi kerana kaum Melayu menyokong perniagaan kaum Cina tersebut. Kaum Melayu bertoleransi dengan bangsa asing dengan membeli di kedai mereka, tetapi meletak penilaian yang tinggi tanpa mahu sedikit pun bertoleransi kepada kedai kaum Melayu sendiri. Kesilapan kecil yang berlaku di kedai orang Melayu akan menyebabkan kedai tersebut di boikot.

Berbagai alasan ditimbulkan untuk tidak membeli di kedai orang Melayu. Kononnya, barang di kedai orang Melayu lebih mahal. Pemilik kedai ada pakai mandrum dan sebagainya. Sesungguhnya, psikologi kaum Melayu itu sendiri yang mengata dan memburukkan rakan sebangsa. Sikap ini sangat berlawanan dengan agama Islam yang mereka anuti.

Untuk rujukan, bangsa Yahudi mengamalkan sikap yang terbalik iaitu bertoleransi dengan bangsa sendiri tetapi mengamalkan double standard terhadap bangsa asing. Terbukti bangsa Yahudi adalah bangsa yang paling berpengaruh di dunia walaupun jumlah mereka adalah sangat kecil.

Empayar British sedar akan kelemahan sikap kaum Melayu ini. Mereka amat pasti kaum Melayu akan bersetuju menerima bangsa asing yang tiada pertalian darah dan tidak menganuti agama yang sama untuk sama-sama tinggal di bumi mereka.

Perlu difahami bahawa dalam konsep kenegaraan moden, menjadi warganegara bermakna seseorang itu akan mendapat hak yang digariskan oleh kerajaan masing-masing. Hak ini termasuk hak mengundi, hak memiliki harta, hak mendapatkan perubatan, hak mengamal agama dan lain-lain.

Hal ini adalah sangat berbeza dengan konsep kewarganegaraan asal yang diamalkan oleh orang Yunani purba. Jika konsep Yunani purba yang dipelopori oleh Aristotle menjadi amalan, maka secara am ramai daripada sejuta bangsa Cina dan India yang diberi kewarganegaraan tidak layak menerimanya kerana mereka tidak menyumbang kepada komuniti asal tempat itu. Mereka tidak fasih berbahasa asal. Bangsa Cina dan India hanya menumpu kepada bangsa mereka sendiri tanpa mahu mengasimilisasikan bangsa mereka dengan bangsa asal bumi tersebut. Maka, mereka dengan sendirinya terlucut daripada menjadi warganegara.


Tindakan Masa Hadapan

Selepas keputusan Pilihanraya Ke-12 diumumkan, satu suasana baru yang huru-hara telah timbul.

Secara tiba-tiba kaum Cina dan India merasakan mereka boleh menguasai politik Malaysia yang didominasi kaum Melayu.

Rakyat di depani dengan pertubuhan yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia serta mula menyoal pemakaian sosial kontrak.

Kebanyakan mereka menyatakan bahawa sosial kontrak tidak wujud di Malaysia dan tidak wujud isu hak istimewa kaum Melayu serta perkara-perkara yang dilembagakan oleh ahli-ahli politik dahulu sebenarnya sekadar wayang dan propaganda parti pemerintah. Soalnya haruskah kaum Melayu berterusan bersikap toleransi terhadap bangsa asing?

Benarkah sosial kontrak tidak wujud? Seperti yang dibahaskan oleh penulis dengan panjang lebar di atas, seluruh dunia mengetahui bahawa sosial kontrak bukanlah suatu dokumen yang wujud. Ia hanyalah suatu konsep yang menunjukkan ikatan sosial di antara warganegara dengan negaranya untuk mematuhi undang-undang dan institusi yang mendaulatkan negara tersebut.

NAMUN, Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mendokumentasi sosial kontrak, di mana ia ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Bagaimanakah masyarakat Melayu harus menerima keadaan ini? Haruskah kaum Melayu duduk dan lihat nasib bangsa mereka ditentukan oleh bangsa lain?

Penulis percaya ketika Bapa Kemerdekaan Malaysia mengumumkan untuk memberi sejuta kewarganegaraan kepada bangsa asing sudah tentu ada pihak yang membantah. Penulis juga percaya bantahan tersebut tidak mendapat tempat kerana senario yang terdesak untuk merdeka yang ditimbulkan oleh empayar British.

Apabila bangsa pendatang yang diberi kewarganegaraan mempersoalkan akan kewujudan sosial kontrak, orang Melayu sama sekali tidak harus merasa marah. Orang Melayu harus melihat pertikaian ini sebagai suatu peluang untuk mengubah sejarah dan mengambil kembali hak kita yang dirompak oleh pendatang-pendatang ini.

Suatu tindakan mahkamah harus dilakukan oleh kaum Melayu. Tindakan ini adalah untuk menuntut agar mahkamah mengisytiharkan bahawa sosial kontrak tidak wujud di Malaysia seperti yang dimahukan oleh kaum-kaum Cina dan India. Mengapa?

Yang pertama, semasa Perjanjian Merdeka kaum Melayu yang dianggap peribumi oleh empayar British diselingkuh untuk menerima kaum-kaum lain sebagai warganegara. Namun, apabila pihak-pihak yang berkontrak sudah tidak mahu lagi terikat dengan kontrak, maka undang-undang membenarkan jalan keluar iaitu mengisytiharkan kontrak tersebut tidak lagi berkuatkuasa.

Untuk berbuat demikian, suatu pengisytiharan oleh Mahkamah diperlukan untuk menjadikannya sebagai ikatan undang-undang.

Apabila mahkamah mengisytiharkan bahawa sosial kontrak itu tidak wujud, maka dengan sendirinya hak-hak yang terdapat di dalam sosial kontrak tersebut juga akan terbatal. Ini bererti pengisytiharan berhubung dengan sosial kontrak itu secara otomatik akan membatalkan hak kewarganegaraan, hak mengundi, hak memiliki harta dan hak-hak lain.

Yang Kedua, kaum Cina dan India juga sebenarnya telah melanggar kontrak sosial itu. Memang benar manifesto pertama Parti Perikatan yang terdiri daripada Parti Umno, MCA dan MIC telah menyatakan dengan jelas pemberian hak kerakyatan atas dasar jus soli. Namun,di atas, penulis telah menerangkan dan membuktikan bahawa kewarganegaraan yang diberikan kepada sejuta kaum Cina dan India adalah melalui ikrar sumpah taat setia untuk mematuhi undang-undang dan institusi negara sementara keturunan mereka pula memperolehi kewarganegaraan melalui jus sanguinis bukan secara jus soli. Memandangkan kewarganegaraan melalui proses ini adalah secara otomatik dan berkuatkuasa kepada keturunan mereka, maka ikrar taat setia itu juga akan turun secara otomatik kepada anak, cucu, cicit dan keturunannya.

Apabila mereka mempertikaikan sosial kontrak yang didokumentasi sebagai Perlembagaan Persekutuan, maka mereka juga telah melanggar sumpah untuk mematuhi undang-undang negara ini. Apatah lagi yang dilanggar itu adalah undang-undang tertinggi negara ini, iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga melanggar sumpah untuk mematuhi institusi negara. Harus difahami bahawa kesemua institusi negara, seperti Raja Berperlembagaan, Mahkamah, Perdana Menteri, Kabinet dan lain-lain kesemuanya diwujudkan melalui Perlembagaan Persekutuan. Maka, mempertikaikan sosial kontrak bermaksud mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri dan secara langsung mereka mempertikaikan institusi negara yang membawa maksud pembatalan kewarganegaraan.

