Slideshow

GAGASAN MELAYU PERAK - Kearah Memertabatkan Bangsa, Agama dan Negara


Gagasan Melayu Perak (GMP) adalah sebuah persatuan bukan politik yang bertujuan untuk menyatukan orang Melayu Perak bagi mempertahan dan memperjuangkan kepentingan dan hak orang Melayu, Bahasa Melayu, Institusi Kesultanan Negeri Perak, Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Perak. Ianya lahir dari resolusi Perhimpunan Melayu Perkasa yang dianjurkan oleh Persatuan Darul Ridzuan Di Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Negeri Perak pada 9hb Ogos, 2008 di Universiti Teknologi PETRONAS Tronoh. Persatuan Melayu Perak yang diberi nama Gagasan Melayu Perak (GMP) telah diluluskan pendaftarannya pada 17hb Mac 2009. Mesyuarat Agung Penubuhan GMP telah diadakan pada 20hb Jun 2009 di Hotel Heritage, Ipoh dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Sunday, May 30, 2010

Buku merah MBE tidak sesuai

IPOH 30 Mei – Buku merah Model Baru Ekonomi (MBE) yang disediakan oleh pakar-pakar dari Majlis Penasihat Ekonomi Negara (Mapen) sebelum ini tidak boleh digunapakai kerana ia mengetepikan agenda Melayu, kata Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata, buku merah itu mengkhianati orang Melayu kerana hanya dua kali menyebut perkataan bumiputera di dalamnya.

‘‘Ia jelas menunjukkan tiada ayat atau kenyataan yang menunjukkan agenda Melayu diambil kira, sedangkan hak-hak istimewa orang Melayu telah dijamin dalam Perlembagaan dan oleh itu, ia menyalahi Perlembagaan.

‘‘Sehubungan itu, Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran MPM semalam menolak bulat-bulat buku merah itu dan kita menggantikannya dengan 31 resolusi yang kita sampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, semasa berucap merasmikan Majlis Penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran MPM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan MBE masih belum dimuktamadkan.

Beliau berkata, cadangan MBE bukan bermaksud kerajaan mengetepikan agenda Melayu dan bumiputera tetapi ia merupakan cadangan daripada pakar-pakar untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara supaya mampu bersaing di peringkat dunia.

Mohd. Hilmi yang juga Timbalan Pengerusi Kongres Ekonomi Bumiputera berkata, panel-panel Melayu dalam Mapen yang menggubal buku merah itu juga mengkhianati orang Melayu.

Katanya, mereka sepatutnya mengemukakan fakta-fakta mengenai kontrak sosial dan sejarah pembentukan negara kepada pakar-pakar luar negara yang terlibat menggubal buku tersebut.

‘‘Saya tidak salahkan pakar-pakar dari luar kerana mereka tidak melihat kepada sejarah terbentuknya Malaysia tetapi hanya dari sudut global,” katanya sambil menyatakan pihaknya menyambut baik kenyataan Perdana Menteri mengenai MBE.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua orang Melayu supaya membaca 31 resolusi tersebut yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia hari ini dan esok.

Katanya, resolusi itu perlu difahami oleh orang Melayu kerana ia menyatakan hala tuju sebenar negara ini dan usaha untuk memajukan ekonomi dan sosial orang Melayu dalam pelbagai bidang.

‘‘MPM juga mengucapkan terima kasih atas peranan Utusan Malaysia yang memberi liputan menyeluruh dalam isu ini dan ini sesuai dengan peranan akhbar itu sebagai lidah rasmi orang Melayu.

‘‘Pada pandangan saya, tiada akhbar lain di Malaysia yang memperjuangkan hak Melayu melainkan Utusan Malaysia,” katanya.


3 comments:

  1. Walau pun ucapan perasmian penutup oleh YAB DS Najib selaku Presiden UMNO dianggap hambar. namun 31 resolusi tersebut jangan dipandang sepi.
    Beliau kena berterima kaseh diatas pandangan2 MPM.

    Konvension yang diadakan oleh cendikiawan2 melayu ini adalah keperihatinan oleh MPM ini hanya untuk survival orang melayu dan dia ada pemimpein orang melayu melalui UMNO.

    Faham2 je la DS, kandungan Buku Merah itu ada tersirat dan tersirat.

    Penentuan WAWASAN 2020 ditangan anda. tergadainya melayu ditangan anda.

    ReplyDelete
  2. Merancang pandai...

    Pelaksanaannya out...

    Membunuh melayu melalui MBE...

    Mereka tak nampak....itu dia UMNO.

    Terpaksa pembetulan dibuat melalui MPM.

    Pun UMNO pandang sepi...

    Pendek kata UMNO tak minat diajar..

    Mereka fikir mereka pandai...

    Entah2 kandungan Buku Merah ini pun tidak dibaca.

    Baca la ... baru tau hala tujunya.

    ReplyDelete
  3. Teman getik yop, nenguk melayu2 peghak tak sedo2 lagi.

    AMENO dg cara AMENOnya, PAS dg cara PASnya, ade ke demer tau cina belanda dah bebisik2,
    PRU13 jangan pangkah BN???

    kalo asik2 betengko je, alamat la, negeri ni betuko tangan ke DAP.

    Oghang2 AMENO bangun la dari ngutip tong je. PAS udah le, jangan le pecaya pada DAP, mengokama tenguk je la mainan Nuar Brahim, Menang je PRU13, tak meghase mengkoma jadi TPM.
    DAP letaknya...

    Nihh.. ada NGO melayu nak menyatukan kita, jom kita same2 campo. jangan segan jangan marah yop.

    Teman dengo GMP dak betapak dan dah mola menyedokam orang2 melayu, pakat2 le menyokong demer, patut2 le jadi ahli GMP tu, Dua beleh ringgit bukan nya beso, yuran seumo hidup yop.

    Jangan le mgutuk demer pulak, jangan le takut bayang2, harap mengkoma nak menyatukan, lebuh..

    ReplyDelete