Slideshow

GAGASAN MELAYU PERAK - Kearah Memertabatkan Bangsa, Agama dan Negara


Gagasan Melayu Perak (GMP) adalah sebuah persatuan bukan politik yang bertujuan untuk menyatukan orang Melayu Perak bagi mempertahan dan memperjuangkan kepentingan dan hak orang Melayu, Bahasa Melayu, Institusi Kesultanan Negeri Perak, Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Perak. Ianya lahir dari resolusi Perhimpunan Melayu Perkasa yang dianjurkan oleh Persatuan Darul Ridzuan Di Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Negeri Perak pada 9hb Ogos, 2008 di Universiti Teknologi PETRONAS Tronoh. Persatuan Melayu Perak yang diberi nama Gagasan Melayu Perak (GMP) telah diluluskan pendaftarannya pada 17hb Mac 2009. Mesyuarat Agung Penubuhan GMP telah diadakan pada 20hb Jun 2009 di Hotel Heritage, Ipoh dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Tuesday, July 20, 2010

Sokong satukan UMNO, Pas




KUALA KANGSAR - Gabungan Melayu Perak (GMP) Kuala Kangsar menyokong penuh usaha untuk menyatukan UMNO dan Pas demi perpaduan Melayu, sekali gus mendatangkan manfaat kepada pembangunan negara.

Pengerusi GMP Daerah Kuala Kangsar, Toh Kamar Lela Mohd Shukri berkata, penyatuan UMNO dan Pas adalah matlamat GMP kerana hanya melalui cara itu dapat mengukuhkan perpaduan bangsa serta agama.

Menurutnya, GMP juga yakin sekiranya kerjasama itu direalisasikan keputusan pada pilihan raya umum akan datang boleh mencatat keputusan yang lebih baik.

“GMP yakin hanya orang Melayu melalui UMNO dan Pas dapat menyelamatkan orang Melayu dan kepentingan umat Islam di negara ini.

“Ini adalah salah satu impian umat Islam untuk melihat Melayu bersama memainkan peranan mengembalikan perpaduan dalam kalangan politik Melayu.

“Kedua-dua parti sama ada UMNO atau Pas harus bertanggungjawab sekiranya kuasa Melayu hilang di tanah air sendiri,” katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat lalu.

Beliau berkata, UMNO dan Pas perlu melupakan fahaman politik yang berbeza demi penyatuan Melayu dan Islam.

“Perkara paling penting harus dielakkan ialah membuang keegoan dan kepentingan peribadi masing-masing kerana ia boleh membawa kepada pecah-belah.

“Bagaimanapun, kita ingatkan bahawa di dalam usaha untuk mewujudkan penyatuan ini ada segelintir pemimpin yang tidak senang kerana ia akan melengkapkan agenda-agenda peribadi mereka.

“Wujud juga golongan seperti duri dalam daging dan segala perancangan harus dilakukan dengan berhati-hati.

3 comments:

  1. Sampai kiamat tak akan berjaya. selagi ada ego, kepentingan peribadi, macam Palestin dan Israel.

    Kesedaran akan timbul jika melayu dah ditindas dalam semua bidang.

    aku rasa2 la 13 Mei 2012 akan ujud, baru melayu sedar dan bersatu.

    ReplyDelete
  2. Kongres Cendekiawan Melayu mcmana nak digerakkan lagi AMT UMNO Dr Mohd Puad Zarkashi ooii????

    Dua bulan sudah berlalu Majlis Perundingan Melayu (MPM) sudah pun dibuat, minggu sudah Gagasan Melayu Perak (GMP) dah pun juga buat tentang kesedaran perpaduan UMNO-Pas.

    Tidur ke YB UMNO, tak ada masa mengikuti perkembangan tentang keresahan umat melayu terkini ke???

    Ini la UMNO selalu tidur siang hari.

    PAS pulak, tak tau ke Karpal Singh dah berpuluh2 kali bercakap ttg agama islam di negara kita ini.

    Huuuusss betui2 la ada pemimpin2 yang lina diulit mimpi syok sendiri ni la yang akan membunuh ketuanan melayu slps PRU13, perlu dihapuskan.

    Salam dari Razman Saadom, kuale

    ReplyDelete
  3. YOP GMP.

    Saya teringin juga nak bagi pandangan tentang Gagasan Melayu Perak menyokong penuh cadangam menyatuan melayu kali ni dan syabas YDH TOH..

    Teruskan lah perjuangan anda sekalian.

    Kami yang kurang taring ni mengharap artikel tuan jadi kenyataan. semua melayu wajib bersama sama merealisali matlamat dan hasrat murni ini.

    Jangan peduli pada PAS yang hanya ada 23 kerusi parlimen dibanding dengan UMNO yang ada 78 kerusi.

    Ini la angkuhnya orang kecik lebih ngada ngada pulak dijemput oleh orang bermajoriti besar,
    Saya lihat MENYAMPAH pun ada PAS ni, sedar la sikit wahai penganut2 serta pemimpin PAS, jangan la tidak ada tolak ansur lansung orang nah ajak berunding kedamaian, Ini kah islam yang dilaung2kan PAS, pembohong betul la..sanggup bersetongkol dg DAP yang nyata anti Islam.

    Jangan jagi TIGA ABDUL dah la.. ABD WAHAB dan ABD WAHID dijual oleh pak mertua(ANWAR IBRAHIM), diumpan anak perempuan cantik dan penasihat 20%(DAP/PKR), maka tergadai . Ada Adb Wahub(PEJUANG MELAYU TULIN) yg bijak menebuskan drp menjadi hamba abdi oleh SAUDAGAR UNTA(DAP) pun tak sedor diri lagi kena tebus...

    Sedar lah PAS, tolong tengok filem itu sebagai iktibar pemimpin2 melayu terutama PAS.

    ReplyDelete