Sungguhpun perlanggaran sosial kontrak bukan dilakukan oleh sejuta kumpulan pertama yang menerima kewarganegaraan melalui ikrar taat setia mereka, namun oleh kerana ikrar itu telah menurun ke cucu-cicit mereka, maka perlanggaran yang dilakukan oleh keturunan mereka itu seolah-olah dilakukan sendiri oleh kumpulan pertama tadi. Ini juga bermaksud bahawa keturunan kumpulan yang pertama sudah tidak lagi boleh menjadi warganegara secara otomatik kerana kewarganegaraan asal yang diberi kepada nenek moyang mereka melalui sumpah taat setia telah terbatal akibat perlanggaran cucu-cicit mereka sekarang.

Yang Ketiga, penulis berasa sangsi samada pengisytiharan sejuta kewarganegaraan itu adalah sah di sisi undang-undang sebelum merdeka. Ini adalah kerana seperti yang disebut di atas, empayar British menjajahi Tanah Melayu melalui undang-undang. Walaupun Raja-Raja Melayu banyak membuat Perjanjian dengan empayar British, namun tidak ada suatu pun perjanjian yang menyerahkan kedaulatan wilayah Raja-Raja Melayu kepada empayar British. Ini bermakna Residen British memerintah Tanah Melayu secara de facto (in actual). Oleh itu, kuasa memerintah de legist (in law) adalah senantiasa menjadi hak Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing.

Bukti utama penulis mengatakan demikian adalah kerana pada tarikh 5hb Ogos 1957, empayar British terpaksa memanggil kesemua Raja-Raja Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu untuk menandatangani suatu perjanjian bagi menyerahkan kuasa de legist itu kepada Empayar British. Empayar British pula menyerahkan kuasa de legist itu kepada rakyat Tanah Melayu pada 31hb Ogos, 1957 yang kita kenali sebagai kemerdekaan.

Ya, kita bukan merdeka pada 31hb Ogos 1957. Itu hanyalah propaganda empayar British bagi menunjukkan kepada dunia bahawa mereka telah memerintah Tanah Melayu. Kemerdekaan sebenar adalah pada 5hb Ogos 1957, di mana kita dimerdekakan oleh Raja-Raja Melayu daripada sistem feudalisma kepada system demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Tahukah kita bahawa pada setiap masa sebelum merdeka empayar British tidak boleh memutuskan, menghukum atau memerintah sesuatu tanpa tandatangan Raja-Raja Melayu?

Oleh yang demikian, status quo adalah bahawa Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa mutlak terhadap subjek mereka di negeri masing-masing. Ini termasuklah kuasa memberi kewarganegaraan. Oleh yang demikian, perjanjian bertarikh 5hb Ogos 1957 itu hendaklah diteliti untuk mengetahui samada setiap Raja-Raja Melayu yang mewakili negeri masing-masing ada memberi hak menyerahkan kewarganegaraan kepada Perdana Menteri Malaya untuk diberi kepada sejuta kaum Cina dan India.

Yang Keempat, apabila suatu isu dibawa ke mahkamah, maka mahkamah hendaklah memutus dan mengisytiharkan isu tersebut.

Signifikasinya kepada kaum Melayu ialah, jika isu sosial kontrak ini diisytiharkan sebagai tidak wujud oleh mahkamah, maka kaum Melayu akan mendapat kembali segala peluang yang dirompak daripada mereka semasa Tanah Melayu dibahagi-bahagikan kepada pendatang-pendatang asing.

Namun, jika isu bahawa sosial kontrak itu tidak wujud ditolak, kaum Melayu masih tetap mendapat kebaikannya kerana penolakan memberi erti bahawa ia wujud. Oleh yang demikian, segala hak keistimewaan kaum Melayu yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan kekal dan tidak lagi boleh dipertikaikan oleh sesiapa termasuk oleh bangsa Melayu itu sendiri. Mempertikai keputusan mahkamah adalah perbuatan menghina mahkamah yang boleh dihukum penjara.

RUMUSAN

Kaum Melayu dan kaum pendatang Cina dan India tidak bersalah di dalam isu sosial kontrak ini. Sebenarnya, ketiga-tiga bangsa yang besar ini telah diperdaya untuk berbuat demikian oleh empayar British demi memastikan British tidak dibanjiri pendatang-pendatang asing dari Tanah Melayu.

Sebenarnya, kaum Cina dan India sendiri tidak mahu menjadi warganegara Malaysia.

Contohnya, aspirasi GMP ini dikongsi oleh Hindraf yang mewakili kaum India. Ini terbukti dengan tuntutan Hindraf kepada Ratu England “… bahawa kaum India telah dipanggil oleh British untuk bekerja di ladang-ladang getah milik British. Namun apabila British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu kaum India telah ditinggalkan oleh British di Tanah Melayu. Perkara ini telah menyebabkan kaum India ditindas dan tidak diberi peluang yang sewajarnya. Oleh yang demikian Hindraf menuntut supaya Ratu England membayar wang gantirugi kepada setiap kaum India yang ditinggalkan di Tanah Melayu”.

Jelas sekali, tuntutan Hindraf menggambarkan bahawa mereka tidak bersedia untuk menjadi warganegara Malaya. Kaum India melalui Hindraf mahu empayar British bertanggungjawab di atas perbuatan mereka meninggalkan kaum India di sebuah negara asing yang tiada kena mengena dengan budaya mereka. Mungkin, memberi kewarganegaraan British adalah lebih dipersetujui oleh kaum India kerana British jauh lebih maju daripada Tanah Melayu.

Di samping itu, kaum Melayu juga harus mengambil pendekatan Hindraf. Kaum Melayu sepatutnya menuntut Ratu England supaya membayar gantirugi kepada mereka kerana akibat perbuatan empayar British meninggalkan kaum-kaum Cina dan India di Malaya, yang akhirnya mengakibatkan kaum Melayu kehilangan peluang yang besar di dalam hal-hal ekonomi, universiti, tempat bekerja, keluasan tempat kediaman yang mengecil akibat penambahan penduduk yang ramai dan sebagainya.

Melalui rumusan-rumusan yang dilakukan di atas, maka penulis sesungguhnya menyeru ahli-ahli Jawatankuasa Perundangan berdiskusi dan mengambil suatu ketetapan untuk dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa GMP tentang perkara ini.

Wednesday, July 28, 2010

Petanda awal DAP mahu mansuh hak Melayu

KUALA LUMPUR 27 Julai - Cadangan terbaru seorang Ahli Parlimen DAP memansuhkan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor disifatkan sebagai satu petanda awal bahawa parti itu sedia menghapuskan semua hak istimewa Melayu sekiranya diberi kuasa memerintah.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, melalui konsep 'Malaysian Malaysia', DAP sudah tentu akan berusaha untuk mencapai misi tersebut termasuk melakukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, sekiranya igauan buruk itu benar-benar berlaku, nasib kehidupan orang Melayu bukan sahaja bertambah perit malah kepentingan Islam juga boleh terjejas.

''Adakah ini yang kita mahukan? Adakah kita mahu melihat nasib kaum kita seumpama mengemis di tanah air sendiri? Adakah kita mahu melihat Islam sebagai agama kita yang suci ini terjejas?

''Insaflah, sedarlah, lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin Melayu dan pengikut-pengikut mereka yang terlalu seronok bersekongkol dengan DAP. Cuba lihat Singapura apa sudah jadi dengan orang Melayu di sana?,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Hilmi berkata, secara peribadi beliau meminta kumpulan pemimpin Melayu yang sanggup bekerjasama serta bersekongkol dengan DAP supaya segera bermuhasabah.

''Jangan nanti kita menyesal setelah melihat negara ini tergadai kepada kaum lain,'' katanya.

Ketika menjawab satu soalan, Mohd. Hilmi turut mengakui cadangan Tony Pua itu akan melebarkan lagi jurang dalam bentuk pegangan ekuiti antara bumiputera khususnya orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

''Umum mengetahui kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain dalam konteks pegangan ekuiti adalah terlalu jauh. Orang Melayu masih lagi ketinggalan. Ini adalah fakta dan bukannya kenyataan kosong.

''Berapa sangat orang Melayu boleh memberi hartanah komersial dan rumah mewah? Saya percaya ia boleh dikira dengan jari. Selama ini pun sejak berpuluh-puluh tahun sistem diskaun pembelian hartanah oleh bumiputera diamalkan tidak pula timbul masalah,'' katanya.

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

Monday, July 26, 2010

MENYEMARAKAN SEMANGAT KEBANGKITAN BANGSA MELAYU

Keputusan pilihanraya ke 12 telah digambarkan dan disambut oleh se-setengah pihak, terutama sekali kaum bukan Melayu, sebagai satu ‘liberation’ atau pembebasan. Iaitu, pembebasan diri mereka dari belenggu pemerintah Melayu yang didakwa selama 50 tahun, menindas, menekan, serta menidakkan hak kaum bukan Melayu, dalam berbagai segi dan bentuk. Bagi mereka ini, keputusan pilihanraya ke 12 kononnya jelas menunjukkan bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia menolak pemerintahan UMNO-Barisan yang berteraskan bangsa Melayu dan yang hanya mementingkan hak Melayu, dan kaum bukan Melayu dipinggir dan menjadi rakyat kelas dua atau tiga.

2. Mengambil kesempatan dari kebangkitan kaum India/Hindu yang memperjuangkan ‘kuasa rakyat (makkal sakthi), dan disokong serta didorong oleh pemimpin-pemimpin Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat dan Pas, kaum bukan Melayu dengan berani dan lantang menimbulkan serta mempersoalkan antara lain, agama Islam, hak-hak Melayu dan juga institusi Raja-Raja Melayu.

3. Keberanian dan kelantangan mereka ini bukan tertumpu hanya kepada hak-hak Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mereka ini juga sudah berani menuntut bahawa perkara seperti krisis 13 Mei 1969 disiasat semula kononnya bertujuan mencapai satu ‘proper closure’. Tetapi matlamat dan motif mereka sebenarnya adalah bertujuan menuding jari dan mempersalahkan orang Melayu.

4. Ada pula pihak tertentu yang menuntut dikaji semula ‘Kontrak Sosial’ bertujuan menulis semula kontrak tersebut dengan matlamat bahawa Perlembagaan dipinda.

5. Ada pula pihak yang lain yang mahu mengagungkan ‘sumbangan’ bekas ketua pergerakan komunis, iaitu Chin Peng, dengan tujuan menonjolkan perjuangan pihak komunis dalam usaha kita mencapai kemerdekaan.

6. Selain dari itu, tindakan-tindakan yang diambil secara serta-merta oleh kerajaan-kerajaan Negeri, seperti Pulau Pinang, Perak dan Selangor, yang digambarkan seolah-olah ingin memperbetulkan ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan sebelum itu, tetapi apabila diteliti jelas menunjukkan bahawa tindakan yang diambil mementingkan sesuatu kaum sahaja.

7. Pakatan Rakyat, iaitu gabungan parti-parti pembangkang, dengan tujuan meraih sokongan rakyat bukan Melayu khususnya, melaungkan perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ dan ‘kesaksamaan’, sehingga ada pemimpin Melayu sendiri yang berani dan sanggup memberi jaminan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa, Dasar Ekonomi Baru akan dihapuskan dan diganti dengan satu dasar baru, yang digelar ‘ New Economic Agenda’. Tetapi apakah sebenarnya dasar baru ini tidak diperincikan.

8. Selain dari itu kedengaran suara-suara sumbang yang mempertikaikan ‘Ketuanan Melayu’. Saya ingin menegaskan di sini bahawa saya menggunakan perkataan ‘Ketuanan Melayu’ bukan dalam ertikata ‘Malay Supremacy’ tetapi dari sudut sejarah mengenai bentuk pemerintahan Negara ini sebelum merdeka yang diterajui oleh orang Melayu melalui institusi dan Raja-Raja Melayu.

9. Sudah kelihatan bahawa ada golongan rakyat Malaysia yang kini tidak lagi melihat Perlembagaan Persekutuan sebagai asas Negara ini dan mereka ini menggunakan prinsip dan konsep ‘freedom, equality dan human rights’ sejagat dalam hujahan mereka samada di Mahkamah atau di arena politik bertujuan mencorak semula ‘political landscape’ Negara kononnya mempertahankan hak semua dan dalam proses sebenarnya mengurangkan atau menghakiskan hak Melayu serta menurunkan kedudukan Islam seperti yang ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan menuntut hak kesamarataan keagamaan.

10. Berpandukan tajuk ceramah perhimpunan hari ini iaitu, ‘Cabaran Perlembagaan Dalam Arus Politik’ saya akan menyentuh tentang latar belakang kewujudan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sekarang ini dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.

Federation of Malaya Constitutional Commission, 1956-1957 Report.

11. Pada bulan Januari dan Februari 1956, ‘Federation of Malaya Constitutional Conference’ telah diadakan di London dan kata sepakat telah dicapai bahawa ‘ full self-government and independence’ diberi kepada Malaya. Dengan tujuan mengemukakan syor-syor bagi penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaya satu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel dilantik, yang diberi nama ‘Federation of Malaya Constitutional Commission (yang juga dikenali sebagi Suruhanjaya Reid)

12. Anggota Suruhanjaya ini terdiri dari the Rt. Hon. Lord Reid, LLD, FRSE, Lord of Appeal in Ordinary, Sir Ivor Jennings, KBE, QC, Litt D, LLD, Master of Trinity Hall Cambridge yang dilantik oleh Kerajaan United Kingdom, the Rt. Hon Sir William McKell, GCMG, yang dilantik oleh Kerajaan Australia, Mr. B Malik, bekas Ketua Hakim Allahabad High Court yang dilantik oleh Kerajaan India, dan Mr. Justice Abdul Hamid Hakim West Pakistan High Court yang dilantik oleh Kerajaan Pakistan. Perlantikan mereka ini disetujui oleh DYMM Ratu United Kingdom dan DYMM Raja-Raja Melayu.

12. Terma rujukan Suruhanjaya ini adalah:

“To examine the present constitutional arrangements throughout the Federation of Malaya, taking into account the positions and dignities of Her Majesty the Queen and of Their Highnesses the Rulers: and

To make recommendations for a federal form of constitution for the whole country as a single, self-governing unit within the Commonwealth based on Parliamentary democracy with a bicameral legislature, which would include provision for:

(i) the establishment of a strong central government with the States and Settlements enjoying a measure of autonomy (the question of the residual legislative power to be examined by, and to be the subject of recommendations by the Commission) and with machinery of consultation between the central Government and the States and Settlements on certain financial matters to be specified in the Constitution;

(ii) the safeguarding of the position and prestige of Their Highness as constitutional Rulers of their respective States;

(iii) a constitutional Yang di-Pertuan Besar (Head of State) for the Federation to be chosen from Their Highnesses the Rulers;

(iv) a common nationality for the whole Federation;

(v) the safeguarding of the special position of the Malays and the legitimate interests of the other communities.

13. Berteraskan kepada ‘terms of reference’ yang dinyatakan diatas, dalam laporan yang disediakan oleh Suruhanjaya berkenaan, perkara-perkara utama dan fundamental seperti berikut juga dibincangkan, dan perkara-perkara ini telah ditetapkan sebagai ‘Fundamental Rights’ didalam Chapter IX – Constitutional Guarantees’, iaitu hak-hak asasi yang dijaminkan oleh Perlembagaan

(i) Kedudukan istimewa orang Melayu (Special position of the Malays)”,

(ii) Tanah rezab Melayu,

(ii) Kuota bagi kemasukan dalam perkhidmatan awam,

(iv) Kuota mengenai pengeluaran lesen atau permit bagi perniagaan tertentu.

(v) Keutamaan bagi orang Melayu untuk biasiswa, bursaries dan bantuan dalam bentuk yang lain bagi tujuan pendidikan;

(vi) Agama Persekutuan; dan

(vii) Bahasa Kebangsaan.

14. Kesemua perkara-perkara ini terdapat dalam Bab IX yang dirujukan diatas.

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU (THE SPECIAL POSITION OF THE MALAYS

15. Mengenai ‘Special Position of the Malays’, berikut adalah pendangan Suruhanjaya:

“164. When we came to determine what is ‘the special position of the Malays we found that as a result of the original treaties with the Malay States, reaffirmed from time to time, the special position of the Malays has always been recognised. This recognition was continued by the provisions of cl. 19(1)(d) of the Federation Agreement, 1948, which made the High Commissioner responsible for safeguarding the special position of the Malays and the legitimate interests of other communities. We found that there are now four (4) matters with regard to which the special position of the Malays is recognised and safeguarded:

(1) In most of the States there are extensive Malay reservations of land, and the system of reserving land for Malays has been in action for many years. In every State the Ruler-in-Council has the power to permit a non-Malay to acquire a piece of land in a Malay reservation but the power is not used very freely. There have been some extensions of reservations in recent years but we do not know to what extent the proportion of reserved land has been increasing. (Artikel 89 Perlembagaan Persekutuan)

PERKHIDMATAN AWAM, PERNIAGAAN DAN PENDIDIKAN

15. Perkara ini terdapat didalam perenggan 153 hingga 168 laporan tersebut dan secara ringkas memperkaui tentang kedudukan kaum Melayu berbanding kaum lain, terutama kaum Cina.

Perenggan 163 (2) – Perkhidmatan Awam

“(2) There is now in operation quotas for admission to the public services. These quotas do not apply to all services, e.g. there is no quota for the police and indeed there is difficulty in getting a sufficient proportion of non-Malays to join the Police.”

Perenggan 163(3) - Perniagaan

“(3) There are now also in operation quotas in respect of the issuing of permits or license for the operation of certain businesses. These are chiefly concerned with road haulage and passenger vehicles. Some of these quotas are of recent introduction. The main reasons for them appear to be that in the past the Malays have lacked capital and have tended to remain on the land and not to take a large part in business, and that this is one method of encouraging the Malays to take a larger part in business enterprises.”

Perenggan 163(4) - Pendidikan

“(4) In many classes of scholarships, bursaries and other forms of aid for educational purposes preference is given to Malays. The reason for this appears to be that in the past higher education of the Malays has tended to fall behind that of the Chinese partly because the Chinese have been better able to pay for it and partly because it is more difficult to arrange for higher education for Malays in the country than for Chinese in the towns. (Perkara (2), (3), dan (4) termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan).”

AGAMA PERSEKUTUAN (STATE RELIGION)

16. Mengenai Agama Persekutuan, pandangan Suruhanjaya adalah seperti berikut:

“169. We have considered the question whether there should be any statement in the Constitution to the effect that Islam should be the State religion. There was universal agreement that if any such provision were inserted it must be made clear that it would not in any way effect the civil rights of non-Muslims. In the memorandum submitted by the Alliance it was stated the religion of Malaysia shall be Islam. The observance of this principle shall not impose any disability on non-Muslim nationals professing and practising their own religions and shall not imply that the State is not a secular State….” (Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan).

BAHASA (LANGUAGE)

17. Berikut adalah pandangan Suruhanjaya:

“170. We received a large number of representations on this subject. After giving full consideration to them we have decided to recommend that Malay should be the National Language and that for a period of at least ten (10) years English should continue to be used as an official language….” (artikel 152 Perlembagaan Persekutuan).

18. Menurut Suruhanjaya tersebut dalam usaha mereka merangkakan Perlembagaan Persekutuan, mereka telah menjemput dan menerima 131 memorandum dari berbagai individu dan pertubuhan dan telah mengadakan 118 perjumpaan atau mesyuarat.

KETUANAN MELAYU

19. Dalam mukadimah kepada laporan tersebut, sebagai “Historical Introduction”, Suruhanjaya telah menyentuh latar belakang kerajaan dan politik Tanah Melayu, dan in adalah penting bagi tujuan memahami ‘Ketuanan Melayu’ yang sering diperbahaskan dan dipertikaikan.

20. Dalam laporan mereka, Suruhanjaya menyatakan:

“19. Before the Japanese occupation, the States and Settlements of the Federation of Malaya, together with Singapore, formed three distinct political groups: these were (1) the Crown Colony called the Straits Settlements, which included the Settlements of Singapore, Malacca and Penang, (2) the Federated Malay States, comprising the States of Negri Sembilan, Pahang, Perak and Selangor which had entered into a Federation by treaty in 1895, and (3) the remaining five States of Johore, Kedah, Kelantan, Perlis and Trengganu known as the Unfederated Malay States. In the Straits Settlements there was the normal form of Crown Colony government with a Governor, an Executive Council and a Legislative Council. The Executive Council was wholly composed of official members, and the Legislative Council wholly nominated but containing equal numbers of official and unofficial members. The centre of Government was at Singapore.

20. In those Malay States which became the Federated Malay States British authority rested upon Agreements concluded with the Rulers at various dated from 1874 onwards…..”

21. Dari apa yang diperkatakan, jelas bahawa Negeri-negeri Tanah Melayu diakui dan diiktiraf sebagai berada di bawah pemerintahan Melayu dan dengan pemerintahan Melayu inilah pihak penjajah menandatangani atau memasuki perjanjian dan mengakui dan mengiktiraf hak orang Melayu. Oleh demikian apabila kita bercakap tentang ‘Ketuanan Melayu’ ianya bermaksud ‘Malay Sovereignity’. Dan ini menjadi asas penubuhan Negara yang dikenali atau dipanggil ‘Federation of Malaya’.

22. Kerajaan pemerintahan Melayu dan Hak istimewa Melayu di akui dan diiktiraf lama sebelum merdeka. Bukan itu sahaja, sepertimana yang telah saya petik di atas, iaitu perenggan 164 laporan Suruhanjaya tersebut, Suruhanjaya Tinggi British dipertanggungjawabkan menjaga hak-hak istimewa Melayu.

23. Bagi mereka yang memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’ dan meritokrasi saya ingin bertanya apakah bentuk kerajaan dan corak pemerintahan yang mereka inginkan? Apakah formula mereka untuk melaksanakan sistem meritokrasi dan pada masa yang sama mengimbangkan kedudukan semua kaum, antara lain, dalam bidang pendidikan dan ekonomi?

24. Sepertimana yang kita sedia maklum agihan penguasaan atau pegangan ekonomi antara kaum Cina dan bukan Cina dianggarkan antara 20% hingga 40% bagi kaum Melayu dan antara 60% hingga 80% bagi kaum Cina. Kita ingin tahu apakah formula yang akan digunapakai bagi mengimbangkan ketidakseimbangan ini sekiranya dasar meritokrasi dilaksanakan? Adakah kaum cina sanggup dan sedia berkongsi dan membahagikan pegangan ekonomi mereka samarata dengan orang Melayu dan kaum-kaum yang lain? Sekiranya sanggup apakah dasar yang akan dilaksanakan?

25. Tentang pendidikan, apakah pendekatan yang akan diambil untuk mewujudkan satu dasar pendidikan Nasional memandangkan kaum
Cina dan India terus menuntut lebih banyak sekolah aliran Cina dan India? Sanggup dan sediakah kaum-kaum bukan Melayu menerima satu dasar pendidikan Nasional yang berteraskan Bahasa Melayu yang juga Bahasa Kebangsaan?

26. Soalan-soalan seperti ini langsung tidak diketengahkan dan sekiranya ini berterusan, bukan sahaja impian mewujudkan satu Bangsa Malaysia tidak akan tercapai, bagaimanakah kita harap mewujudkan satu Negara ‘Malaysia’ yang satu dengan identiti tersendiri. Walaupun Malaysia telah merdeka selama 50 tahun masih ada kaum bukan Melayu yang langsung tidak boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia!

27. Apa yang kita lihat adalah usaha yang menjurus semata-mata bertujuan mengurangkan dan menghakiskan hak Melayu tanpa mengambil kira bahawa hak-hak ini termaktub dan dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan yang dirangka setelah mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan termasuk hak kerayatan bagi kaum bukan Melayu, satu hak yang tidak ternilai. Mereka menuntut “kesamarataan” tanpa memikirkan keadilan. Kesamarataan tidak bererti keadilan.

28. Ada golongan orang Melayu yang mempercayai bahawa mereka tidak lagi perlu bergantung kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini dan sudah tiba masanya bahawa hak-hak ini dimansuhkan atau dikaji semula kerana mereka sudah mampu bersaing dengan kaum lain. Kebanyakan mereka ini lupa bahawa pencapaian mereka setakat ini adalah kerana bantuan yang mereka terima dan nikmati ekoran dari peruntukan-peruntukan dan jaminan yang diberi dan termaktub dalam Perlembagaan. Malangnya salah tanggapan mereka ini telah membuka ruang yang lebih luas kepada kaum bukan Melayu mempertikaikan dan mencabar hak orang Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan.

29. Dalam keghairahan mereka mempercayai bahawa mereka sudah mampu bersaing atas landasan meritokrasi, mereka lupa bahawa ramai lagi orang Melayu yang memerlukan bantuan untuk mencapai kemajuan. Dasar-dasar yang diwujudkan untuk membantu rakyat yang kurang berpeluang atau “the disadvantaged” yang digelar “affirmative action policy” bukan bertujuan memberi “handout” tetapi bertujuan memberi peluang untuk kemajuan diri, dan dasar “affirmative action policy” ini masih diperlukan untuk mencapai keseimbangan di antara rakyat Malaysia terutama sekali dalam di bidang ekonomi.

30. Perkara-perkara yang saya sebutkan adalah perkara yang fundamental atau asasi dan menjadi tunggak Perlembagaan dan Negara Malaysia dan bukan terma atau syarat kontrak sosial yang boleh ditukar, diubahsuai, dipinda, dibatalkan atau dimansuhkan sewenang-wenangnya menurut tuntutan dan kehendak politik atau sesuatu kaum.

31. Terdapat usaha-usaha melalui pentas politik, undang-undang, mahkamah dan melalui ‘public opinion’ yang bertujuan mencabar, mempertikaikan, menghakiskan dan menulis semula (rewrite) Perlembagaan Persekutuan atas berbagai alasan seperti hak asasi individu, hak beragama, hak pendidikan, hak bersuara, hak kesamarataan (equality) dan hak-hak yang lain, tanpa mengambil kira hakikat sebenar keadaan sosio-ekonomi, pendidikan, politik dan kedudukan kaum Negara ini.

32. Walaupun kita akui bahawa terdapat kelemahan dalam perlaksanaan segala dasar penting, ianya tidak bererti bahawa hak-hak asasi dan institusi penting yang dijaminkan kewujudan dan kedudukannya dalam Perlembagaan tidak lagi relevan atau berguna.

33. Hak-hak dan institusi-institusi ini seperti Institusi Raja-Raja Melayu, Institusi Kehakiman, Institusi Parliamen, institusi berkaitan dengan Agama Islam dan sebagainya masih relevan, perlu dan memainkan serta melaksanakan peranan yang utama dan penting dalam sistem dan pentadbiran Negera Malaysia kerana mereka ini melambangkan asas, kedaulatan dan identiti Negara Malaysia. Sekiranya hak-hak dan institusi-institusi ini hilang atau lupus, maka hilanglah asas, kedaulatan dan identiti Negara kita.

34. Tidak terdapat mana-mana Negara di dunia yang mempunyai atau mengamal sistem pendidikan seperti di Malaysia di mana terdapat sistem pendidikan dan sekolah etnik yang beroperasi seiring dengan sekolah kebangsaan.

35. Peluang-peluang yang terdapat di Negara kita bagi mereka yang rajin berusaha tidak terhad. Sesiapa juga boleh mengumpul harta dan hidup selesa.

36. Kebebasan bersuara semakin sehari bertambah kukuh, berbanding dengan Negara jiran seberang selat Tebrau, sehingga rakyat Malaysia tidak merasa takut membuat tuntutan berasaskan perkauman.

37. Tuntutan-tuntutan mereka ini bertambah kuat dan meluas kerana mereka percaya bahawa kuasa politik Melayu sudah pudar dan lemah dan pemimpin politik Melayu terpaksa dan perlu akur kepada tuntutan mereka demi kepentingan masa depan dan ‘survival’ kuasa politik Melayu.

38. Nasib masa depan kuasa politik Melayu dan kaum Melayu sendiri harus dan mesti ditentukan oleh orang Melayu dan bukan terserah kepada budibicara dan belas ihsan orang lain, oleh itu Bangsa Melayu sendiri perlu bangun dan bertindak Menyemarakan Semangat Kebangkitan Bangsa Melayu sebelum terlewat.

Sekian, terima kasih.

Tulisan En Zainul Zakaria

Tuesday, July 20, 2010

Sokong satukan UMNO, Pas




KUALA KANGSAR - Gabungan Melayu Perak (GMP) Kuala Kangsar menyokong penuh usaha untuk menyatukan UMNO dan Pas demi perpaduan Melayu, sekali gus mendatangkan manfaat kepada pembangunan negara.

Pengerusi GMP Daerah Kuala Kangsar, Toh Kamar Lela Mohd Shukri berkata, penyatuan UMNO dan Pas adalah matlamat GMP kerana hanya melalui cara itu dapat mengukuhkan perpaduan bangsa serta agama.

Menurutnya, GMP juga yakin sekiranya kerjasama itu direalisasikan keputusan pada pilihan raya umum akan datang boleh mencatat keputusan yang lebih baik.

“GMP yakin hanya orang Melayu melalui UMNO dan Pas dapat menyelamatkan orang Melayu dan kepentingan umat Islam di negara ini.

“Ini adalah salah satu impian umat Islam untuk melihat Melayu bersama memainkan peranan mengembalikan perpaduan dalam kalangan politik Melayu.

“Kedua-dua parti sama ada UMNO atau Pas harus bertanggungjawab sekiranya kuasa Melayu hilang di tanah air sendiri,” katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat lalu.

Beliau berkata, UMNO dan Pas perlu melupakan fahaman politik yang berbeza demi penyatuan Melayu dan Islam.

“Perkara paling penting harus dielakkan ialah membuang keegoan dan kepentingan peribadi masing-masing kerana ia boleh membawa kepada pecah-belah.

“Bagaimanapun, kita ingatkan bahawa di dalam usaha untuk mewujudkan penyatuan ini ada segelintir pemimpin yang tidak senang kerana ia akan melengkapkan agenda-agenda peribadi mereka.

“Wujud juga golongan seperti duri dalam daging dan segala perancangan harus dilakukan dengan berhati-hati.

Sunday, July 18, 2010

Memahami cabaran Melayu


Sebahagian daripada hadirin khusyuk mendengar amanat pada Perhimpunan Melayu Perak 2010 'Menyemarakkan Kebangkitan Semangat dan Perpaduan Bangsa Melayu' anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, Sabtu lalu.



KELIBAT orang muda banyak dipertanyakan ketika berlangsungnya Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Ipoh, Sabtu lalu. Rata-rata yang hadir seolah-olah berasa hairan mengapa seminar kesedaran mengenai orang Melayu itu tidak mendapat sambutan di kalangan generasi muda Melayu.

Daripada seramai kira-kira 1,000 orang yang memenuhi dewan berkenaan, kehadiran orang muda boleh dibilang dengan jari. Sedangkan seminar sehari anjuran Gabungan Melayu Perak (GMP) itu membariskan nama-nama pembentang kertas kerja yang cukup gah dan tersohor dalam isu-isu mengenai Melayu.

Antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan tokoh akademik yang juga Dekan Fakulti Sains Pentadbiran & Kajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam. Turut hadir membincangkan topik Melayu ialah tokoh peguam, Zainur Zakaria dan bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Halipah Esa.

Penganjuran perhimpunan itu juga dilihat sangat kena pada masanya ketika isu-isu mengenai orang Melayu masih diperkatakan sehingga kini. Hak keistimewaan orang Melayu seperti yang dilindungi oleh Perlembagaan, agama Islam dan institusi Raja-Raja terus dicabar oleh sesetengah pihak.

Seharusnya dalam perkara ini, kelantangan dan keberanian generasi muda diperlukan sebagai benteng mempertahankan bangsa Melayu. Sebaliknya yang terjadi ialah golongan warga emas Melayu yang sebahagian besarnya sudah melepasi usia persaraan yang lebih banyak memenuhi dewan.

Ironinya kumpulan ini sudah tidak perlu lagi diingatkan tentang apa keistimewaannya untuk menjadi orang Melayu di bumi Tanah Melayu atau Malaysia ini.

Mereka adalah generasi Melayu yang melalui sendiri kepayahan pada era pra dan pasca merdeka. Mereka juga merasai sendiri kepahitan di bawah penguasaan tentera Jepun, komunis dan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Maka, kehadiran mereka sebenarnya tidak lebih daripada mengenang kembali apa yang telah dilalui sepanjang tempoh itu.

Tetapi bagi generasi muda Melayu selepas merdeka yang tidak merasai kepayahan itu, perhimpunan sebegini perlu didekati untuk menyedarkan mereka harga yang perlu dibayar oleh orang Melayu untuk meraih nikmat kemerdekaan tersebut.

Kelibat mereka juga sangat diperlukan kerana merekalah yang akan terus mempertahankan apa yang selama ini menjadi hak orang Melayu.

Tanpa kesedaran daripada perhimpunan seperti ini, generasi muda Melayu akan terus leka dan hanyut dalam dunia mereka sendiri. Lama-kelamaan, hak-hak orang Melayu yang diwarisi daripada sisa-sisa perjuangan kemerdekaan terdahulu akan lenyap tanpa mereka sedari.

Rendahnya minat generasi muda Melayu terhadap sejarah bangsa mereka sendiri turut mendapat perhatian Prof. Ramlah.

Katanya, generasi muda hari ini tidak mendalami sejarah negara dengan mendalam menyebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang perjalanan pembentukan Malaysia.

Mereka juga tidak menghayati apa yang telah dikorbankan oleh orang Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan. Disebabkan kurangnya pengetahuan itu, mereka berasakan tidak mempunyai apa-apa untuk dipertahankan.

Tetapi apa yang menghairankan Prof. Ramlah ialah generasi muda sebaliknya sangat berbangga mendalami sejarah negara lain terutamanya kuasa Barat seperti Amerika Syarikat (AS), Jerman, Rusia dan sebagainya. Mereka juga lebih mengenali tokoh-tokoh seperti Barack Obama, Adolf Hitler, Nelson Mandela dan banyak lagi.

Tetapi lidah mereka pelat untuk menyebut nama-nama pejuang kemerdekaan negara seperti Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaakub, Mustapha Hussin dan ramai lagi.

Tanyalah generasi muda Melayu hari ini berapa ramai yang tahu apa yang berlaku di sebalik penentangan besar-besaran orang Melayu terhadap Malayan Union.

Apakah mereka sedar di mana pendirian orang-orang bukan Melayu ketika penjajah cuba menghidupkan gagasan Malayan Union ketika itu?

Kerana itu bagi Prof. Ramlah, tanggapan mengenai sejarah di kalangan generasi muda perlu diperbetulkan. Satu pendekatan baru perlu dicari bagi memastikan generasi muda itu benar-benar menghayati sejarah bangsa dan negara.

Beliau tidak bersetuju generasi muda dihantar mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di luar negara. Dalam usia yang terlalu muda iaitu awal 20-an, pelajar-pelajar ini terlalu hijau dalam soal kewarganegaraan dan jati diri sama ada sebagai seorang Melayu mahupun sebagai seorang rakyat Malaysia.

Seharusnya dalam usia semuda itu, pelajar-pelajar generasi baru ini ditanam dengan semangat cintakan negara dan perasaan nasionalis sebenar di universiti-universiti tempatan.

Barulah pelajar-pelajar itu dibenarkan melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi seperti Sarjana Muda dan Doktor Falsafah di luar negara. Ada benarnya apa yang disebut oleh Ramlah itu kerana rendahnya semangat nasionalis pelajar-pelajar muda yang dihantar ke luar negara tersebut, sebahagian besar daripada mereka tidak pulang untuk berbakti di tanah air.

Sebaliknya mereka selesa bekerja dan menetap di luar negara kerana rendahnya perasaan perasaan cintakan negara. Keghairahan kerajaan menghantar pelajar muda ke luar negara juga melahirkan generasi baru yang berfikiran liberal dan sosialis.

Mereka berasakan bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan 53 tahun lalu tiada kena mengena dengan kehidupan hari ini. Bagi mereka juga, masyarakat moden hari ini seharusnya tidak lagi dipisahkan dengan garis perkauman.

Mereka mahukan semua bangsa, kaum dan etnik mendapat hak yang sama rata dan istilah seperti kuota, hak istimewa dan pelbagai kelebihan milik bumiputera dikongsi secara bersama. Namun apakah mereka sedar permintaan itu sebenarnya hanyalah pengorbanan sebelah pihak semata-mata.

Cubalah tanya kepada kaum yang menguasai ekonomi hari ini, sudikah mereka berkongsi sedikit kek ekonomi yang mereka miliki kepada orang Melayu? Cuba juga ajukan persoalan bersediakah mereka menutup sekolah berasaskan etnik jika benar-benar mahu melihat wajah sebenar bangsa Malaysia? Atau diselaraskan penggunaan bahasa Melayu sebagai rasmi terutamanya di semua sekolah? Jawapannya sudah semestinya tidak.

Malah jika boleh mereka mahu lebih banyak peluang ekonomi diberikan kepada mereka dan lebih banyak tanah serta dana disediakan untuk membangunkan sekolah berasaskan etnik. Maka inikah yang dikatakan perjuangan sama rata dan perkongsian yang adil?

Sementara itu Zainur pula menegaskan orang bukan Melayu perlu sedar bahawa hak keistimewaan orang Melayu diperakui sendiri oleh penjajah terutamanya seperti yang tertulis dalam Suruhanjaya Reid. Maka, ia tidak wajar dipersoalkan jauh sekali untuk dihapuskan.

Beliau turut mengingatkan orang Melayu supaya tidak larut dalam perjuangan memberikan kesamarataan kepada semua kaum kerana sejarah dunia ada mencatatkan bagaimana kaum minoriti menjadi pemerintah kepada kaum majoriti seperti yang terjadi di Afrika.

Kuasa itu pula sangat sukar untuk diambil semula dan lama-kelamaan kaum majoriti akan kehilangan identiti seperti mana yang berlaku kepada Melayu di Singapura.

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

Saturday, July 17, 2010

Gambar-gambar sekitar Perhimpunan Gagasan Melayu Perak






























Perlu lebih lantang suarakan hak - Zainur

IPOH 17 Julai - Orang Melayu perlu lantang menyuarakan hak istimewa mereka seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan kerana pelbagai usaha sedang dilakukan untuk menghilangkan hak tersebut.

Bekas Naib Presiden Parti Keadilan (kini PKR), Zainur Zakaria berkata, oleh itu orang Melayu harus bertindak segera bagi mengelakkan wujud ruang yang lebih luas kepada kaum lain untuk mempertikaikan perkara tersebut.

''Kaum bukan Melayu kini sudah berani serta lantang mempersoalkan hak-hak Melayu, agama Islam dan juga institusi raja-raja Melayu.

''Keberanian dan kelantangan mereka ini bukan hanya tertumpu kepada hak-hak Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi matlamat dan motif mereka sebenarnya adalah bertujuan menuding jari dan mempersalahkan orang Melayu," katanya yang juga seorang peguam.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Cabaran Perlembagaan Persekutuan (Perkara 153) Dalam Arus Politik Masa Kini sempena Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Tegas Zainur, sekiranya orang Melayu masih berpegang kepada kata-kata 'tidak apa' dan 'biar sahajalah', pasti hak-hak istimewa orang Melayu di negara ini akan hilang sekelip mata.

Malah, katanya, sikap segelintir orang Melayu sekarang yang percaya bahawa mereka tidak lagi perlu bergantung kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan akan membantu menyebabkan orang Melayu jatuh.

''Jika orang Melayu gagal mempertahankan hak mereka, lama-kelamaan kita akan hilang segala keistimewaan.

''Saya khuatir 50 tahun akan datang, kalau kita diperintah oleh kaum bukan Melayu, segala hak yang kita ada sekarang akan hilang. Contohnya sudah nampak di Pulau Pinang sekarang yang diperintah oleh kaum bukan Melayu," katanya.

Sementara itu, seorang lagi ahli panel, Datuk Halipah Esa yang membentangkan kertas kerja bertajuk Agenda Bumiputera: Menterjemah Aspirasi Menggalas Tanggungjawab pula menegaskan, wujud jurang antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan usahawan Melayu yang menyebabkan pertumbuhan ekonomi di kalangan kaum itu tidak berkembang.

Justeru saran bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) itu, satu platform perlu dibentuk untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dalam bidang ekonomi.

''Ekonomi negara sekarang sedang meningkat dan membangun, tetapi nasib orang Melayu masih di takuk lama dan tidak berkembang.

''Kita perlu cari pendekatan untuk melangkah maju ke depan. Gunakan persatuan Melayu yang ada sebagai alternatif untuk kita membantu sesama Melayu," katanya.

Perhimpunan Melayu Perak 2010 yang berlangsung sehari itu turut menyaksikan sedikit kekecohan apabila ramai di kalangan peserta yang hadir cuba melontarkan pandangan masing-masing mengenai hak orang Melayu.

Orang Melayu perlu pertahan perlembagaan

IPOH 17 Julai – Orang Melayu perlu bersatu dan menjadi kuat untuk mempertahankan Perlembagaan, kata Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Kajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mengingatkan tanpa kuasa, orang Melayu tidak akan mampu menentukan kedudukan mereka di tanah air sendiri.

‘‘Saya melihat kedudukan orang Melayu sekarang sangat kritikal sebab rakyat Malaysia tidak lagi melihat hak-hak istimewa itu sebagai milik mereka termasuk orang Melayu sendiri terutama generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Perlembagaan Persekutuan: Hak, Cabaran dan Peranan Orang Melayu sempena Perhimpunan Melayu Perak di sini hari ini.

Perhimpunan anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu dirasmikan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Mengulas lanjut, Ramlah yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Perkasa Malaysia berkata, beliau bimbang sekiranya tiada langkah-langkah tertentu diambil, orang Melayu akan semakin melupakan haknya sendiri.

‘‘Kita kena sedarkan mereka bahawa Perlembagaan adalah sesuatu yang sangat luhur dan tidak sepatutnya dibiarkan diganggu-gugat oleh orang politik yang mempunyai kepentingan peribadi,” katanya.

Dalam hal ini, beliau berkata, perpaduan di antara dua parti Melayu iaitu UMNO dan Pas adalah perkara yang patut direalisasikan.

Jelas Ramlah, perpecahan yang menghantui orang Melayu bukan sahaja membabitkan ideologi politik tetapi juga berkaitan faktor sikap.

Dalam perkembangan sama, tegas beliau, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan gagasan 1Malaysia adalah untuk mencapai perpaduan kaum bukan sebagai saluran mendesak kesamarataan.

‘‘Keharmonian Barisan Nasional ketika era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, malah Tun Dr. Mahathir Mohamad kini semakin hilang,” katanya.

Melayu hilang kuasa pada PRU-13?


HARUSSANI Zakaria (kanan) bersama Hilmi Ismail ketika sidang akhbar pada Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Ipoh, semalam.

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN utusanperak@utusan.com.my

IPOH 17 Julai - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.

''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Hadir sama dalam perhimpunan sehari anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu ialah presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

Harussani menegaskan, pemimpin Melayu perlu sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab memastikan kepentingan orang Melayu terjamin.

''Adakah agama yang mengajar kita suruh berdegil? Sedangkan degil itu adalah sifat keji dalam Islam. Kalau itu sifat keji, kenapa tidak dibuang daripada diri kerana ia tidak akan menguntungkan diri.

''Kalau dia pemimpin, dia tidak akan menguntungkan rakyat. (Sedangkan) bila jadi ketua, amanah untuk menjaga ummah itu kewajipan dia. Kalau dia berdegil, amanah tiada pada dia, rakyat akan hancur," ujar beliau.

Ditanya apakah masih ada harapan untuk orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas bangkit dan bersatu semula jawabnya:

''Insya-Allah disebabkan kedua-dua puak (parti) ini mempunyai keinginan hendak bersatu.

''Ada pemimpin Pas datang berjumpa saya, begitu juga pemimpin UMNO. Mereka minta pandangan bagaimana untuk disatukan (kedua-dua parti)."

Mengulas lanjut kata Harussani, penyatuan masih tidak dapat dilakukan sehingga hari ini kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.

''Saya percaya tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi meletakkan (keutamaan) di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga.

''Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan? Keutamaan adalah agama dahulu dan agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan kasih-mengasihi sesama kita," katanya.

Dalam perkembangan sama, Harussani berkata, langkah GMP menganjurkan perhimpunan seumpama itu dapat membantu menyatupadukan orang Melayu.

Sementara itu, Mohd. Hilmi menegaskan, perlunya satu perhimpunan Melayu membabitkan semua lapisan masyarakat termasuk raja-raja dan pemimpin parti politik sendiri untuk melahirkan semangat Melayu dalam menyata dan memperjuangkan hak mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

''Cara ini dapat menginsafkan pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang masih berdegil dan tidak memikirkan tentang masa depan orang Melayu," katanya.

Thursday, July 15, 2010

Harapan tinggi kepada Perhimpunan Melayu Perak

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
pengarang@utusan.com.my

ESOK (Sabtu) pada pukul 9 pagi, akan berlangsung Perhimpunan Melayu Perak di Dewan Bankuet Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ipoh.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dijadual merasmikan program yang diharap dapat menghimpunkan seluruh orang Melayu negeri itu. Sesuai dengan tema perhimpunan 'Menyemarakkan Semangat Kebangkitan Bangsa Melayu', pemilihan Harussani dilihat mampu menjadi lambang penyatuan orang Melayu yang kini berhadapan dengan krisis perpecahan.

Menurut Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail iaitu pihak yang bertanggungjawab menganjurkan program berkenaan, usaha menghimpunkan orang Melayu itu merupakan kali kedua diadakan. ''Kali pertama perhimpunan yang hampir serupa dianjurkan ialah ketika orang Melayu seolah-olah hilang arah selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 menyaksikan banyak kerusi yang sepatutnya menjadi milik Melayu tewas.

''Keadaan orang Melayu ketika itu terumbang-ambing. Tidak wujud satu titik pertemuan untuk dapat menstabilkan keadaan. Sehinggalah beberapa orang Melayu tampil dan mengadakan perhimpunan.

''Pada akhir resolusi, tertubuhlah Kesatuan Melayu Perak yang kemudiannya didaftarkan dengan nama GMP pada Mac 2009," katanya. Hari ini, setelah lebih setahun berlalu, masalah orang Melayu yang sering berpecah akibat perbezaan ideologi politik masih terus berlaku.

Keadaan itu jika dibiarkan, dilihat hanya merugikan bangsa kerana ia memberi ruang kepada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan menuntut pelbagai hak yang selama ini diertikan sebagai milik orang Melayu. Natijahnya, hak istimewa Melayu dalam semua bidang terus dipersoalkan. Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi masih diperkecilkan malah institusi kesultanan dan raja-raja Melayu semakin kerap dipersendakan.

''Kejujuran dan kesudian orang Melayu menerima kaum-kaum lain sebagai rakyat dan sama-sama merasai nikmat kemakmuran dan keamanan negara langsung tidak dihargai. ''Maka perhimpunan ini bertujuan mahu mengingatkan, menyedarkan dan menginsafkan orang Melayu sendiri bahawa kita ada hak dalam Perlembagaan dan hak-hak ini mesti dipelihara sampai bila-bila," katanya.

Untuk memastikan hak-hak tersebut tidak terus diganggu-gugat oleh pihak lain, kata Mohd. Hilmi, orang Melayu sendiri harus sanggup mengetepikan kepentingan diri untuk memastikan kuasa yang ada dapat dikekalkan. ''Usaha-usaha yang sedang dijalankan iaitu mencari titik pertemuan di antara UMNO dan Pas juga dilihat sebagai harapan kepada masa depan bangsa dan seharusnya mendapat maklum balas yang baik," kata beliau lagi.

Hakikatnya, Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak. Perkara inilah yang menjadi paksi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak untuk memastikan keselamatan negara terjamin dan rakyatnya hidup dalam keadaan harmoni.

''Tetapi kaum-kaum bukan Melayu yang lebih beruntung hasil DEB langsung tidak menghormati matlamat dasar ini dan terus-menerus menidakkan hak dan peluang orang Melayu di tanah air sendiri. ''Oleh yang demikian, GMP mengajak semua orang Melayu tanpa mengira kedudukan dan fahaman politik untuk bersatu mempertahan dan memperjuangkan hak-hak orang Melayu," tegasnya.

Apa yang diharapkan Mohd. Hilmi ialah agar perhimpunan kedua yang diadakan di ketika orang Melayu terus bersengketa sesama sendiri ini akan dapat menghasilkan satu ikatan kukuh demi masa depan bangsa itu sendiri. Jika orang Melayu dapat meluangkan sedikit masa untuk sama-sama melontarkan buah fikiran, pandangan dan pendapat masing-masing, tidak mustahil perhimpunan ini bakal mencipta satu lagi sejarah bangsa agar Melayu hari ini tidak dipersalahkan atas kesengsaraan anak cucu nanti.

petikan dari akhbar utusan 15/07/2010

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail pula berkata, Pas perlu melupakan sengketa lama jika parti itu benar-benar mementingkan perpaduan dan kesejahteraan orang Melayu.

Katanya, tiada gunanya Pas terus bersikap memusuhi UMNO kerana ia hanya akan merugikan orang Melayu keseluruhannya dan umat Islam di negara ini.

Wednesday, July 14, 2010

Anda Semua Dijemput Hadir

PERHIMPUNAN MELAYU PERAK 2010

SABTU - 17HB JULAI 2010

ATURCARA

8.00 - 9.00pagi - Pendaftaran Peserta

9.00 - 9.15pagi - Ketibaan para jemputan

9.20pagi - Ketibaan YBhg Tan Sri Dato' Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria, Mufti
Negeri Perak
Darul Ridzuan

9.30pagi - Perhimpunan dimulakan dengan lagu Negaraku

Bacaan Doa - Ustaz Hj. Yob Saaidin Md Ramin

Ucapan Aluan Pengerusi Perhimpunan Melayu Perak 2010 -
YBhg Dato Seri (Dr) Hj. Mohd Hilmi Hj. Ismail, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP)

Ucapan Perasmian dan Ceramah 1 : "Peranan Melayu Dalam Cabaran Islam Masa Kini. Oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria. Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan

11.00pagi - Majlis Jamuan

11.30 - 12.30tgh - Ceramah 11 : Perlembagaan Persekutuan: Hak, Cabaran & Peranan Orang Melayu" Oleh YBhg Dato' Prof. Dr Hajjah Ramlah Adam, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran & Kajian Polisi UITM

12.30 - 2.00ptg - Makan Tengahari & Solat

2.00 - 3.00ptg - Ceramah III:"Cabaran Perlembagaan Persekutuan (Per:153) Dalam Arus Politik Masa Kini" Oleh Encik Zainur Zakaria - Zainur Zakaria & Co.

3.00 - 4.00ptg - Ceramah IV:"Agenda Bumiputra: Menterjemah Aspirasi Menggalas Tanggungjawab" Oleh YBhg Dato' Halipah Esa Mantan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi dan Pengarah MISC Berhad

4.00 - 5.00ptg - Rumusan oleh YBhg Dato' Sallehudin bin Saidin - Sallehudin & Associates

Minuman Petang

Majlis Bersurai